Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 13, 2012

3rd pregnancy:37 weeks..november@disember

Assalamualaikum,

alhamdulillah minggu ni kandungan saya dahpun berusia 37 minggu..orang kata dah mencapai usia matang sekiranya baby keluar dalam minggu ni dan minggu2 seterusnya tapi nampak gayanya mcm lambat je lagi huhu..kalau ikutkan tarikh EDD berdasarkan LMP ialah 2.12.2012..tapi jauh disudut hati saya amat mengharapkan baby adik lahir pada 16.11.2012 (jumaat)..bkn apa sbb tu tarikh lahir saya hehe..kalau baby adik betul2 keluar pada tarikh tu bolehlah share tarikh lahir yg sama dgn ibu:)..senang ayah nak celebrate huhu...apapun saya xkisah bila baby adik nak keluar cuma saya amat berharap agar baby adik xkeluar bulan disember..ada sebabnya kenapa saya xsuka tapi saya xboleh share kat sini..hanya saya je yg tahu sebabnya, org lain pun xtahu termasuklah en.suami, biarlah ianya tersimpan dalam hati saya..apapun saya berserah kepada takdir Allah sebab hanya Dia yang tahu apa yg terbaik untuk saya..

perkembangan saya setakat ini pula, alhamdulillah syukur masih diberi kesihatan yg baik..sepanjang tempoh mengandung ni syukur sangat2 sbb xmengalami sebarang alahan mcm aisyah dulu cuma baru2 ni diuji dgn kesihatan aisyah yg xberapa baik..tapi xda alahan xbermakna saya sentiasa sihat dan bertenaga..lumrah ibu mengandung pasti ada sakit sana sakit sini..sbb tu lah ibu mengandung ni banyak kelebihan yang Allah janjikan..pengorbanan seorang ibu itu sungguh besar..dari saat mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak2 , sbb itulah kita kena menghargai susah payah ibu dan ayah membesarkan kita, bila dah jadi ibu ni barulah saya tahu mcmana rasanya ma dan ayah menjaga kami adik beradik dari kecil sampai masing2 dah boleh berdikari dan sampai ke tahap ni..semoga ma dan ayah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T hendaknya..ameen

di usia kandungan 37 minggu ni, baby adik semakin kerap mengeras..dan saya juga dah menjadi pengunjung setia bilik air hehe..mlm pun berapa kali bangun huhu..dan yg paling dilema bila dah dalam fasa 'menunggu masa' ni adalah semasa hendak tidur..bila malam nak tidur je, mesti rasa xsabar nk bersalin sbbnya dah xsanggup menghadapi saat2 hendak melelapkan mata..mengiring xkena, terlentang xkena..lenguh pinggang segala..bantal pulak kena byk huhu..nak bangun pun sama..en.suami kena tolakkan baru boleh bangun..kaki pun dah bengkak sedikit tapi xla ketara sangat..braxton hicks plak boleh dikatakan setiap hari mmg akan rasa..haritu masa checkup kat kk presint 9 doktor ckp kepala mash tinggi..mcm lambat je lagi ni huhu...

apapun saya berharap semoga proses kelahiran baby adik kali dipermudahkan dan semoga selamat semuanya..ameen

 jalan2 bawa aisyah amik angin luar..kesian duk terkurung dalam rumahje:)

 jalan2 sekitar putrajaya

 depan picc..saja berhenti tepi jalan tgk org shooting menari lagu hindustan huhu

 aisyah xda mood..tgh rancak menggaru masa ni, saja bawa keluar nak alihkan perhatian dia pada gatal2 tu

 anak manja ayah ni

37 weeks:)


psstt:

bila dah hujung2 ni barulah rasa teringin nak makan mcm2..paling teringin nak makan durian crepe, alhamdulillah minggu lepas dah dapat merasa..semalam pulak teringin nak makan buah durian fresh, alhamdulillah dah tertunai dah mlm tadi siap makan pulut durian lagi..thanks bie:D




No comments:

Post a Comment