Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 1, 2012

checkup aisyah 6 months

Assalamualaikum,

apa khabar kwn2 semua..lama dah rasanya xupdate blog sendiri..asyik duk jalan2 blog org je hihi.bukan xnak update tp disebabkan beberapa kekangan dari sudut masa, tanggungjawab dan jugak menyepi seketika sebab balik kg cuti CNY aritu..hehe..nanti2 saya update story CNY ek:)...

arini nk share cerita checkup anak tersayang kami, aisyah yg sekarang dah pun berusia 6 bulan..sekejap je masa berlalu tup tup dah setengah tahun usia anak ibu dan ayah ni..alhamdulillah aisyah anak yg baik dan xbanyak ragamnya..dan jugak makin hari makin terserlah 'kelasakannya'..hai la anak..apapun ibu ngan ayah terhibur dgn galagat dan telatah aisyah:)..

aisyah checkup 6 bulan 16 januari 2012 yg lalu..(nmpak sgt entry terendam lama huhu)..seawal 7.30 pagi kami dah sampai KK Presint 9..lepas dah daftar kat kaunter terus pegi scan kad dan menunggu giliran dipanggil..masa ni nurse2 pun baru nk start keje..dlm pkul 8 pagi, giliran aisyah pun dipanggil..aisyah org pertama yg masuk bilik nurse aritu hehe..

mcm biasa..tanggalkan baju aisyah dan letak atas penimbang berat dan ukur ketinggian..masa ni nurse tu pun duk agah2 ngan aisyah..mcm biasa aisyah hadiahkan senyuman manis dkt nurse tu..sejuk hati ibu:)..pastu duk borak2 ngan nurse tu pasal solid food, kesihatannya dn mcm2 lagi..dlm 10 minit dah selesai semuanya dan tiba la masa untuk last jab for hep B..masa masuk jarum tu aisyah ekk ekk ckit tp xlama lepas tu terus senyum bila diagah..


::aisyah@6 months checkup::

berat: 8.0 kg (previous checkup @5 months 6.2kg)
tinggi: 65 cm
ukur lilit kepala:41 cm


alhamdulillah..aisyah membesar dgn sihat..walaupun sesekali aisyah kena selsema dan batuk..semoga aisyah terus membesar dgn sihat di masa hadapan..amin..xsabar nk tgk satu demi satu perkembangannya..:)


 menanti giliran untuk cucuk last dose hep B

 buat muka selamba je adik ni huhu

 dah 8 kg adik ni..patutlah xlarat dah ibu ngan ayah nak dukung huhu

next checkup aisyah ialah pada 19 mac 2012 di usia 8 bulan..sepatutnya kalo ikut jadualnya kena g checkup masa umur 9 bulan nanti tapi nurse suruh dtg jugak masa umur 8 bulan sebab nak check berat badan selepas aisyah dah start makan solid food...so skrg ni saya tgh berusaha nk memasak untuk anak tercinta..nak pastikan aisyah hanya dapat yg terbaik untuk tumbesarannya..Insya Allah

2 comments: