Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Friday, December 23, 2011

seperti biasa di hujung tahun

Assalamualaikum,

kenapa ye bila tiba je hari jumaat, masa terasa sangat pantas berlalu..sekejap sangat tengok2 dah pukul 5, kalo jumaat2 sebelumnya memang ternanti2 waktu petang ni sebab esoknya dah cuti tapi arini banyak pula perkara yg perlu diselesaikan..rasanya orang gomen  tahu la kot apa yg dibizikannya di hujung2 tahun ni kan:)..xlain xbukan kena siapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) dan LNPT (Laporan Penilaian Prestasi Tahunan)..kalo tahun2 sebelumnya mungkin xda masalah sangat sebab dibuat secara manual tetapi mulai tahun ni ianya dibuat secara online..aduhh faham2 sendirila ye kalo dah namanya online, dengan beratus2 ribu goverment servant kat malaysia ni dah tentu line nya sentiasa bizi..saya dah beberapa hari try masuk sistem HRMIS tu tapi xlepas2 jugak nak buat..dia punya sistem punyala slow..pening gak kepala macmana nak siapkan sebabnya LNPT ni perlu dihantar sebelum hujung tahun ni..maknanya lebih kurang seminggu lagi masa yg ada tetapi masalahnya harini adalah hari terakhir saya bekerja untuk tahun 2011 ni!!!..

sebabnya minggu depan saya akan outstation+bercuti direct seminggu..masuk kerja semula awal tahun 2012 nanti (kalau dipanjangkan umur)..ermm mitak2la ada jalan penyelesaiannya..oh ye sebenarnya kalau diikutkan saya xplan nak cuti lagi dihujung tahun ni sebab aritu dah amik cuti panjang dah..tapi 2 hari lepas dapat arahan dari bos untuk turun padang memantau satu proses kerja di JPJ Kota Bharu pada 27hb12 ni..dan 28hb12 ni pulak bonda saya akan masuk hospital untuk mengambil sampel sumsum tulang..so saya sambung terus cuti sehingga akhir tahun..duk update blog ni pun sambil2 tunggu buat SKT tu sebenarnya tapi sistemnya tersangatlah down!!!aduhai para pihak yang berkenaan tolonglah upgradekan sikit sistem tu huhu..bukan time hujung tahun mcm ni je tapi di setiap masa..ermm sabar je lah..

k lah kawan2, saya nak jenguk HRMIS pulak nak tengok dah ok ke belum, kawan2 yg tengah mengisi jugak tu harap bersabar ye:)...Insya Allah kita dapat selesaikannya..

ok semua..selamat berhujung minggu, semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..amin.. 

note: kawan2, tolong doakan kesihatan bonda saya ye..semoga bonda saya selamat menjalani prosedur mengambil sumsum tulang nanti..amin 

Wednesday, December 21, 2011

impianku..harapanku

Assalamualaikum,


"semoga Allah makbulkan impian dan harapanku ini..amin"

Tuesday, December 20, 2011

pose control ayu dari aisyah

Assalamualaikum,




 ayu tak saya???...SMILE:D

Monday, December 19, 2011

aisyah ke cameron highland buat kali pertama di usia 3 bulan: part 1

Assalamualaikum,

kalau dah namanya suka ke cameron..cameron jugakla yang menjadi pilihan hati biarpun ada banyak lagi tempat2 menarik yang belum dijejaki lagi kat  malaysia ni huhu..sejak bujang sampai kawin, kemudian pregnant dan sekarang dah ada anak pun..saya masih belum jemu untuk ke cameron..menikmati keindahan alam luasnya saujana mata memandang keindahan alam dan ladang teh yang terbentang kehijauan tu..sungguh indahnya ciptaan Allah..

