Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 23, 2015

'double breastpump' versi saya:)

Assalamualaikum w.b.t,


Selamat berpuasa di bulan ramadhan buat anda semua:)


Alhamdulillah maryam dah pun berusia 3 bulan lebih..alhamdulillah masih ekslusif menyusu ibu sepenuhnya..semoga kali ini dimurahkan dan dipanjangkan rezeki buat maryam..jika sebelum ni semuanya tak sampai 2 tahun (kes pregnant di luar jangkaan huhu) harap kali ni ada rezeki maryam..aamiin

sejarah breastpump sebelum ini

kali ni nak share mengenai gajet penyusuan saya sepanjang menyusukan empat orang anak..saya tak pernah cerita pasal peralatan menyusu setakat ni kan:)..setakat ini saya mempunyai 3 breastpump (2 manual dan 1 elektrik)..untuk manual saya menggunakan avent manual dan medela harmony..pam avent manual saya beli sebelum aisyah lahir..alhamdulillah sangat best dan selesa menggunakannya..ketika aisyah berusia 1 tahun 4 bulan, muafah lahir..masa ni saya dah berniat untuk beli pam elektrik dah sebab fokus nak menyusu sepenuhnya muafah dengan susu ibu..lalu saya membeli medela swing (single elektrik)..masa ni tak banyak lagi pilihan breastpump tak macam sekarang yang tumbuh bagaikan cendawan sampaikan rambang mata dibuatnya hehe..so masa muafah saya mengepam menggunakan avent manual dan medela swing...

1 tahun 4 bulan selepas itu, abid pula lahir..masa ni pam avent tu tak boleh guna sebab spare part nya rosak..agak susah nak cari spare part avent ni, lalu lepas dah dapat green light dari en.suami, dapatlah medela harmony..pengalaman guna medela harmony ni sangatlah best dan praktikal sebab hobi saya masa dalam pantang ialah buat tandem pumping (menyusu sebelah pam sebelah)..kalau nak guna swing agak payah sebab nak jaga wayar dia sume maklumlah kaki tangan tak duk diam hehe..sebab tu la saya prefer breastpump manual untuk tandem pumping ni...

tapi perancangan Allah lagi cantik, semasa abid berusia 3 bulan lebih saya disahkan pregnant 6 minggu..masa ni saya baru 2 minggu naik kerja selepas cuti bersalin..so susu saya mula drop, drop n terus drop..terpaksa la campur susu formula (pasrah)..tapi saya tetap berlapang dada sebab semuanya disebabkan fitrah badan bukan disebabkan kemalasan saya untuk mengepam dan menyusukan anak..

bila maryam lahir ketika abid berusia 11 bulan lebih, saya nekad untuk menyusukan maryam dengan susu badan sepenuhnya..tapi cabaran menyusukan maryam kali ni agak kuat..2 minggu selepas bersalin kami balik kg kerana adik perempuan saya nak kahwin..hari kedua di kampung maryam warded di husm sebab dijangkiti chicken pox (malam tu adik saya akad nikah)..orang sibuk di masjid kami sibuk di hospital huhu..10 hari maryam warded, selepas seminggu maryam discharged abid pula masuk wad..penatnya badan Allah je yang tahu..disebabkan tidak cukup rehat, penat, makan minum tak teratur susu saya drop dengan agak teruk..selepas maryam keluar hospital, barulah saya mula megepam untuk buat stok..nak bangkit semula dari zero memang mencabar ditambah dengan kakaks dan abang maryam yang semakin aktif membesar memang berperang jugaklah..jadi apa yang saya buat untuk up kan balik production saya amalkan tandem pumping..semasa maryam menyusu saya pun mengepam yang sebelah lagi guna medela harmony..alhamdulillah dengan cara ni saya dapat mengumpul stok ebm di kampung..walaupun xbanyak tapi syukur masih ada rezeki maryam..kalau nak harapkan masa free untuk fokus mengepam sahaja memang tak mampu dan tak sempat..dengan nak jaga 4 orang anak kecik serentak ni nak ke bilik air pun berkira huhu...

naik je kerja selepas cuti 2 bulan, saya kembali dengan rutin sebelum ni, dari satu beg kepada 3 beg dibawa ke ofis..1 handbag 1 cooler bag satu lagi beg bekal air+makanan:)..dan untuk memendekkan masa mengepam saya buat double pumping..tapi bukan menggunakan double breastpump yang khusus ye tapi sebaliknya jeng jeng jeng hehe..

ni lah dia 'double breastpump' saya...sebelah elektrik sebelah manual:)


ikutkan hati ni mau je saya beli elektrik double breastpump yang baru tapi saya tahan jangan ikut nafsu:)..sekarang ni macam2 brand ada kan?harga pun murah2..masa 2,3 tahun lepas tak banyak sangat pilihan...tapi buat masa ni masih lagi boleh bertahan walaupun lenguh nak guna yang manual tu..sebab yang manual saya suka untuk buat tandem pumping je:)

apapun dengan cara ni saya dapat menjimatkan masa mengepam di ofis..dan hasilnya juga berbeza jika menggunakan single pam..dengan harapan bila en.suami baca entry ni terbukak hatinya untuk 'meluluskan' niat dalam hati saya ni walaupun sebelum ni dia tanya saya nak beli ke pam idaman saya (lacte duet) tapi saya kata tak pun (padahal dalam hati ada niat tu hihi)...



purata hasil perahan..5-6 oz..alhamdulillah cukup untuk maryam


walaupun hasilnya tak la semeriah orang lain tapi bagi saya itu tak penting..yang penting susu untuk maryam cukup, banyak atau sikit itu semua rezeki Allah..kadang-kadang terasa gak bila ada yang membanding2kan hasil perahan masing2..tapi bagi saya apa yang lebih utama adalah susu kita CUKUP untuk anak kita..bagi semangat untuk diri sendiri hihi...




maryam..cinta hati kami sekeluarga:)







No comments:

Post a Comment