Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 21, 2013

muafah:kerisauan hati seorang ibu

Assalamualaikum,

cerita raya simpan dulu ye..sbb skrg ni saya lebih risaukan si anak dara muafah cek mek molek tu..xtahu dari mana nk start cerita ni..ermm..

sejak saya naik keje bln feb 2013 aritu, muafah dijaga oleh cik anisnya sampaila umurnya 6 bulan sbb masa tu saya menunggu queue utk taska di ofis saya ni..selepas checkup muafah 6 bulan saya start hantar muafah ke taska bersama2 dgn kakak aisyah..masa dari lahir sampai umur 6 bulan alhamdulillah beratnya naik ok walaupun xsedebab baby2 lain..saya xkisah as long as masih lagi berada di graf yg sepatutnya..masa umurnya 6 bulan beratnya 7 kg..xbesar sgt n xkecik sgt..nurse kata cantik je berat dia..

selepas 2 bulan berlalu tibala checkup untuk 8 bulan di KK Presint 9..semasa dalam tempoh 2 bulan di taska  ni (umur 6-8 bulan) saya dah perasan dan pelik kenapala muafah ni saya tengok dari hari ke hari makin kecik dan makin kurus mcm org xcukup mkn..hati ibu mana yg xrisau bila tgk anak dah jadi mcm org sakit..muafah pun mcm dah xceria mcm dulu..kalo dulu mulutnya boleh tahan gak bising pot pet pot pet tp sejak duk taska muafah seolah2 'hilang' dirinya yg dulu..(nangis):(

bila timbang berat terkejut saya bila beratnya hanya 6.7 kg sahaja!!!which is bukan semakin naik tapi semakin turun!!!ya Allah sedihnya hati saya Allah S.W.T je yg tahu..bila nurse tanya pasal makan minum sume n cerita serba sikit cara pengendalian ebm kat taska tu nurse terus suruh saya tukar taska..kesian muafah selama ni ibarat minum 'susu kosong' je..walaupun muafah minum sepenuhnya susu ibu tp bila cara pengendaliannya xbetul xda guna jugak..walaupun dah berkali2 saya bagitau pengasuh cara yg betul tp tetap sama jugak..bayangkan kalo sebelum ni masa duduk dgn adik saya muafah boleh habiskan dalam 12-18 oz dari pagi sampai ptg..tp sejak di taska paling banyak pun 6 oz sahaja walaupun saya bekalkan 12-15 oz sehari...pastu yg 6 oz tu pun xtahula masih berzat lagi ke tidak disebabkan cara pengendalian ebm tu..sbb tu la ada a few moms kat situ yg turun direct menyusu anak masing2 dan saya pun diberitahu mak mak kat situ pun pernah menghadapi masalah yg sama mcm saya juga..

masa saya hantar ke taska tu muafah pun dah start solid food..tapi bubur nasi dan lain2 makanan saya masak sendiri dan saya bagitau pengasuh supaya suapkan makanan yg saya bekalkan sahaja..biasanya saya akan bekalkan bubur nasi dan juga puree2 buah..n seperti aisyah juga seboleh2nya saya akan elakkan memberi makanan 'instant' kpd muafah like nestum ke, biskut baby ke atau apa2 aje yg bersifat 'bancuh dan suap'..seboleh2nya dalam setahun pertama ni biarlah muafah makan hasil air tangan ibunya sendiri..ye lah dibawah usia setahun xboleh beri garam, gula n any perasa tiruan dalam makanan anak2..kalau ada pun perasa mestilah dari sumber asal mcm manis dari buah2an dan masin dari ikan bilis dan sebagainya..xkisahla kena bangun awal2 pagi buatkan bubur dan setiap masa kena pastikan puree buah/sayur or buah2an kena sentiasa ada dalam peti sejuk....

masa nurse ckp suh tukar taska tu mmg saya ada terfikir jugak yg cadangan nurse tu mmg wajar tapi bila saya memikirkan yg adik saya anis akan bekerja di taska tu selepas raya, saya tangguhkan dulu hasrat utk tukar taska tu dgn harapan anis akan memantau muafah nanti..tengok keadaan dulu mcmana..

skrg ni timbul masalah lain pulak..sejak saya cuti raya aritu muafah dah reject botol..langsung xnak botol..sua je puting botol tu dicabut n dicampaknya dek muafah ni..lagila pening..muafah mmg nk dgn saya je skrg ni..padahal dulu ok je minum ebm dalam botol skrg ni langsung xnak..masa dlm cuti xpalah mmg 24 jam dgn saya..ni dah keje sian dia sanggup tahan lapar sementara nk tunggu saya g bf tengahari..susu saya pun dah semakin berkurang skrg ni..dah xbyk mcm dulu..kenapa susu saya makin berkurang???In Shaa Allah sampai masa yg sesuai nanti saya akan kongsikan..so setakat usia muafah 8 bulan setengah ni mmg masih fully bf sepenuhnya..niat hati saya ingin menyusukan muafah sepenuhnya sampai umurnya 2 tahun tp kita hanya merancang..namun Allah S.W.T jua yang menentukan ajal, maut, rezeki dan pertemuan..

