Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

seperti biasa di hujung tahun

Assalamualaikum,

kenapa ye bila tiba je hari jumaat, masa terasa sangat pantas berlalu..sekejap sangat tengok2 dah pukul 5, kalo jumaat2 sebelumnya memang ternanti2 waktu petang ni sebab esoknya dah cuti tapi arini banyak pula perkara yg perlu diselesaikan..rasanya orang gomen  tahu la kot apa yg dibizikannya di hujung2 tahun ni kan:)..xlain xbukan kena siapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) dan LNPT (Laporan Penilaian Prestasi Tahunan)..kalo tahun2 sebelumnya mungkin xda masalah sangat sebab dibuat secara manual tetapi mulai tahun ni ianya dibuat secara online..aduhh faham2 sendirila ye kalo dah namanya online, dengan beratus2 ribu goverment servant kat malaysia ni dah tentu line nya sentiasa bizi..saya dah beberapa hari try masuk sistem HRMIS tu tapi xlepas2 jugak nak buat..dia punya sistem punyala slow..pening gak kepala macmana nak siapkan sebabnya LNPT ni perlu dihantar sebelum hujung tahun ni..maknanya lebih kurang seminggu lagi masa yg ada tetapi masalahnya harini adalah hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2011 ni!!!..

sebabnya minggu depan saya akan outstation+bercuti direct seminggu..masuk kerja semula awal tahun 2012 nanti (kalau dipanjangkan umur)..ermm mitak2la ada jalan penyelesaiannya..oh ye sebenarnya kalau diikutkan saya xplan nak cuti lagi dihujung tahun ni sebab aritu dah amik cuti panjang dah..tapi 2 hari lepas dapat arahan dari bos untuk turun padang memantau satu proses kerja di JPJ Kota Bharu pada 27hb12 ni..dan 28hb12 ni pulak bonda saya akan masuk hospital untuk mengambil sampel sumsum tulang..so saya sambung terus cuti sehingga akhir tahun..duk update blog ni pun sambil2 tunggu buat SKT tu sebenarnya tapi sistemnya tersangatlah down!!!aduhai para pihak yang berkenaan tolonglah upgradekan sikit sistem tu huhu..bukan time hujung tahun mcm ni je tapi di setiap masa..ermm sabar je lah..

k lah kawan2, saya nak jenguk HRMIS pulak nak tengok dah ok ke belum, kawan2 yg tengah mengisi jugak tu harap bersabar ye:)...Insya Allah kita dapat selesaikannya..

ok semua..selamat berhujung minggu, semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..amin.. 

note: kawan2, tolong doakan kesihatan bonda saya ye..semoga bonda saya selamat menjalani prosedur mengambil sumsum tulang nanti..amin 

No comments:

Post a Comment