Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Sunday, January 25, 2015

5th pregnancy:debaran menantikan saat kelahiran kali keempat

Assalamualaikum dan salam sayang,

debaran untuk menantikan saat kelahiran kali ini kian terasa...hari demi hari terbayang-bayang saat-saat dalam labor room..orang kata nak bersalin anak sulung macam-macam fikir kan..ni dah anak keempat masih lagi dan rasanya makin terasa sebab dah tahu macam mana rasanya sakit nak bersalin huhu..

bila terkenang balik detik-detik melahirkan tiga orang permata hati sebelum ni, rasa tak percaya yang saya berjaya melalui saat-saat getir itu..tiga orang anak dengan tiga kisah bersalin yang berbeza..

Aisyah Mardhiyah binti Muhamad (14 Julai 2011) - Hospital Putrajaya

Aisyah lahir di usia kandungan 35 minggu 6 hari..lahirnya secara emergency c-sect disebabkan failed ecv (breech)..saat kelahiran yang tidak dijangka..dengan persiapan barang ke hospital (hospital bag) belum ready lagi semuanya belaku sekelip mata..tambah pulak dengan kelahiran anak sulung memang kelam kabut jugaklah tapi alhamdulillah semuanya selamat:)..lahirnya dengan berat hanya 2.35 kg, prolonged jaundis hampir sebulan disebabkan beratnya kurang dari 2.5 kg..kini alhamdulillah aisyah membesar dengan sihat, aktif dan bijak..

Awfiyah Muafah binti Muhamad (26 November 2012) - Hospital Putrajaya

genap aisyah berumur 8 bulan, saya disahkan mengandung 2 bulan..luka jahitan c-sect pun masih terasa ngilu..aisyah baru je boleh merangkak masa tu..nasib baik en.suami memahami dan banyak bagi sokongan...masa nak melahirkan muafah saya xda turun tanda mcm sesetengah ibu lain yang keluar 'show' atau pecah air ketuban..tandanya cuma rasa sakit contraction selang 5 minit terus..tu pun boleh saya xtahu yg sakit tu sakit contraction sebab masa tu saya dijangkiti kencing kotor..so sakitnya lebih kurang sama dgn contraction..pegi hospital putrajaya check2 OS 2cm n doc jangkakan petang tu jugak saya bersalin..tup tup esoknya baru bersalin huhu..tu pun terpaksa vacuum sebab saya dah kehabisan tenaga dan jugak masa untuk push terlalu lama (risau complication pada baby)..alhamdulillah berjaya VBAC:)

Muhammad Abid Muayyad bin Muhamad (7 Mac 2014) - PPUKM

sama macam kakaknya juga..genap muafah berumur 8 bulan saya disahkan pregnant 2 bulan...kelahiran abid juga tiada tanda-tanda yang nyata..malam sebelum abid lahir kami ke hospital untuk check sebab abid xcukup 10 kali pergerakan haritu..nak kata contraction tu tak jugak tp biasalah sakit sikit-sikit (braxton hicks) tu memang dah lama dirasai..sekali bila doktor buat VE dah bukak 3cm terus admit ward..esoknya abid pun lahir secara normal..alhamdulillah..abid dilahirkan di PPUKM disebabkan dah detect yang abid ada heart problem since kandungan berusia 25 minggu..lagipun pakar kardiologi kanak-kanak memang dah diberitahu awal-awal (checkup antenatal pun kat sini) supaya bersedia time saya nak deliver tu...

Baby AM (.....Feb 2015)

genap abid berusia 3 bulan setengah saya disahkan pregnant 6 minggu..kali ni sangat cepat saya mengandung semula tapi apapun syukur atas rezeki terindah ini..kehamilan kali ni buat saya xlena tidur malam bila semakin dekat dengan tarikh edd hehe..asyiklah duk terfikir kali ni adakah tanda-tanda bersalin yang nyata dan jelas...ye lah kalau boleh xnakla g hospital tapi kena balik rumah pulak sebab bukan masanya lagi..kalau boleh pegi hospital tu memang dah betul-betul masa untuk bersalin..Ya Allah permudahkanlah proses kelahiran anakku ini..semoga aku selamat melahirkannya dalam keadaan yang normal dan sihat..aamiin..

sekarang ni saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku "nikmatnya sakit bersalin' sebagai bekalan semangat dalam mengharungi detik-detik kelahiran nanti..


semoga saya dapat melalui detik-detik melahirkan zuriat dengan tenang dan sentiasa berpaksikan semangat jihad sepertimana yang terkandung dalam buku ini..aamiin

"NIKMATNYA SAKIT BERSALIN..IN SHAA ALLAH"




2 comments: