Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 5, 2012

aidilfitri dan aidiladha 1433H

Assalamulaikum,

punya la lama peram cerita kan sampaikan kedua2 raya dahpun berlalu..tapi xkisahlah yg penting ada jugak kenangan yang terabadi di blog ini..sekadar untuk kenangan kami sekeluarga:)

~corat-coret aidilfitri 1433 H~

  • 1 syawal 1433 H..genap mahligai kasih saya dan en.suami berusia 2 tahun..masih segar di ingatan malam 1 syawal kami sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz..maka bermulalah perjalanan kami dalam ikatan suami dan isteri..alhamdulillah di usia perkahwinan yg baru mencecah 2 tahun ini, banyak perkara yang dipelajari..masam manis pahit masin semua telah dirasai dan sudah pasti akan banyak lagi pengalaman yang perlu ditempuhi di masa hadapan..semoga kami diberi kesabaran dan kekuatan dalam menempuhi kehidupan mendatang.ameen..dan di usia perkahwinan 2 tahun ini juga kami bakal berempat..2 tahun 2 orang anak:)..syukur alhamdulillah diatas rezeki kurniaan dari Allah S.W.T..semoga kami mampu menjadi ibu&ayah yang terbaik buat anak2 kami kelak..ameen
  • seperti biasa di pagi aidilfitri, maaf bermaafan adalah perkara wajib yang perlu dilakukan..tahun ni pagi raya adalah di rumah en.suami..xkisahla mana2 pun sebab rumah mmg dekat je:)..tapi tahun ni suasana raya agak suram disebabkan pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada 19 ramadhan 1433H..alfatihah untuk arwah ayah..pemergian yang sungguh mengejutkan kami sekeluarga namun janji Allah sudah pasti..giliran kita xtahu bila..semoga roh arwah ayah ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh..ameen
  • walaupun begitu, aidilfitri diraikan seperti biasa dan alhamdulillah tahun ni semua adik beradik en.suami pulang ke kg untuk menyambut aidilfitri..so agak meriah jugakla sbb adik beradik en.suami 11 orang:)..so pagi raya selepas menziarahi pusara ahli keluarga tersayang, kami berkonvoi beraya beramai2 ke rumah saudara mara dua2 pihak..
  • petang sikit baru beraya di rumah saya pulak..sampailah malam..dan begitulah seterusnya di hari raya kedua, ketiga sampailah kembali ke putrajaya..mmg xlekat di rumah..penat xyah cakapla sbb masa tu saya pun dah masuk 6 bulan pregnant..agak letih bila bergerak ke sana sini tapi apapun tetap rasa gembira bila dapat berjumpa saudara mara yg kebanyakannya masa hari raya je boleh jumpa..
  • jom layan memori aidilfitri kami...:D
 aisyah pelik tengok ayah pakai songkok:)

 family kecik kami buat masa ni:)..Insya Allah raya tahun depan bakal berempat..ameen

 jalan2 dalam kg:)

 ampunkan ayang ye bie..

 belakang rumah pun jadilah utk amik gambar:)

 alahai sukanya anak ibu ayah ni:)

 3 of us:)

tido dan membuas:)


~corat-coret aidiladha 1433 H~

  • aidiladha tahun ni, walaupun cuti sekejap je iaitu 3 hari tapi kami tetap balik..perjalanan pulang ke kg selama 14 jam amat meletihkan dengan membawa perut yang berusia 35 minggu..kaki bengkak xyah cakaplah huhu tapi disebabkan ke'excited'an nak jumpa aisyah, semua letih penat tu tolak ke tepi:)
  • aidiladha tahun lepas kami buat kenduri akikah untuk aisyah..tahun ni en.suami ada ambil bahagian buat korban so selepas solat raya di kg saya, kami balik rumah en.suami pulak sbb korban dibuat kat sana..hari raya ni sengaja saya pakaikan aisyah dgn baju kurung yg sama mcm tahun lepas..nostalgia setahun katakan hehe
  • ok lah saya xnak cerita panjang..jom layan gambar kami di hari raya aidiladha yg lalu:)
 ralit duk main:)

 menjinjing nak tengok lembu huhu

 ustazah aisyah mardhiyah..ameen

 aisyah yg nak kat sume org:)

 3 ekor lembu dikorbankan pada hari raya pertama

 en.suami antara org kuat pada hari tu hehe

 sesi melapah

 sume pakat gotong royong buat keje..ni lah bestnya duk kg:)

 dalam 2-3 jam jugak nak settlekan seekor lembu ni

 bila dah siap lapah sume, kena agihkan ikut bahagian masing2:)

 anak manja ayah..bertepek je kejenya huhu

kenangan di rumah mok (nenek aisyah di tumpat):)


akhir kata.."selamat hari raya..maaf zahir dan batin" (nak wish jugak walaupun dah terlambat:D)

No comments:

Post a Comment