Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 20, 2017

Muafah: Septic Arthritis


Assalamualaikum w.b.t,


What Causes Septic Arthritis?

Septic arthritis usually is caused by bacteria that spread through the blood stream from another area of the body. It can also be caused by a bacterial infection from an open wound or an opening from a surgical procedure, such as knee surgery.
In adults and children, common bacteria that cause acute septic arthritis include Haemophilus influenza, staphylococcus, and streptococcus. These foreign invaders enter the bloodstream and infect the joint, causing inflammation and pain.

Septic Arthritis...itulah yang berlaku kepada anakanda kedua saya muafah pada hari raya aidiladha tahun lalu...baru berkesempatan untuk berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan di saat umat Islam sedang meraikan hari raya korban...izinkan saya berkongsi kisahnya...

11/9/2016 (ahad)
esok merupakan hari raya aidiladha...kali ni sambut di rumah en.suami dulu..malam ni seperti biasa sibuk dengan aktiviti memasak dan persiapan nak menyambut raya...anak-anak riang gembira bermain dengan sepupu-sepupu...muafah pun masa ni masih lagi aktif bermain..
tengah memasak tiba-tiba muafah datang mengadu lututnya sakit katanya..bila tengok terkejut sebab lututnya bengkak merah macam bisul dan panas..tiba-tiba tak boleh berjalan...jadinya memang malam tu dia duk diam je lah...muafah ni jenis suka simpan sorang-sorang...kalau dia sakit sikit-sikit memang dia tak bagitau orang unless kalau dah betul-betul tak boleh tahan baru dia bagitau..contohnya macam ni lah..sebab tu kami semua tak syak dia sakit sebab dia cergas dan riang je sepanjang hari tu...

12/9/2016 (isnin~raya aidiladha)
selepas solat raya balik ke rumah tok ma dan pergi ke rumah cikda sebab cikda ada buat jamuan sikit di rumahnya...so seharian tu memang duk rumah cikda je...tak ada pergi ke mana-manapun...muafah start dari malam raya tu memang tak boleh berjalan dah...sakit sangat katanya...tetamu yang datang semua pakat duk kata bisul...nanti pecah ok lah katanya..saya tak sedap hati sebenarnya sebab tengok 'lain macam' je bisul muafah ni..sepanjang malam tu memang muafah tak lena tido duk merengek sakit...

13/9/2016 (selasa)
pagi-pagi lagi kami bawa muafah ke klinik 1 Malaysia..klinik tu je yang buka yang lain masih cuti (kelantan cuti 2 hari raya korban)...MA just bagi ubat demam sahaja..memang muafah demam panas masa ni..so bagi ubat demam dulu...memang tak beraya ke mana-mana pun sebab memikirkan keadaan muafah..

14/9/2016 (rabu)
tengok bengkak di lutut muafah semakin merebak ke peha dan betis..area situ rasa panas dan merah...demam muafah pun tak kebah-kebah...pelik pula takkan bisul macam ni..so decide untuk bawa muafah ke HUSM selepas Isya'..pergi bertiga je dengan muafah dan en.suami...sampai sana doktor check dan terus buat xray takut ada patah mana-mana ke...bila result x-ray keluar Alhamdulillah tak ada patah mana-mana...tapi doktor bimbang muafah kena jangkitan dalam sendi yang boleh membahayakan keadaan...kena tunggu doktor pakar datang dulu untuk confirmation dan masa ni doktor dah standby pasang drip siap-siap sebab kemungkinan besar muafah kena warded...terkejut kami masa tu sebab tak sangka sampai kena masuk wad...:(

tertidur menunggu doktor pakar

dalam pukul 1.00 pagi doktor pakar datang check dan bagitau memang ada tanda-tanda infection dalam sendi...kena masuk wad untuk scan dan x-ray sekali lagi untuk tengok sampai mana nanah tu ada sebab takut dan sampai ke sendi..kalau dah sampai ke sendi memang kena operate buang nanah..
dalam pukul 2.00 pagi muafah ditolak ke wad surgical kanak-kanak..malam ni en.suami dulu yang temankan muafah sementara saya perlu balik uruskan kelengkapan muafah dan jenguk anak-anak yang lain..pukul 3.00 pagi gagahkan diri balik sorang-sorang dalam keadaan badan penat dan mata mengantuk...