kami ke cameron kali ni sebenarnya xdirancang pun..beberapa hari sebelum nak balik kg masa cuti deepavali aritu, my sis-ida call n invite us to join them on vacation trip at cameron..dia pegi sekali ngan member2 opisnya yang mana saya pun dah anggap diaorang as a part of my frens..mula2 tu agak takut2 gak nak bagitau en.suami wpun dalam hati ni nak x nak memang nak g jugak cameron ni hihi..takutla kot2 en.suami xnak pegi..tapi biasala kan bila dah guna taktik yang betul akhirnya berjaya gak dapat greenlight dari en.suami..yes!!!!thanks bie:D

so hari sabtu (22.10.2011) pukul 6.30 pagi..kami bertiga dah bertolak ke cameron..cian aisyah awal2 pagi dah kejutkan dia, salin baju, diapers sume..maklumlah excited nak g cameron yang entah ke berapa kali dah ni..tapi believe me..beribu kali pegi cameron pun xakan pernah rasa jemu..wpun ada pengalaman pahit sebelum ni tapi tetap xputus semangat nak jejak bumi cameron yang indah ini...:)

sebaik saja bertolak aisyah terus tido dalam kete..hari pun masih gelap lagi masa bertolak tu maklumlah baru pukul 6.30 pagi..kali ni kami ikut exit simpang pulai..sebab dah serik lalu kot tapah sbb pernah accident dulu kat situ..kali ni alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan Yang Maha Esa..rasa xsabar nk sampai cameron..perasaan kali ni xdapat nak bayangkan sebab ini adalah kali pertama saya ngan en.suami datang ke cameron bersama2 anak tersayang dunia akhirat-aisyah kesayangan ibu ayah:)..sebelum ni datang dengan family, kawan2, pastu ngan en.suami dan kawan2nya (kami mula2 kenal kat sini la, sebab tu saya cakap cameron ni byk kenangan utk saya:D), pastu datang lagi dgn status suami isteri, pastu datang dgn status mom-to-be (xsempat2 update babymoon kat cameron haritu hehe), then kali ni dah datang dengan status ibu kepada seorang princess:)..syukur alhamdulillah atas segala nikmatNya..

sampai cameron terus kami ke apartmen yang disewa kakak saya dengan member2 opisnya di puncak arabella, tanah rata..sampai2 je terus kami makan..lapar hehe..sambil tunggu diaorang sume bersiap, kami rehat2 jap sebelum memulakan aktiviti seterusnya..so, percutian express kali ni kita tengok melalui gambar je la ek..lets the picca tell the story:P

 memulakan perjalanan di pagi hari

 aisyah syok tido sepanjang perjalanan:)


dah sampai petronas simpang pulai baru bukak mata dan terus hadiahkan smile utk ayah ibu:D..aisyah aisyah..kereta berhenti je terus bukak mata ye..eh3

alhamdulillah..selamat sampai di apartmen puncak arabella, tanah rata pukul 11 pagi

pose dulu:)

 excited kakak adilah nak riba aisyah..so chomell:)


  ibu beranak dua..eh baru sorangla hehe..ni si comel adilah anak k.ita..so cute n keletah:)


 me and my twin:)..dekat bergaduh jauh merindu hehe

 yang ni pulak mmg sentiasa dekat.. hari2 bergaduh tapi hari2 jugak merindu huhu
destinasi pertama: cameron bharat valley

 singgah sebentar di tea shop..jamu mata dengan pemandangan yang sungguh indah sambil minum teh


 hot lemon tea with muffin:)


 aisyah tetap setia dengan tidonya:)


 aisyah ngan cik da:)


 baru bangun tido..jom kita g jalan2:)

 cantik kan pemandangan kat belakang tu:P

 aikk ni kenyit mata pesen mana ni dik huhu


 family potret..3 of us:)

 anak ayah:D

 aloh..kenapa cebik mulut tu dik

 tido di atas hamparan daun teh:P

 aisyah ngan ibu pulak:D

 mmuahh..sayang anak ibu


 pose lagi:D


my fav picca..gula gula cinta hatiku:)


 duduk rehat sekejap sambil agah2 aisyah untuk senyum

 senyum la dik..

hehe..adik senyum dah ibu:)

 ok..last posing..jom kita g tempat lain pulak

bersambung di next entry:D

isninku yang suram

Assalamualaikum,

arini mungkin hari yang menggembirakan bagi semua yang bergelar goverment servant..sebabnya hari ni adalah hari gaji+bonus untuk kakitangan awam..termasuk saya juga..alhamdulillah diatas rezeki dariNya yang tidak pernah putus..yang sentiasa memberi dan terus memberi walau diri ini terlalu banyak alpa dalam melaksanakan perintahNya..ermm lemahnya diriku Ya Allah..