skrg ni saya tgh pening mcmana nk bagi muafah minum melalui botol semula..ye lah kalau harapkan nk tunggu saya pegi direct bf saja mmg xcukup..kelaparan muafah dibuatnya..kawan2 ada suggestion x mcmana nk bagi dia minum botol semula..ke nk kena tukar puting ke or bagi pakai syringe ke or guna cawan ke..risau kalau keadaan berterusan mcm ni berat badan muafah xnaik2..dahla ramai dah yg tegur dia kecik la, halus la..ibu mana yg xsedih kan..kalau org kata anak kita mcm2 padahal dh cukup terjaga dah kalau kita sendiri jaga kat rumah..kalau kita ni surirumah ok lah 24/7 mmg dgn anak..ni kita bekerja mmg kena harapkan ke pengasuh je la..kalau rezeki dpt pengasuh yg baik alhamdulillah tapi kalau sebaliknya tawakal je la..sbb tu sepanjang cuti raya hampir 2 minggu haritu mmg saya pulun menyusu n bagi mkn banyak2..alhamdulillah selepas raya tu terasa la berat sikit muafah ni..ma saya n adik beradik pun cakap dah terasa berat dukung muafah..paha pun dah nampak penuh semula kalau x sepanjang duk taska dulu kecut je..bayangkanlah masa umur 6 bulan dulu muafah dah pakai diapers saiz L pastu skrg kena pakai saiz M balik..mmg sedih:(

 baru balik dari klinik lepas checkup at 8 months

 kecik tapi xduk diam:)

 tertarik tgk kepala tupai tu

 apa lagi capai la setakat yg boleh:)

 suka sangat bergantung kat sini..duk sepah2 majalah kat rak tu..biasala budak2 kan hehe

 ni masa muafah nak masuk umur 7 bulan masa mula2 belajar bangun berdiri

 bila panggil nama terus berpaling bagi senyuman termanis utk ibu ayah dan kakak:)


apapun saya cuma mengharapkan yg terbaik utk anak2..semoga muafah dan aisyah sentiasa dilindungi sepanjang di taska atau dimana2 saja...namun walaupun muafah nampak kecik tapi org kata kecik2 cili padi..diusianya 8 bulan setengah skrg dah boleh duduk sendiri, dah bangun meniti, dah pandai bye2, dah pandai tepuk tangan bila nyanyi lagu tepuk amai2..pernah sekali haritu terkejut tengok dia dah separuh nak sampai atas sofa..sebelah kaki kat bawah sebelah kat atas..pastu menangisla  terkial2 sama byk nak naik ke nak turun ke huhu..pantang bunyi air terlompat2 nak mandi gelongsorkan badan..dah ada gigi 2 batang..so far alhamdulillah muafah aktif dan lasak walaupun mungkin perkembangannya xsecepat budak2 lain yg sebayanya..saya xnak bandingkan dgn anak sapa2 cukuplah setakat melihat perbezaannya dengan kakak aisyah dulu..dari situ pun dah boleh tahu setiap anak ni berbeza dari segi perkembangannya:) ini yg sedarah sedaging apatah lagi dgn anak org lain:)..apapun kita sebagai ibu bapa mesti nk yang terbaik utk anak kita kan?

4 comments:

  1. betul tu kak..kita sbg ibu mesti nak hanya yang terbaek kan..insyaAllah semoga Allah memberi kesenangan kpd kita dlm membesarkan anak-anak..\
    b strong k akak!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Zila pregnant yer?Tahniah....take care yer!Macam tu la yg Zira hadapi waktu Safiyya kt bilik bayi...kadang terpaksa turun gak kul 10 pagi n 3 ptg utk susukan dia direct daripada biarkan dia dapat susu yg xde zat. Dia dah mula makan barulah x miss turun tengahari, tapi makananpun mmg zira suapkan sendiri makanan yg zira sediakan....nak hantar ke taska lain Zira rasa keberatan sbb dah molek sgt dekat dgn kita. Zila try la tukar puting lain jugak...all d best!

    ReplyDelete
  3. ain,

    In Shaa Allah ain..semoga kita sama2 kuat dalam membesarkan anak2..amin

    ReplyDelete
  4. zira,

    tu la zira kalo ikutkan mmg dah senang sbb dekat n memudahkan kita nak bf baby..tapi tu la bila berat muafah turun sbb xdapat susu yg secukupnya n dah xda khasiat baru mcm org terhantuk baru tersedar itu puncanya..ye la selama ni kita duk harapkan pengasuh je n kita trust diaorg, xsangka plak jadi mcm ni..kalo zila nk turun in between tu agak susah jugak sbb skrg ni zila tgh menanggung keje..so keje mmg byk yg menanti..In Shaa Allah akan cuba jugak bagi muafah minum botol balik..thanks zira:)

    ReplyDelete