15/9/2016 (khamis)
lepas uruskan anak-anak (family jaga) saya ke HUSM semula sebab en.suami bagitau pagi ni nak scan lutut muafah...Alhamdulillah sebaik sampai di hospital muafah terus dipanggil masuk untuk scan..hasil dari scan memang nanah tu sangat banyak terutama di kawasan lutut...hitam je nampak dalam gambar...penuh dengan nanah..so doktor decide untuk operate esok pagi (jumaat)...mlm kena start berpuasa pukul 2.00 pagi...teringat masa abid dulu pun kena puasa pukul 2.00 pagi sebelum pembedahan jantung..kali ni muafah pula...2x pengalaman anak kena bedah...:(...harini pun ayahnya yang jaga di wad...saya kena balik sebab maryam masih bf..

16/9/2016 (jumaat)
kami dimaklumkan giliran muafah jam 8.00 pagi...dalam pukul 10.00 pagi masih belum dipanggil lagi...bukan apa kesian kat muafah dah merengek lapar..tunggu punya tunggu dah dekat pukul 12.00 masih belum dipanggil juga..saya terpaksa balik dulu sebab ada hal penting nak diuruskan...baru je keluar dari kawasan parking en.suami maklumkan yang muafah dah ditolak ke dewan bedah...dalam hati duk bayang mungkin doktor tebuk je kot untuk buang nanah seperti kes-kes bisul yang lain..
dalam 1 jam setengah pembedahan selesai...Alhamdulillah semua dah selamat...petang tu saya dan family ke hospital melawat muafah...doktor memaklumkan yang mujur muafah cepat di bawa ke hospital sebab nanah tu dah hampir sangat dengan sendi..kalau dah masuk dalam sendi memang bahaya...syukur Ya Allah...
luka tu doktor belum jahit...disumbat dengan gauze untuk clearkan saki baki nanah yang xhabis keluar...saya sendiripun xtengok lagi lukanya macam mana sebab masih berbalut...
harini juga muafah dapat pindah wad Usains (guna medical card) sebab baru ada katil kosong...Alhamdulillah selesa sikit sebab muafah ni jenis suara kuat tambah-tambah kalau menjerit habis 1 wad dengar suara dia...sekurang-kurangnya tak lah mengganggu pesakit lain...:)


 pecah sendiri sebelum di tolak ke OT


 Alhamdulillah...selamat dibedah



18/9/2016 (ahad)
awal-awal pagi doktor dah datang untuk buka balutan dan tengok luka...saya memang jenis penakut tak boleh tengok luka dan darah tapi gagahkan diri juga tengok sebab anak sendiri kan..tambahan pula saya duk fikir sikit je doktor tebuk...sekali doktor buka terkejut tengok lukanya ternganga macam tu sekali...Allah... terus saya pandang ke lain tak sanggup nak tengok...yang muafah ni pula dia buat-buat berani tengok sekali terus dia dia meraung sambill cakap " ibu lutut muafah nampak isi"...punyalah pujuk dia bagi kerjasama untuk doktor check dan buat dressing sekali...doktor cakap lepas ni kena dressing sekali sehari...aduh...tabahlah duhai anak...