walaupun boleh dikatakan ramai yang sedang dalam mood happy harini, tapi tidak bagi saya..permulaan keje arini saya datang dengan mood yang suram..banyak benda yg terjadi yg menyebabkan hati saya tidak seceria seperti selalu..susah untuk berlagak ceria dikala hati sedang berduka..macam2 perasaan datang bertamu dalam hati ini dan sudah tentu banyak perasaan sedih yang lebih menguasai..aduhai hati kenapa rapuhnya dikau?kenapa mudah benar rasa sedih ini yang datang bertandang walaupun telah dicuba untuk menjadikan hati ini kuat..

antara beberapa perkara yang menjadikan hati ini suram hari ini:-

  • hari ni bonda tersayang ada appointment di HRPZII berkaitan penyakit leukimia yang telah dihidapi sejak 2 tahun lepas..dan minggu depan tarikh 28 disember telah ditetapkan untuk bonda saya menjalani prosedur mengambil sumsum tulang untuk mengkaji tahap/peringkat kanser yang ada dalam tubuh bonda saya..risaunya saya..masa ni saya teringat detik2 awal mengetahui bonda saya disahkan menghidap penyakit leukimia 2 tahun lepas..masa tu saya kat opis dan bila ma call yg pihak klinik suruh datang segera untuk amik result darah lebih awal dari tarikh sepatutnya (sebab kes agak serius), hancur luluh hati saya..xtahu nak gambarkan perasaan saya masa tu mcmana..terus masa tu jugak saya check jadual flight untuk balik kg..nasib baik ada lagi seat kosong air asia walaupun harganya double mahal dari harga biasa tapi saya xkisah asalkan dapat bersama2 bonda saya untuk mengambil result darah dan dapatkan pandangan doktor mengenai penyakit itu..walaupun bonda saya nampak sihat dari luaran tapi hanya dia yang menanggung segala kesakitan yang dirasai..Ya Allah Kau berikanlah kekuatan dan kesihatan yang baik kepada ibuku..lancarkanlah dan permudahkanlah segala urusan rawatan ibuku..semoga ibuku cepat sembuh Ya Allah..amin ya rabbalamin 
  • sabtu lepas pengasuh aisyah call bagitau yang dia dah xdapat jaga aisyah start tahun depan sebab dia menghidap tonsil dan sedang dalam rawatan sekarang..sebab tu lah dia xboleh nak bagi komitmen untuk mengasuh..so terpaksala saya mencari pengasuh baru untuk aisyah start tahun depan..arap2 dapatlah cari sebelum hujung tahun ni..kawan2, kalo ada info pasal pengasuh sekitar putrajaya ni tolong bagitau saya ek..

ermm..selain tu ada jugak beberapa perkara yang menyebabkan hati ini terguris..walaupun sebelum ni saya dah berjanji dengan diri sendiri untuk jadi lebih kuat semangat tapi nampaknya saya gagal!!!saya gagal kerana tidak kuat bersabar..Ya Allah berikanlah ketenangan dan kedamaian hati kepadaku..sesungguhnya daku ini hanyalah hambaMu yang lemah..:(

note: esok bonda (ma), kakak n adik saya akan datang putrajaya..semoga kehadiran mereka mampu menceriakan kembali hatiku yang suram ini..amin


Wednesday, December 14, 2011

14.12=aisyah turns to 5months old:)

Assalamualaikum,

hari ni 14 disember genaplah anak kesayangan kami berumur 5 bulan..alhamdulillah..masa begitu pantas berlalu, sedar xsedar dah banyak perkembangan aisyah berlaku dihadapan mata kami..seronok tengok gelagatnya..makin hari makin cerdik..amin..

di usia 5 bulan ni..aisyah dah tahu apa favourite dia..contohnya dia suka tengok food, dah pandai 'bercakap' bahasa dia sendiri, suka tengok keadaan yg ramai orang, melilau je mata tengok sana sini hehe dan banyak lagi...tapiii aisyah belum pandai meniarap lagi huu..xsabar ibu nk tengok aisyah meniarap tapi ibu akan tetap bersabar ye sayang:)..ok la ini la dia kesayangan kami yang sudah pun berusia 5 bulan:)

