Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 22, 2013

cerita syawal 1434H~2013

Assalamualaikum,

berlalulah sudah ramadhan..sebulan berpuasa...

alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk merasai nikmatnya aidilfitri setelah berpeluang berpuasa di bulan ramadhan..alhamdulillah juga ramadhan yang lalu saya dapat berpuasa penuh:)..ye lah sejak bersalinkan muafah 'kwn baik' agak xteratur masanya..ikut dan dia je nak dtg, tapi syukurlah dia xdtg waktu bulan puasa aritu so xde lah kena mengganti puasa nanti:)

berbalik kepada cerita raya kami berempat pada tahun ini, sebenarnya raya tahun ni kami xberkesempatan sangat nk bergambar..maklumlah sibuk beraya sana sini sampaikan nak ambil gambar sefamily pun xsempat..

pagi raya kali ini sama juga mcm tahun lepas..beraya di rumah en.suami dulu, seperti biasa rutin di pagi raya selepas solat sunat aidilfitri kami satu family (belah en.suami) akan menziarahi pusara arwah ayah, ma, adik n 2 org anak saudara..1 syawal iaitu 8.8.2013 genap setahun arwah ayah meninggalkan kami..alfatihah...

sebelah pagi kami sekeluarga beramai2 beraya di rumah saudara mara en.suami dahulu..dah petang2 sikit baru balik rumah saya..beraya jugak ke rumah tok saudara..rumah jiran2 terdekat pun xsempat nk beraya lagi..

raya kedua pula beraya di rumah bakal adik ipar (In Shaa Allah) di pasir mas..petangnya pulak ke rumah saudara en.suami..begitulah seterusnya agenda raya kami sekejap belah saya sekejap belah en.suami..dekat katakan hehe..raya ketiga kami xkemana2 sebab en.suami pegi tukar cermin kereta..dugaan sungguh masa raya haritu..masa 1 syawal balik dari solat raya en.suami perasan cermin kereta belakang pecah retak seribu..kalau xda tinted mmg dah berderai jatuh dah tu..bila bawa pegi kedai tuan kedai tu ckp ada kesan pecah akibat mercun..hurmmm xpasal2 melayang jugak RM400 tukar cermin baru..xpa lah sedikit dugaan di hari raya..

raya kelima kami buat makan2 khas utk adik beradik terutama belah en.suami sebab kakak dan adik ipar baru balik kg sbb masing2 beraya di rumah mertua dulu di penang..tapi majlisnya dibuat di rumah saya:)..nanti akan update di entry lain ye..so buat masa ni layan la dulu beberapa keping gambar yg sempat diambil dicelah2 kesibukan g beraya sana sini..gambar pun ada yg menjadi ada yg x..sabar je la huhu..

 kakak aisyah..org pertama yg siap berbaju raya hehe

 ustazah aisyah mardhiyah..In Shaa Allah

 beraya di rumah nenek en.suami..aisyah xberhenti2 makan..patutlah berat huhu

posing:)

 adik muafah pun nk mintak maaf dgn ayah jugak ke?

 kakak minta maaf byk2 ye ayah sbb kakak selalu buat ayah pening dgn kakak

 ampunkan ayang bie..banyak buat salah ni huk huk

 muafah baru bangun tido..rambut sememeh je huhu

 cak..

 percubaan mengambil gambar berempat..saya dan aisyah pulak yg terpejam mata

 yg ni en.suami pulak yg pejam mata..dahla malas dh nak amik nk g beraya dah ni hehe


begitulah serba sedikt cerita syawal kali ini..raya ketujuh baru kami gerak balik putrajaya..kalau ikutkan hari selasa (raya ke enam) sepatutnya balik putrajaya tapi hari tu saya diserang cirit birit dari pagi sampai ke malam sampaikan kena g klinik..nasib baik dapat mc hari rabu tu huhu..dan yg ralatnya sepatutnya raya kali ni ada 3 pasang baju raya sedondon..warna biru ni raya pertama..raya kedua warna purple xsempat amik gambar dan yang ketiga warna merah langsung xpakai sbb segan pulak bila dah raya ketiga keempat nk pakai sedondon lagi hehe..xpa xraya pun boleh pakai kan?

No comments:

Post a Comment