 :(

macam ni lah setiap kali nak dressing...:(


19/9/2016-21/9/2016

setiap pagi muafah kena dressing..setiap kali tu juga lah dia meraung..tengok nurse dan doktor masuk bilik pun dah fobia...ubat antibiotik memang kena makan mengikut jadual..mujur juga dia senang nak makan ubat...paling kesian bila pukul 12.00 malam tengah-tengah tidur kena kejut makan ubat..dalam tempoh beberapa hari ni saya, kakak dan adik bergilir-gilir jaga sebab en.suami dah keje...muafah pun nampak bosan duduk dalam wad...sebab tu lah bila dah selesai dressing semua kami bawa muafah keluar jalan-jalan (naik wheelcair) dan biasanya pergi beli aiskrim kat kedai bawah tu..masa ni layan je lah dia nak makan apa kecuali yang gatal-gatal..cabaran utama masa jaga dia masa ni beratnya 20kg..mak aii sakit pinggang nak dukung dia ke bilik air..kalau malam pakaikan je diaper kat dia..x larat nak dukung huhu


 kakak yang setia menemani...:)





 ceria kawan 1 sekolah datang melawat...adam...:)







 abid dan kakak aisyah setia menemani..:)



 ayah&menantunya...:)


 makan ubat...:)

 ceria orangnya sakit-sakit pun..:)



 yahoo saya nak cepat sihat cepat boleh balik..:)

 my baby...always my baby..:)





nak keluar jalan-jalan...:)

mek jangok..hari-hari minta pakai jubah...bila pakai jubah barulah orang tahu dia gegirl..kalau tak doktor sendiri panggil dia abe...:)

22/9/2016 (khamis)

harini luka muafah akan dijahit...seawal pagi muafah ditolak ke dewan pembedahan..saya menemani muafah hingga ke saat dia dibius..dalam sejam lebih dah siap dan saya dipanggil masuk ke bilik menunggu...masa ni muafah dah sedar sikit-sikit tapi masih dalam keadaan mamai..tapi dalam mamai-mamai dia sempat lagi merengek nak ibu temankan sekali atas katil..bila dia dah stabil semua barulah ditolak kembali ke wad..doktor maklumkan kalau semua dah ok maybe ahad atau isnin nanti dah boleh balik..sampai saja di wad muafah dah minta nak makan tapi doktor tak benarkan lagi..kena tunggu dalam sejam@2 jam lagi baru boleh makan...jenuh pujuk...:)

25/9/2016 (ahad)

Alhamdulillah sebaik selesai pemeriksaan pagi ni doktor dah bagi greenlight untuk balik rumah..tca 2 minggu kemudian..tak sabar rasanya nak balik dah lama berkampung di hospital...(11 hari dalam wad) anak-anak pun dah kerinduan di rumah..lepas ni sambung dressing 2 hari sekali di klinik berhampiran...

masa muafah sakit ni sekali lagi saya ambil cuti separuh gaji selama sebulan...dari cuti raya aidiladha terus sambung lagi sebulan...tapi muafah ni sakit-sakit pun lasak tetap lasak macam biasa...gerun kita yang menengoknya..semoga muafah cepat-cepat baik ye sayang...

di kesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat yang banyak membantu dan mendoakan kesembuhan muafah...tak lupa juga kepada para doktor dan nurse di Wad Eksekutif HUSM yang sangat baik dan caring...semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan rahmat dan kebaikan jua...In Shaa Allah...

pesanan:

kalau anak-anak terjatuh atau ada luka terutamanya di kawasan sendi, please alert dan pastikan luka tu di rawat sebaiknya...dalam kes muafah ni doktor bagitau kemungkinan besar berpunca dari luka tapi berlaku infection sebab lukanya di area lutut yang memang high risk untuk terjadinya septic arthritis ni..bila flashback balik dia ada bagitau jatuh masa hari sukan sekolah tapi ye lah mana dia nak bagitau kita ni dia jatuh ke apa..kita pun x nampak masa dia jatuh dan tak perasan luka di lututnya tu...harap-harap tak berulang lagi lepas ni...In Shaa Allah...


No comments:

Post a Comment