Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 23, 2010

tiba-tiba....

Assalamualaikum W.B.T

5S....dengar jer 2 perkataan tu seribu satu rasa ada dalam diri aku..malas,tensen,serabut macam2lah...xabis2...dulu utk dpt sijil..now nk renew sijil lak...dgn keje yg berlambak2 lagi...dan disebabkan 5s jugaklah aku terpaksa 'mengorbankan' keceriaan tempat kerja aku..waaa...tersentap hati aku mendengar arahan c'rosz bila dia suh clearkan ruang partition belakang aku yg dipenuhi gambar2 kenangan...dan juga segala mak nenek keychain yg bergantungan kt tempat aku tu kena diminimizekan...alasannya nk suh standard sume dan nk menepati S yg ke4 iaitu seragam....eeeee geramnya aku..tuu gambar sumber inspirasi la c'rosz..tapi disebabkan aku ni symp (sy yg menurut perintah) maka dengan berat hati bermulalah kerja2 menyisih dan mengemas ruang kerja aku yg bersepah2 tu..dengan fail2nya yg bertimbun, surat2 merata riti letaknya...huhu..

dalam aku ngah syok mengemas tu, tiba-tiba aku terbelek kad yg diberikan oleh salah seorang anak muridku semasa aku kerja di SRIP dulu...kad tu diberi oleh amirah (anak kak nikmah-bos aku dulu) dan kad tu memang sentiasa digantungkan depan aku..dan aku pun bukak la kad tu dan tiba-tiba aku rase sebak dan rindu yg teramat sangat bila membaca semula ayat-ayat yg ditulis oleh amirah..luahan hati seorang budak kecil yg mengekspresikan perasaaannya melalui kad itu...dan aku sangat2 menghargai ingatan dan pemberiannya itu yg bagi aku ianya sangat bermakna dalam hidup aku...thanks a lot amirah...cikgu doakan semoga amirah berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yg solehah dan menjadi contoh kepada adik2...dan malam tadi aku bermimpi bertemu dengan adam..dulu aku tinggalkan dia masa umur dia 2thun..sekarang mesti adam dah besar dan mesti adam dh ada adik..hehe...dan tiba2 aku rase rindu sangat2 kt 'anak-anakku' di SRIP dulu...cikgu rindu kamu semua....uwaaaa....



kata-kata yg sungguh menyentuh perasaan




terharu bila baca balik luahan amirah ni..rindu sama kamu n adik2




No comments:

Post a Comment