Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 19, 2011

isninku yang suram

Assalamualaikum,

arini mungkin hari yang menggembirakan bagi semua yang bergelar goverment servant..sebabnya hari ni adalah hari gaji+bonus untuk kakitangan awam..termasuk saya juga..alhamdulillah diatas rezeki dariNya yang tidak pernah putus..yang sentiasa memberi dan terus memberi walau diri ini terlalu banyak alpa dalam melaksanakan perintahNya..ermm lemahnya diriku Ya Allah..

walaupun boleh dikatakan ramai yang sedang dalam mood happy harini, tapi tidak bagi saya..permulaan keje arini saya datang dengan mood yang suram..banyak benda yg terjadi yg menyebabkan hati saya tidak seceria seperti selalu..susah untuk berlagak ceria dikala hati sedang berduka..macam2 perasaan datang bertamu dalam hati ini dan sudah tentu banyak perasaan sedih yang lebih menguasai..aduhai hati kenapa rapuhnya dikau?kenapa mudah benar rasa sedih ini yang datang bertandang walaupun telah dicuba untuk menjadikan hati ini kuat..

antara beberapa perkara yang menjadikan hati ini suram hari ini:-

  • hari ni bonda tersayang ada appointment di HRPZII berkaitan penyakit leukimia yang telah dihidapi sejak 2 tahun lepas..dan minggu depan tarikh 28 disember telah ditetapkan untuk bonda saya menjalani prosedur mengambil sumsum tulang untuk mengkaji tahap/peringkat kanser yang ada dalam tubuh bonda saya..risaunya saya..masa ni saya teringat detik2 awal mengetahui bonda saya disahkan menghidap penyakit leukimia 2 tahun lepas..masa tu saya kat opis dan bila ma call yg pihak klinik suruh datang segera untuk amik result darah lebih awal dari tarikh sepatutnya (sebab kes agak serius), hancur luluh hati saya..xtahu nak gambarkan perasaan saya masa tu mcmana..terus masa tu jugak saya check jadual flight untuk balik kg..nasib baik ada lagi seat kosong air asia walaupun harganya double mahal dari harga biasa tapi saya xkisah asalkan dapat bersama2 bonda saya untuk mengambil result darah dan dapatkan pandangan doktor mengenai penyakit itu..walaupun bonda saya nampak sihat dari luaran tapi hanya dia yang menanggung segala kesakitan yang dirasai..Ya Allah Kau berikanlah kekuatan dan kesihatan yang baik kepada ibuku..lancarkanlah dan permudahkanlah segala urusan rawatan ibuku..semoga ibuku cepat sembuh Ya Allah..amin ya rabbalamin 
  • sabtu lepas pengasuh aisyah call bagitau yang dia dah xdapat jaga aisyah start tahun depan sebab dia menghidap tonsil dan sedang dalam rawatan sekarang..sebab tu lah dia xboleh nak bagi komitmen untuk mengasuh..so terpaksala saya mencari pengasuh baru untuk aisyah start tahun depan..arap2 dapatlah cari sebelum hujung tahun ni..kawan2, kalo ada info pasal pengasuh sekitar putrajaya ni tolong bagitau saya ek..

ermm..selain tu ada jugak beberapa perkara yang menyebabkan hati ini terguris..walaupun sebelum ni saya dah berjanji dengan diri sendiri untuk jadi lebih kuat semangat tapi nampaknya saya gagal!!!saya gagal kerana tidak kuat bersabar..Ya Allah berikanlah ketenangan dan kedamaian hati kepadaku..sesungguhnya daku ini hanyalah hambaMu yang lemah..:(

note: esok bonda (ma), kakak n adik saya akan datang putrajaya..semoga kehadiran mereka mampu menceriakan kembali hatiku yang suram ini..amin


No comments:

Post a Comment