Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 15, 2017

Welcome 2017

Assalamualaikum w.b.t,

diam tak diam dah masuk ke tahun baru kita ye...syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan diberi nikmat kesihatan dan rezeki dari Yang Maha Esa untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini...

azam tahun baru ni untuk kembali aktif berblog...demi tatapan yang tersayang terutamanya anak-anak nanti dengan harapan bila mereka dah memahami erti hidup, mereka akan membaca semula coretan dan kenangan di awal-awal kehidupan mereka di bumi Allah ini..dan juga supaya mereka tahu yang ibu mereka ni sangat sangat sayangkan mereka semua walaupun saya ni di label garang dan suka membebel...:)

niat awalnya nak post di awal januari haritu tup tup dah pun masuk mid februari pula..al maklumlah bila idea datang masa pula tak mengizinkan..bila masa ada idea pulak tak kunjung tiba hihi alasan semata...

ok lah memandangkan ini post yang pertama di tahun 2017 ni saya rangkumkan serba sedikit perkembangan terkini saya dan keluarga...

Keluarga

Alhamdulillah kehidupan kami sekeluarga baik-baik sahaja...setakat ini masih belum ada penambahan ahli keluarga hihi...anak-anak semakin membesar dan semakin banyak karenah dan perangai yang seringkali memeningkan kepala saya dan en.suami...biasalah kan ada masa gembira ada masa sedih..4 orang anak 4 perangai yang berbeza...macam mana la saya tak bertukar jadi 'singa jadian' kalau masing-masing setiap minit bergaduh, berbalah mulut, berebut mainan dan so on huhu...betullah orang tua-tua kata anak-anak ni ibarat racun tapi dia juga lah penawar...nak membesarkan dan mendidik anak-anak zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman kita membesar dulu..sekarang ni macam-macam yang terjadi di sekeliling kita...semoga Allah melindungi kita dan anak-anak setiap masa...Aamiin...

 di kampung halaman yang sentiasa dirindui



my soul


 waktu makan..jangan terpedaya dengan aksi sopan dan tekun mcm ni...kejap lagi bersepahla satu rumah..standard la kan...:D




 kakak aisyah dan kakak muafah...tahun ni dah 1 sekolah tadika...:)



 abang abid dan adik maryam duk taska di ofis ibu...:)


semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi anak-anak ibu ayah...Aamiin



bila anak-anak dah tidur rasa sayu je hati.:(

Kerjaya

masih lagi bergelar ibu berkerja...sampai pencen la kot hihi...walaupun pada saat ni hati sangat meronta-ronta untuk mengambil cuti menjaga anak (5 tahun) demi nak memastikan anak-anak sentiasa di depan mata dan yang paling penting sekali saya nak mendidik dan mengajar sendiri anak-anak sebelum mereka ke alam persekolahan nanti...jauh di sudut hati saya sangat ralat melihat anak-anak membesar dengan 'orang lain'..masa mereka banyak di luar rumah dengan pelbagai jenis ragam manusia yang banyak mempengaruhi sikap dan kelakuan anak-anak...sedih sangat bila mengenangkan masa untuk anak-anak sangat terhad...balik rumah pun nak uruskan hal-hal rumahtangga lagi, nak masak untuk keluarga lagi dan pelbagai perkara yang perlu dibuat setelah seharian tertangguh dek kerana keluar bekerja...sampaikan tak ada masa untuk memantau pelajaran anak-anak..:( tapi bila difikirkan kembali kalau saya cuti tanpa gaji nanti macam mana pula dengan komitmen bulanan yang perlu dibayar..hutang rumah, ptptn etc...so pendam sahaja hasrat tu...berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa...Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....In Shaa Allah...

Ekonomi

Alhamdulillah hidup kami sekeluarga sederhana sahaja...walaupun ada sesetengah kawan-kawan yang cakap tak pelah dua-dua bekerja senanglah...saya aminkan saja..:)

walaupun hakikatnya hidup di bandar dengan anak yang ramai ni tidaklah semewah seperti yang di sangka kan...dengan harga minyak dan barang keperluan yang sentiasa naik, naik dan naik ni...semput jugalah nak mengejarnya...bayangkan saja lah kos bulanan untuk taska dan tadika anak-anak sahaja pun dan mencecah 1k++..itu belum masuk susu, diapers dan keperluan lain lagi...bukan mengungkit tapi itulah hakikat hidup di zaman gst ni hehe...apapun kita kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang tak pernah putus-putus...rezeki ni bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi juga kesihatan, kasih sayang, kawan-kawan yang baik dan sokongan dari orang sekeliling terutamanya keluarga tersayang...susah itu satu ujian...senang juga satu ujian...sebab tu lah kena sentiasa ingat Allah bukan sahaja di waktu susah tetapi juga di waktu senang...

Side income

Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ketiga kami suami isteri berniaga kecik-kecik..bermula dari suka-suka lama-lama Alhamdulillah dah boleh menambahkan duit poket keluarga...biarpun tak banyak yang penting halal dan berkat...asalnya bermula dari saya suka makan soto yang dicampur dengan meatball...1st time buat rasanya sangat sedap di tekak saya la...pastu en.suami pun makan dia pun suka dengan soto yang saya masak...last-last saja je borak apa kata kita buat jual pula...jual di sekolah en.suami...bermula dari situ lah kami bermula...dari 2 menu hingga sekarang dah pelbagai menu yang kami jual:

#soto meatball
#laksa penang
#nasi kerabu
#laksam
#lontong
#mee kari
#mee goreng
#spaghetti
#bubur nasi ala mcd

 soto



 saya letak meatball dalam kuah soto...bukan bakso ye...:)



 laksa penang



 laksam/laksey



mee kari dan lontong



Alhamdulillah rezeki anak-anak...dan akan datang ada menu lain yang masih lagi dalam cadangan...saja nak mempelbagaikan menu...:)...tapi untuk buat kerja-kerja jualan ni memang kena banyak berkorban..terutamanya dari segi masa dan tenaga...awal-awal pagi dah kena bangun untuk prepare bahan-bahan masakan...tapi lama-kelamaan bila ianya dah jadi rutin, kita dah jadi biasa bak kata pepatah alah bisa tegal biasa...:)..saya berpegang pada pepatah "berpenat-penat dahulu berehat-rehat kemudian"...

sesiapa di area putrajaya yang berminat untuk menempah bolehlah contact kami ye..:)

013-9027012 (azila)
019-9293577 (muhamad)
(tempahan diterima untuk weekend sahaja)


No comments:

Post a Comment