Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 28, 2013

bila satu keluarga xsihat

Assalamualaikum,

sedikit dugaan minggu ini..bermula dengan aisyah yg demam sejak hari ahad lepas..kami perasan yg aisyah xsihat bila sepanjang hari kami g ber'open house' sana sini aisyah monyok je.. masa tu badan dia dedar2 lagi..mlm tu dah start panas..jelum2 dengan air sume..esoknya still hantar ke taska sbb saya xboleh nk amik cuti sbb masih dalam tempoh menanggung keje..xcukup 28 hari lagi..ptg tu adik saya msg bagitau badan aisyah makin panas..so balik keje ptg tu saya terus bawa aisyah ke kk presint 9..jumpa doktor check suhu 39.6"C..patutla lesu doktor cakap..bagi ubat sume dlm 7.30 mlm sampai rumah..

selasa mlm muafah pula mula demam..dh lama muafah xdemam..last demam masa umur dia 3 bulan..badan panas tp masih lg boleh senyum2 bebel pa..pa..pa..mlm tu mmg xlena tidur..kejap2 jaga check suhu muafah..dan malam tu juga saya dan en.suami mula rasa xsedap badan..mcm nk demam jugak..bangun pagi semalam mmg badan dah xbermaya..lesu sangat2..badan dah mula sakit sana sini..dahla adik saya pun demam jugak..so pagi smlam saya, en.suami dan muafah ke klinik lagi..dekat 2 jam menunggu baru boleh jumpa doktor..check suhu muafah tinggi dlm 38"C..doktor masukkan ubat bontot..dan bagi juga ubat syrup utk demam tu..masa tgh check doktor tu sempat lg muafah 'menyembang' dgn doktor sampaikan doktor cakap ramahnya dia huhu..saya pulak doktor just bagi paracetamol je..ubat2 lain doktor xberani nak bagi..dapat mc sehari..en.suami pun sama dapat mc gak...

balik dari klinik singgah amik aisyah n terus balik rumah..bermulala cabaran bila ibu ayah xsihat n anak2 pun xsihat..en.suami mmg xlarat nk bangun..xpernah lagi tgk en.suami sakit sampai mcm ni..saya pulak mmg xberdaya langsung..jalan berpijak lantai pun sakit satu badan..saya jarang demam tapi bila sekali demam mmg mcm ni lah..dengan rumahnya tunggang langgang mmg saya xberdaya langsung nk kemas..kepala pulak berdenyut2..badan sekejap panas sekejap sejuk..muafah pun xnak berenggang langsung dgn saya..mengempeng je 24 jam sampai dh pedih2 nipple ni..suap makan pun xnak..xsedap mulut agaknya..menyusu je la dia sepanjang hari..pada mulanya mmg saya kuatkan jugak xnak mkn ubat sbb takut effect production susu dahla susu mmg dah kurang skrg ni tapi last2 saya terpaksa mengalah..kena mkn jugak ubat sbb kalau saya sakit sapa nk jaga anak2..dahla en.suami pun xsihat jugak..aisyah pun smlm sedikit terabai....dia nak makan tp saya mmg xlarat sangat2 nk bangun..gerak sikit berdenyut2 kepala ni..last2 aisyah pegi sendiri ke meja makan..tgk dia buka saji rasa sedih dlm hati sbb dia lapar tu..agaknya dia tengok ibu ayah dia ni xsihat kenala dia cari makan sendiri:(..pastu saya tgk dia duduk atas kerusi dan makan bubur nasi yg saya beli balik dari klinik td..makanlah dia sorang2..sian aisyah..kena berdikari sendiri..

sampai malam keadaan tetap mcm tu xberubah..mlm tadi pun xlena sangat tidur..last2 saya tertidur atas sofa..aisyah, muafah n ayahnya tidur kat bawah..masa tu muafah tidur agak jauh dari saya..saya nak rehatkan diri saya sekejap..last2 dlm pukul 3 pagi saya terkejut bila bukak mata tgk2 muafah dah berdiri depan saya sambil menangis duk tepuk2 saya..eh pandai pulak dia cari ibunya ni huhu..aduhai mcm ni la keadaannya bila ibu ayah xsihat..

alhamdulillah pagi ni bangun rasa ringan sikit badan..muafah pun dah ada selera balik..pagi tadi suapkan dia puree apple di taska habis 1 bekas..alhamdulillah..cuma aisyah je yg masih batuk2 n selsema..mujurlah dah senang nk makan ubat..bagi syringe tu dia tekan sendiri sampai habis..kalau dulu siap berkejar2 nak bagi mkn ubat..sekarang alhamdulillah..

semoga kami sekeluarga cpt2 sembuh dan sihat mcm biasa..weekend ni byk aktiviti yg menanti..sabtu ahad jadual penuh..adoii bilala saya nak kemas rumah lipat baju sume huhu

No comments:

Post a Comment