ermm tetiba arini terlebih emo sikit...hormon apakah yg berlebihan ni..sungguh saya tidak suka perasaan ini wujud dalam hati..tapi saya juga tidak kuat untuk berlagak gembira dan ceria di depan org di kala hati sedang berperang dengan macam2 perasaan..
KENANGAN..setiap orang pasti ada pengalaman dalam hidup masing2 kan..xkirala pahit ke manis yg pasti selagi kita mengingati apa yg telah terjadi selagi itula ianya dipanggil kenangan...kenangan masa sekolah, masa di universiti, kenangan dalam percintaan, kenangan 'frust' dalam percintaan..kenangan masa bekerja dan macam2 kenangan yg telah menghiasi hidup kita..bagi saya kenangan yg paling meninggalkan kesan dalam hidup saya ialah masa belajar di 'U' dulu..bak kata orang zaman 'U' lah yang mengajar kita erti kematangan hidup, mengenal erti persahabatan dan juga percintaan..tapi rasa2nya ramai antara kita yg mengakui bahawa kenangan dalam percintaanlah yg paling diingati..sama jugak dengan saya...
selagi kita tidak bertemu dengan jodoh yang telah ditakdirkan untuk kita, selagi itulah kita bebas utk berkawan dengan sesiapa saja..namun jika kita sudah bertemu dengan pasangan yg ditakdirkan untuk kita, masa tu jugaklah kita harus bersedia untuk meninggalkan semua kenangan2 yg pernah menghiasi hidup kita dulu..sebab sekali kaki kita melangkah ke alam perkahwinan, sebaik saja ijab dan kabul dilafazkan maka bermula dari itu kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan masing2..kita sudah mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga..maka dengan itu hargailah perasaan pasangan kita dengan tidak menyakiti hatinya dengan kenangan2 kita dulu..let bygone be bygone..
bercakap pasal kenangan mengenai persahabatan pula..ianya adalah satu lumrah hidup..mengenal erti kawan juga mengenal erti lawan..xsemua kawan disekeliling kita yang boleh digelar sahabat..bila dah ada sahabat sejati ianya ibarat rezeki buat kita..tapi bila masing2 dah berkahwin, hubungan itu seakan-akan jauh wpun sebenarnya masing2 masih mengingati antara satu sama lain..namun itu semua memang tidak boleh dielakkan walaupun sesekali rasa sedih itu tetap ada bila mengenangkan kembali saat2 pahit manis semasa bersama dulu...sama2 belajar, sama2 berkongsi masalah dan sebagainya...
namun itulah yang digelar KENANGAN....walau sepahit atau semanis mana pun kenangan itu, fikirkanlah dulu perasaan orang2 disekeliling kita,jangan sampai ianya boleh menyinggung hati orang2 yang disayangi...sekali ia hilang xmungkin kita akan mendapatnya kembali...
mode: tgh layan lagu stacy 'kisah dongeng'
namun itulah yang digelar KENANGAN....walau sepahit atau semanis mana pun kenangan itu, fikirkanlah dulu perasaan orang2 disekeliling kita,jangan sampai ianya boleh menyinggung hati orang2 yang disayangi...sekali ia hilang xmungkin kita akan mendapatnya kembali...
mode: tgh layan lagu stacy 'kisah dongeng'
No comments:
Post a Comment