Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 11, 2012

aisyah 15 bulan

Assalamualaikum,

alhamdulillah, bidadari kecil kesayangan kami dahpun berusia 15 bulan..cepat je masa berlalu..rindu aisyah masa baby2 dulu hehe..setakat umur aisyah 1 tahun 3 bulan ni, dah banyak perkembangan aisyah yang sangat membanggakan dan menghiburkan kami sekeluarga..walaupun mungkin xsama dgn perkembangan kanak2 lain seusianya tapi bagi kami ia tetap satu pencapaian yang terbaik buat aisyah..

di usia 1 tahun 3 bulan ni, aisyah dah pandai sebut beberapa perkataan lagi..contohnya "air, dapp (sedap), burdd (bird), pa (selipar), duduk, tok (letak), tup (tutup) dan lain2 lagi..kadang2 rasa mcm xpercaya yg aisyah dah boleh 'bercakap'..seronok dgr ayat2 yg keluar dari mulut dia tu hehe..selain dari tu tabiat aisyah bila ada kat dapur time org tgh masak, dia pun ikut sibuk nak masak..bising suruh angkat nak tgk apa yg kita tgh masak..sampaikan dia nak pegang senduk nak kacau/masak sekali ngan kita..aduhla kecik2 dah tunjuk minat masak ye hehe..ni mesti ikut ayah ni..kalau ibu mmg xla huhu

aisyah skrg mmg dah faham n dah boleh ikut arahan dah..contohnya kalau kita suruh g ambil diapers, laju je g ambik dalam plastik diapers dia tu, kalau suruh buat something pun dia dah faham..mandi?ohh yg ni xyah cakaplah..siap meraung2 kalau kita angkat dia nak keluar dari bilik air..mmg kena bagi dia main air puas2 barulah dia rela hati nak keluar dgn sendiri hehe

muzik?saya rasa kebanyakan kanak2 pun mmg suka dgr muzik kan?termasukla aisyah ni..pantang dgr muzik xkisahlah iklan ke, lagu ke, zikir ke cepat je badan bergoyang2..paling aisyah suka bila tgk video chicken dance..dgr je intro muzik tu tangan dah standby dah buat gaya mcm ayam tu..bila muzik dah makin rancak, ha siap dgn kaki2, bontot, tangan sebijik2 tiru gaya ayam tu menari..aduhai dari manala dia belajar ni..tapi itulah anugerah Allah kepada kanak2..natural..kalau lagu 1,2,3 Sayang Allah pulak, siap dgn jari2 lagi tunjuk satu2 mcm yg dalam video lagu tu..seronok sangat tgk aisyah ceria mcm tu..alhamdulillah

kiss baby adik dalam perut pun mmg dah selalu dah..kalau suruh je  sayang adik, terus datang cium perut pastu sibuk sebut tup..tup (sambil tutup baju)..sweet sangat..sayang adik ye, nanti adik dah keluar main elok2 dgn adik tau..tiap kali nak makan kalau suh baca doa, mmg dia buat gaya baca doa tu tapi belum sempat nak baca doa dah turunkan tangan huhu

setengah budak lain diusianya mungkin dah tahu tunjuk kepala, rambut, hidung dll tapi aisyah setakat ni baru faham mata dgn pusat:)..tapi sweet sangat sbb kalau tanya mana mata, dia akan kenyit2kan mata ala mengada2 hehe..perkembangan terbaru aisyah sekarang ni, bila tanya siapa aisyah mardhiyah or siapa budak solehah, terus angkat tangan sambil senyum sengih2..kadang tu dua2 tangan dia angkat hehe..pandai anak ibu dan ayah ni..dan yang boleh membuatkan kami semua gelak sakan bila dgr ayat dia kalau tgk sesuatu yg pelik atau berjaya buat sesuatu..contohnya kalau dalam gelap pastu kita pasang lampu, mesti dia akan sebut.."haa sambil nganga mulut buat muka terkejut"..aduhai mcm2 lah aisyah ni hehe..apapun ibu dan ayah doakan semoga aisyah mardhiyah terus membesar dgn sihat ye sayang..nanti aisyah akan belajar banyak perkara lagi..ibu dan ayah akan sentiasa di samping aisyah..we love u so much!!!!

 naik kereta sibukla dia nak duduk kat tempat driver..maklumlah mcm2 boleh main..signal, wiper sume dia petik

 nak ganti ayah ke dik hehe

 muka serius huhu

 relaks minum susu:)

 naik kuda kat klinik maria alamanda

sayang aisyah:)

 kakak to be..Insya Allah

 dah besar dah anak ibu dan ayah ni:)

merenung masa depan:)

dkt playground..jumpa abang terus nak salam:)

naik kuda:)

kenangan terakhir dgn stroller lama..now dah tukar baru..hope aisyah suka ye:D


alhamdulillah..setakat ni aisyah membesar dengan sihat dan aktif..cuma 2 minggu lepas ada sedikt dugaan ke atas kami sekeluarga yang mengajar kami erti kesabaran dan kasih sayang..nanti saya akan ceritakan dalam next entry..walau apapun syukur alhamdulillah kerana sekarang aisyah dah kembali sembuh seperti sediakala malah semakin aktfif dan cerdik..banyak perkara baru yang aisyah dah belajar selepas sakit haritu..inilah hikmahnya..alhamdulillah..syukur Ya Allah atas nikmatMu ini..

No comments:

Post a Comment