Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 26, 2011

1st anniversary..selamat ulangtahun sayang

Salam mesra,

10.09.10 (1 Syawal 1431H)

detik yg paling bermakna dalam hidup saya..1 syawal, di waktu orang lain sedang bergembira meraikan hari raya aidilfitri, saya pula berperang dengan mcm2 perasaan..sedih, berdebar, gembira semuanya bercampur aduk..diusia saya 27 tahun tanpa disangka2 saya bertemu jodoh dengan seseorang yg langsung saya tidak menyangka bahawa 'dia' adalah jodoh yang ditakdirkan untuk saya..mcm xpercaya pun ada namun itulah ketentuanNya..Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk saya...

sebaik saja selepas solat Isya', alhamdulillah saya selamat diijabkabulkan dengan en.suami dengan sekali lafaz,maka sahla saya bergelar isteri kepada 'cikgu mad':P..dan dengan itu bermulala kehidupan kami sebagai suami isteri mengharungi susah dan senang bersama...

 berdebar ek??hehe

 menanti saat diijabkabulkan

 alhamdulillah dah selamat:)

dengan sekali lafaz sahla kami bergelar suami isteri...alhamdulillah


10.09.2011..setahun berlalu

kini usia perkahwinan kami telah mencecah usia setahun..1st anniversary la senang cerita hehe..alhamdulillah di usia setahun perkahwinan kami, kami dihadiahkan dengan hadiah yg cukup istimewa-Aisyah Mardhiyah binti Muhamad..kelahirannya menambahkan lagi kebahagiaan buat kami sekeluarga..dan sepanjang setahun perkahwinan kami jug memang tidak dinafikan ada juga perselisihan faham, rajuk merajuk (saya la tu:D) namun itu semua saya anggap sebagai asam garam pahit manis dalam kehidupan berumahtangga..suka duka diharungi bersama..apa yg penting sabar dan terus sabar menghadapi ujian yg mendatang..dan sempena menyambut 1st anniversary hari tu, adala buat makan sikit2 sekadar meraikan tanda syukur dengan segala rezeki yg telah diberikan olehNya..alhamdulillah...




 menu of the day: roti jala, agar2 dll...

 jemput makan ye:D

 our cake..:)

 happy 1st anniversary bie..luv u

 jom potong kek:)

 suap2 manja:D

 nyum nyum nyum:P

 our precious gift on our 1st anniversary..aisyah permata hati ayah dan ibu

 aisyah @1month

umpphh ayah dan ibu sayang aisyah:)


to my lovely husband,
 
terima kasih atas segala kasih sayang yang dicurahkan selama ini...
terima kasih atas segala perhatian yang diberikan selama ini..
terima kasih kerana menjaga ummie dgn baik sepanjang mengandungkan aisyah..
terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan karenah ummie selama ini..
terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang terbaik buat ummie dan aisyah..
semoga ikatan perkahwinan kita sentiasa dirahmati dan diredhai Allah S.W.T dan bertambah bahagia hingga ke akhir hayat...amin
i love u bie..in every single second in my life..

2 comments:

  1. epy enibesery k.ziela.bestkn celeb 1st anni dgn ank.shila pn da ade danish time tu :)

    eh smlm k.ziela ke kirim salam,ckp kt huby shila

    ReplyDelete
  2. thanks shila..mmg best kan???:D
    ha'a smlm k.zila yg kirim salam hehe...

    ReplyDelete