Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 7, 2013

cerita aisyah::taska::

Assalamualaikum,

lama dah sebenarnya nak bercerita pasal aisyah ke taska..busy punya busy sekarang barula ada masa sikit nak bercerita hehe..masa saya mengandungkan muafah lagi saya dah booking taska ofis utk letakkan aisyah dan adiknya..salah satu reason saya nak letakkan anak2 disitu ialah niat saya utk bf kan adik muafah..senang waktu lunch boleh pergi jenguk..salah satu lagi sebabnya ialah kalau apa2 jadi senang saya nak pegi tengok..nak kata serik dgn pengasuh sebelum ni xjugak tapi bila memikirkan pengalaman2 lepas saya buat keputusan hantar dua2 sekali ke sini..memang kalau ikutkan seboleh2nya saya xnak hantar baby ke nursery especially sewaktu umur belum mencapai satu tahun..tapi kalau nak cari pengasuh utk baby kira pagi2 dua tempat saya kena hantar sebelum pegi keje..terkejar2 jugak tu..so fikir punya fikir hantarla dua2 sekali ke satu tempat:)

sebulan sebelum naik keje saya call penyelia taska tanya status menunggu utk aisyah dan adiknya..alhamdulillah utk aisyah ada kekosongan tapi utk muafah masih belum ada kosong..so kena queue lagi..3 minggu sebelum masuk keje saya dah start hantar aisyah ke taska..sebagai training la kononnya hehe..minggu pertama asyik menangis je dari mula hantar sampaila balik..setiap kali amik waktu petang mesti bengkak mata sebab menangis dan xtidur..ye la kat taska kena ikut jadual waktu..time tidur mesti tidur, time makan kena makan..mungkin aisyah xbiasa lagi dgn suasana baru..so kena take time ckit kata penyelia..ye lah kat rumah pun kalau xpaksa tidur mmg xtidurnya aisyah ni..sibuklah dia dgn mcm2 aktiviti dia tu huhu...

masuk minggu kedua pun sama jugak..hari2 menangis tapi saya keraskan hati utk hantar jugak dia ke taska..kalo ikutkan hati mana sanggup tengok anak menangis2 mahu ikut kita balik bila tinggalkan dia kan?nak xnak saya kena jugak hantar..masa ni aisyah memang pandai..pagi2 bila kejutkan dia bangun tidur, dia pura2 tidur walaupun sebenarnya dia dah sedar..mata pejam tapi kelopak mata bergerak2 huhu..pastu bila kita lagi paksa dia bangun,ermm buat2 nangisla pulak..pastu xnak pakai baju la, keraskan badanla dan mcm2la dia buat..aisyah..aisyah (geleng kepala)

minggu ketiga alhamdulillah aisyah dah semakin dapat menyesuaikan diri dengan suasana di taska..tidur pun dah boleh ikut jadual..sampaikan pengasuhnya bagitau yg mulut aisyah dah mula becok (bahasa dia la)..xlama lepas tu saya pun mula masuk keje dan muafah pula dijaga oleh makciknya (cik anis)..dan alhamdulillah sekarang aisyah dah ok, xda dah nangis2..tapi dah mula tunjukkan belang bila pengasuhnya bagitau dia suka cubit pipi kawan (gaya geram)..dan ada perubahan yang ditunjukkan aisyah sejak dhantar ke taska ni..sebagai contoh kalau tengah makan, especially makan kat lantai, bila dia dah habis makan terus angkat pinggan letak atas meja..yang xtahannya dengan pinggan2 kita sekali diangkutnya satu persatu sedangkan kita ni xhabis makan pun lagi huhu..rajin sangat anak dara ni:)

Insya Allah awal jun nanti adik muafah dah boleh masuk taska bersama2 kakak aisyah..harap2 muafah ok la duk taska nanti..ye lah sebelum ni xpa la cik anisnya duk layan dia sorang je ni kenalah pandai2 bawak diri (cakap macamlah aisyah tu dah besar huhu)..nampaknya bertambahla beg dibahu dan tangan saya nanti..sekarang ni pun dah 4 beg dibahu dan kiri kanan, muafah masuk taska nanti tambah lagi 2 beg..6 beg pagi petang nak kena usung..nak bawak muafah n aisyah lagi..masa ni la tiba2 nak sangat en.suami sekolah sesi pagi:(..bila sampai rumah ada orang boleh tlg bawak barang2 tapi berangan je la huhu..



 pagi2 kalau saya xsempat hantar terus ke taska, naik ofis dulu punch card..happy aisyah dapat biskut dari kak nana:)

 baju kurung favorite aisyah..dia yg pilih sendiri nak pakai baju ni..kena sorok dah lain kali kalo x hari2 dia nak pakai baju ni:)


 bersila atas lantai:)

 makan+main2

 erkk korek hidung huhu

 balik dari keje..teman setia aisyah cik bebear


duk kelekla bebear dia tu ke hulu ke hilir huhu

2 comments:

  1. Aisyah......x puah main ngan budak ni....x tinggal bebear dia tu

    ReplyDelete
  2. tu la..tiap2 pagi nak g taska mesti dia sauk bear dulu baru kuar rumah

    ReplyDelete