Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2016

Diari Jantung Abid: umur sebulan..simptom 'heart failure' mula kelihatan

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah keadaan abid dari awal kelahirannya baik-baik saja..jaundis pun tak ada..senang sangat menjaganya..yang tak berapa senang nak handle kakaksnya tu..masing-masing tengah nak membesar lasak dan aktif tak dapat dipisahkan..:)

semasa abid berusia 2 minggu, kami membawanya ke ppukm untuk 1st appointment di klinik paediatrik (kardiologi)..kali ni kami jumpa dengan doktor bilqis (pakar jantung kanak-kanak)..di awal pertemuan doktor memberitahu ohh inilah parent abid ye..doktor bilqis ni sangat tegas orangnya tapi sangat baik..soalan dia kena kita jawab straight tak boleh bunga-bunga konar sana konar sini..kecut perut sokmo kalu nok jawab soalan dia huhu...dari hasil pemeriksaan terhadap abid, doktor bilqis sahkan abid mempunyai 5 masalah pada jantungnya..terduduk seketika sebaik saja doktor bilqis explain kepada kami..sebelum ni masa dalam kandungan kami diberitahu yang abid hanya mengalami masalah vsd sahaja..doktor bilqis terangkan yang dalam kandungan kita tak dapat nak lihat 100% kerana baby dalam kandungan kita tak boleh lihat dengan jelas keseluruhannya..dari perbincangan tu doktor bagitau plan rawatan untuk abid..memang tak da jalan lain kecuali pembedahan dan sejujurnya kami memang dah bersedia mental fizikal untuk menghadapi saat-saat macam ni since semasa mengandungkan abid lagi..ini lah salah satu kebaikan buat detail scan semasa mengandung..sekurang-kurangnya kita boleh sediakan diri untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku..

doktor bilqis memaklumkan kepada kami yang beliau dahpun merujuk ke IJN dan dah dapat tarikh untuk 1st appointment kat sana iaitu semasa abid berumur sebulan nanti..almost 1 jam berada dalam bilik doktor, sekali lagi doktor bilqis buat echo ke atas abid..dan hasil echo ni abid memang sah di diagnose:

TGA (Transposition of the Great Arteries)
VSD (Ventricular Septal Defect)
  ASD (Atrial Septal Defect)
PDA ( Patent Ductus Arteriosus)
PFO (Patent Foramen Ovale)

5 masalah pada jantung abid..rasa sedih memang tak terucap dengan kata-kata..tapi kami kuatkan semangat dan keraskan hati untuk tak nak bersedih..nak fikir yang positif je..doktor bagitau yang abid sangat bertuah sebab lubang yang ada pada jantungnya tu lah yang jadi "inusurans' untuk abid survive..dengan lubang yang ada tu lah yang membolehkan darah yang beroksigen dengan tak beroksigen mix together dan disebabkan tu juga lah abid tak cyanotic (kebiruan)..hebatnya Allah... ada juga kes dimana baby yang ada TGA tapi tak ada lubang..kes macam ni baby tu memang kena terus operate sebaik saja dilahirkan semata-mata untuk membuat lubang dulu sebelum pembedahan besar dibuat..sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang...segala puji bagi Allah yang mencipta manusia..di akhir pertemuan dengan doktor bilqis pagi tu, doktor memberitahu bahawa untuk kes abid, kena buat pembedahan sebelum usianya 6 bulan..untuk mengelakkan komplikasi dan keadaan bertambah teruk..

berbalik kepada simptom heart failure yang ketara semasa abid berusia sebulan, ada satu hari tu semasa sedang menyusukan abid (df), tiba-tiba dia muntah dengan laju dan banyak..habis keluar susu yang dia minum tu..lepastu abid nampak macam penat sangat dan tertidur..pada mulanya saya ingat sekali tu je dia muntah, tapi setiap kali dia menyusu selepas tu memang dia akan muntah (bukan jeluwak susu)..dan masa ni juga kami perasan yang abid bernafas dengan sangat laju..sampaikan ritma pernafasannya kami tak sempat nak 'tangkap'..laju sangat..kesian anak ibu ayah..:(..bila melihat keadaan abid macama tu, saya pam susu dan bagi abid minum dengan botol..ini untuk menjimatkan tenaganya supaya dia tak mudah penat sebab bila dia menyusu direct, abid perlu menggunakan tenaga yang banyak dan ini akan membuatkan jantungnya kena bekerja keras..

satu lagi simptom yang ketara ialah kuat berpeluh..ada satu malam tu bila tersedar dari tidur, saya dapati tempat tidur abid basah..saya ingatkan diapersnya bocor tapi bila check rupanya yang basah tu adalah peluh abid dan memang sah bajunya basah disebabkan peluh..:(

bermula dari situ kami lebih berjaga-jaga dan memberi sepenuh perhatian kepada abid..atas dasar tu juga kakaks (aisyah dan muafah) terpaksa dibawa pulang ke kampung oleh tok ma kerana kalau saya nak handle tiga2 dalam masa yang sama memang tak mampu..kakaks yang sangat aktif dan lasak dengan banyak siri temujanji dengan hospital, nak angkut tiga2 pegi hospital dengan saya yang dalam berpantang memang agak mencabar..mujurlah tok ma dan family faham situasi kami masa tu..kami memang kena fokus kepada kesihatan abid terlebih dahulu..biarlah orang nak kata kami tak bertanggungjawab ke apa ke sebab hantar anak-anak balik kampung..mereka yang tak melaluinya memang tak akan faham kan?



 assalamualaikum semua:)


saya abid..budak kuat:)


 saya dah pandai sembang-sembang hehe


 hobi saya tidur:)

 tidur lagi:)

 ni kakaks saya..semua duk berebut nak jaga saya:)



 ni kakak saya no.2..umurnya baru 1 tahun 4 bulan hehe

ni ayah saya:)

 2 oz yang diminum 2 oz juga yang keluar balik:(

bonding..love u my baby:)


ok lah sampai sini dulu la ye..In Shaa Allah akan datang saya akan share kisah temujanji pertama abid di IJN...






5 comments:

  1. Ila..rajin2 la mnulis..curi masa mu yg meme sibuk tu..aku nk baco..hehe...

    ReplyDelete
  2. Ila..rajin2 la mnulis..curi masa mu yg meme sibuk tu..aku nk baco..hehe...

    ReplyDelete
  3. In Shaa Allah..byk cerita nak share tapi gak xdan tu laa huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaykum ila. salam sayang dari bumi seoul. tini tak ingat ila ada blog. dulu pernah baca. beratnya dugaan abid. skrg dia da fully sihat kan? balik haritu takdan nak jumpa. In shaa Allah bila balik bangi nanti boleh jumpa. tini skrg tak buka fb da lama. nanti tulis la lagi ek nak baca.semoga urusan ila dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. Ws wbt tini,

    terima kasih sudi baca.. In Shaa Allah akan diteruskan hehe..abid Alhamdulillah sihat tapi masih perlu follow up sampai dia besar..doakan abid sihat2 selalu deh..Aamiin..

    ReplyDelete