Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 24, 2015

Diari Jantung Abid: 7 Mac 2014 lahirnya seorang pejuang

Assalamualaikum w.b.t,

sambung kembali kisah perjuangan abid..maklumlah sibuk menguruskan kelahiran adik abid, ammara maryam yang kini dahpun berusia 3 bulan lebih..menjadi ibu kepada 4 orang anak ni sangat menuntut kesabaran yang bukan sedikit..penat tapi bahagia:)

alhamdulillah masa yang kami nantikan telah tiba..tepat jam 2.50 petang di hari jumaat yang mulia, lahirlah abid ke dunia..syukur kelahirannya dipermudahkan..saat menahan sakit contraction, hati lagi berdebar untuk bertemu dengan anak yang dikandung selama 39 minggu ini..maklumlah dari awal sudah mengetahui keadaan abid sejak dari usianya 25 minggu dalam kandungan..

sebaik saja abid lahir, doktor paediatric terus membuat pemeriksaan ke atas abid, di sebelah katil saya, jika sebelum bersalin saya risau andainya abid tidak menangis sebaik saja lahir namun tanggapan saya meleset, jeritan kuat abid memenuhi segenap ruang labor room tu, alhamdulillah..

muhamad abid muayyad bin muhamad

selepas abid diperiksa, en.suami memaklumkan bahawa abid kena diletakkan di NICU (Neonatal Intensive Care Unit)..eh kenapa pulak sedangkan sebelum ni Dr.Yong bagitau boleh rooming in dengan saya tapi masa tu tak sempat nak tanya detail sebab en.suami dah kena keluar dari labor room tu ..sementara saya 'diselesaikan' dalam labor room tu, en.suami mengiringi abid ke NICU..sebaik saja selesai urusan saya ditolak ke wad bersalin ..en.suami datang dan memaklumkan bahawa keadaan abid baik2 sahaja..cuma tujuan abid diletakkan di NICU adalah untuk pemantauan doktor sahaja..alhamdulillah lega dengar..petang tu juga saya dan en.suami ke NICU untuk melihat cahaya mata yang dinanti-nanti selama ini..kali pertama melihat abid perasaan tak dapat nak digambarkan..gembira sedih semua ada..walaupun abid ada masalah jantung tapi badannya agak bersemangat..3.47kg hehe

tapi yang membuatkan saya ralat bila melihat ada tiub susu yang dipasang di mulut abid, anggapan saya adakah abid sudah diberi susu formula..oh kalau betul memang saya terkilan sebab niat saya untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada abid..dah la masa dalam room tak dapat nak skin to skin contact..lalu saya bertanyakan nurse yang jaga abid tentang penyusuannya, alhamdulillah abid masih belum minum susu lagi, diaorg just standby tiub susu tu andai kata abid tak mampu untuk direct feed dengan saya..lalu saya meminta kebenaran untuk menyusukan abid secara direct..alhamdulillah abid beroleh kolustrum yang sangat berharga di awal-awal kelahirannya..tapi agak sukar juga untuk memegang abid ketika itu disebabkan ada beberapa wayar yang attach di badannya..kena berhati-hati sebab kalau tersalah sentuh ke apa mesin akan terganggu..

masa ni lah saya asyik duk perhati mesin kat situ dan belajar bacaan-bacaan di mesin tersebut, mana yang kadar oksigen mana yang kadar 'heart rate', bp dan sebagainya..kalau orang lain oksigen 100%, abid punya dalam 98-100%..doktor kata keadaan abid baik berbanding dengan kes-kes lain...














malam tu saya kembali ke katil saya untuk berehat dan en.suami pun pulang ke rumah..tapi tak berehat sangat pun sebab sepanjang malam saya expressed susu secara marmet untuk bekalan abid sepanjang malam tu, maklumlah 'stimulation semulajadi' duk kat NICU hehe..

keesokan paginya (sabtu) en.suami datang dan kami pergi melawat abid bersama-sama..masa ni saya dah boleh discharged..bila sampai di tempat abid saya bagitau nurse untuk duduk bersama-sama dengan abid..tapi saya kena balik rumah dulu sebab nak ambik beberapa barang..on the way balik sempat singgah kenduri sepupu di gombak..al maklumlah tujuan ma datang sebab nak pergi kenduri sepupu saya..tak sangka pulak yang saya dah bersalin sehari sebelum tu hehe..memandangkan dekat je hukm dengan gombak tu maka kami singgah sekejap..malam tu saya tido di rumah..nasib baik ma dan adik beradik saya ada boleh tolong tengokkan aisyah dan muafah..

ahad pagi saya dan en.suami pergi melawat abid..dan nurse pun dah sediakan 'tilam vono' saya:)..seunit sofa bed di ruang cubicle abid..cukupla untuk meluruskan kaki walaupun hakikatnya tidak berapa nak selesa dalam keadaan baru 3 hari bersalin..agak mencabar juga sebab nak berjalan ke bilik air dan juga membersihkan diri kena g ke bilik tetamu di luar wad..agak jauh juga nak berjalan tapi dah terpaksa nak buat macam mana:)

sepanjang 5 hari abid di NICU, saya berulang alik dari rumah ke hospital..balik pun sebab nak berehat sekejap (tinggallkan ebm untuk abid) walau hakikatnya xboleh rehat pun sebab aisyah dan muafah tengah melasak..petang ke hospital semula tido dengan abid sampai esok pagi..

kami dimaklumkan yang abid akan diperiksa oleh doktor pakar jantung kanak-kanak pada hari isnin dan kemungkinan abid dah boleh balik rumah hari isnin tu..sebab sabtu ahad doktor tak ada..hari isnin tu tunggu punya tunggu doktor tak datang-datang..lalu dalam pukul 5 ptg kami balik ke rumah..esoknya pagi selasa sebaik sampai di tempat abid nurse bagitau abid dah boleh balik..alhamdulillah..nurse cakap doktor datang lewat dah petang semalam dalam pukul 6 lebih buat echo..alahai xsempat jumpa doktor nak tahu pasal keadaan sebenar abid..tanya nurse pun dia tak tahu sangat..x pe lah yang penting abid dah boleh balik rumah:)..temujanji untuk jumpa doktor pakar jantung kanak-kanak adalah 2 minggu lagi

sebaik saja abid sampai di rumah, kakak-kakaknya apalagi berebut-rebut nak pegang nak tengok nak riba adik baru:)..alhamdulillah sepanjang abid di rumah, keadaannya baik-baik saja..tak ada apa yang membimbangkan..tetamu yang datang melawat pun cakap abid tak nampak macam orang sakit pun..ye lah sebab abid menyusu ok, berak kencing pun ok pendek kata semua macam baby yang sihat sehinggalah usianya mencecah sebulan........



to be continued...

No comments:

Post a Comment