Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 6, 2011

random

Assalamualaikum,

aduh sejak dua menjak ni rasa makin kurang kerajinan untuk mengupdate blog kesayanganku ini..nak kata bizi xjugak tapi itulah kalo dah datang mood kemalasan tu, sapa2 pun xboleh tolong huhu..tapi sekali bila dah update banyakla pulak citernya kan:)

memandangkan dah alang2 update ni, saya rangkumkan segala cerita dan perkembangan sejak beberapa waktu kebelakangan ni ye..minggu lepas saya balik kg bercuti selama seminggu..rutin hujung tahun saya:)..tapi biasanya saya cuti bulan disember tapi kali ni diawalkan iaitu bulan november..walaupun en.suami bercuti sekolah selama sebulan lebih tapi saya hanya mampu mengambil cuti seminggu sahaja..inilah nasib beristerikan seorang bukan cikgu hehe, tapi xpa kan bie?seminggu tu pun dah kira ok dah kan?hehe..kalo nak ikut cuti bie habislah cuti ummie nanti hehe...

masa balik kg aritu, saya amik peluang untuk berurut dan bertungku..fuhh pertama kali rasa pengalaman bertungku best sangat2..selepas hampir 5 bulan bersalin barulah saya dapat berurut bertungku sume..maklumlah saya bersalin ceasarean..mula2 takut gak bila mokwan (tukang urut) urut dan tungku bahagian perut tapi bila dia cakap xpa sebab dah 4 bulan saya jadi lega..mula2 tu agak sakit jugakla..bila dia urut satu badan rasa ringan sangat2, habis hilang lenguh2 dan sakit2 badan yang saya rasa selama ini..mokwan siap cakap berketul2 dan keras urat saya ni..mana xnya orang lain yg bersalin normal selepas 3 hari bersalin dah mula berurut..saya pula selepas 4 bulan baru merasa:)..apa pun berurut dan bertungku adalah sangat best:P

sepanjang cuti tu pulak xpernah dapat berehat je kat rumah..ada je urusan yang perlu diselesaikan, nama je cuti tapi xlekat kat rumah huhu..penat tapi happy bila dikelilingi keluarga tersayang baik dipihak saya ataupun en.suami..semua macam dah satu keluarga:)

aisyah?oh agak lama xupdate perkembangan aisyah hehe..seronok dia duk kg ramai orang duk layan n main2 dengan dia:)..ayah ibu balik pun buat derkk je hehe..aisyah dah hampir 5 bulan sekarang ni tapi xda pun tanda2 nak meniarap lagi:(..risau ibu ni..mintak2la aisyah cepat2 meniarap ye sayang..tapi mulut bukan main riuh lagi entah apala yang dibebelkannya hehe..dan aisyah jugak pemurah dengan senyuman kecuali time mood dia xok hehe..ala nak tempek gambar terbaru aisyah, xtransfer dlm pc lagi huhu..dan akhirnya selama lebih kurang sebulan aisyah ditinggalkan di kg, kali ni kami dah bawa balik aisyah ke putrajaya..dah xda dah demam2 rindu pasni hehe..aisyah dah ada depan mata..tapi masalahnya famili kat kg la pulak yang rindukan aisyah huhu..

dan sepanjang cuti sekolah ni, aisyah akan berada dibawah jagaan ayahnya sendiri:)..maksudnya saya xhantar aisyah ke rumah pengasuhnya selama cuti ni..awal tahun depan baru start hantar balik..sukanya saya bila en.suami kata dia nak jaga aisyah masa cuti ni..love u banyak2:D..sekurang2nya tengahari saya boleh balik rumah jenguk aisyah..rindu lah walaupun aisyah memang dah ada depan mata hehe..ermm apalagi ye nak cerita..tu je la kot..xtau dah nak tulis apa sebab idea xmencurah2 seperti biasa:)..ok la saya nak berenti di sini dulu..saya doakan semoga kawan2 semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria2 selalu..daa:D

No comments:

Post a Comment