 makin pandai buat aksi2 yang mencuit hati:D

 dan makin 'galak' (aktif dan ceria):P..thank you Allah for this precious gift

weekend kami: jalan2 di IKEA

Assalamualaikum,

apa khabar kawan2 semua?harap2 sentiasa ceria dan dalam rahmat Allah sentiasa..sabtu yang lepas kami sekeluarga telah berkunjung ke IKEA di mutiara damansara..kalo ikutkan ni kali kedua saya ke sana tapi masa tu tahun 2007 kalo xsilap..n masa tu xtau lagi apa yg specialnya IKEA ni..maklumlah masa tu just temankan bos saja hehe..tapi bila dh tahu serba sedikit mengenai IKEA ni, maka gigihla mengajak en.suami pegi..lagipun ada beberapa barang yg saya dah aim untuk beli..tambahan pulak adik2 saya ada kat sini..so meriahla sikit nak berjalan-jalan:P..

so..pagi sabtu tu kami bertolak pukul 9 pagi menuju ke IKEA..dahla 1st time nak pergi sendiri ni..tengok signboard semata2 dan juga dapatkan guide dari kawan en.suami hehe..alhamdulillah sampai sana dalam pukul 10 pagi tu pun selepas tersalah masuk susur huhu..IKEA ni bukak kul 9.30 pagi so masa kami sampai tu xda la ramai lagi orang..jom bercerita sambil layan gambar:)

 adik-adik saya..nak naik lif ni pun pelik..turun naik tempat yg sama, rupa2nya lif dia setingkat setingkat huhu..maklumlah 1st timer katakan..agak 'darat' disitu hehe


 salah satu benda yg saya nak beli-highchair utk aisyah..walaupun lambat lagi nak pakai tapi xsalahkan beli awal..sooner or later kena beli jugak:)..agak2 yg mana jadi pilihan saya?

jom kita tengok gelagat aisyah baca buku....

1st time try letak aisyah dalam highchair..pinggangnya masih lembut, so kedudukan dia masa ni masih dalam kawalan kami:)..ready to reading a book:P

 salah satu kegemaran aisyah..pantang nampak buku mula la teruja..alhamdulillah..mudah2an aisyah rajin belajar bila besar nanti..amin

apa ni ibu?(tanya aisyah:D)

 seronok main belek2 buku:)

sampai senget kepala tengok buku..haisshh anak ibu ni kusyuk bebenor:)

tengah2 syok berjalan tu baru perasan yg lampin aisyah dah berat..so cari baby room dulu untuk tukar lampin..mula2 masuk babyroom kat situ terus kagum sebab deconya sangat cantik dan super duper selesa..xtau la ada lagi tempat lain yg lebih selesa sebab inipun pertama kali saya masuk babyroom:D..ye lah sebelum ni mana pernah masuk babyroom ni huhu...


 en.suami yang tukarkan lampin:)

 lap2 dulu dulu dengan wipes


 basuh dengan air:)


 pakai lampin baru:)..baru selesa ibu aisyah nak berjalan2:)

 adik bongsu saya..merangkap babysitter aisyah hari tu..seronok dia layan aisyah..senang ibu ayah nak sopim:)

ayah yang salin lampin..ibunya pulak buat apa?

 ibunya sibuk posing:)

moleklah tu si ayah yang tukar lampin, si ibu plak goyang kaki sambil posing je:)..bie, timaksih deh tlg tukar lampin aisyah..apapun babyroom kat sini sangat selesa, mcm nak duk relaks je lama2 kat sini tapi xboleh sebab ini kan kemudahan awam so kena gunakan dengan sebaiknya:)

 orang kuat saya:)

 queue nak bayar..sempat posing sekejap..tapi bila tengok total perbelanjaan hari tu, pejam mata je la nak bayar..tapi xpa sebab memang tercapai apa yg dihajati..bukan selalu pun mcm ni:)

 my princess..aisyah@adik:)

hasil dari 'pengembaraan' kami di IKEA selama hampir 4 jam, penuh gak troli dbuatnya..antara barang yg saya beli adalah highchair utk aisyah, almari baju (ni pun untuk simpan baju2 aisyah sebab baju2nya dah semakin banyak hehe), rak hiasan, tempat gantung peralatan dapur, aksesori utk aisyah (aisyah lagi huhu) seperti kelengkapan utk persediaan nk makan nanti mcm sudu, mangkuk dan juga beli puppet utk aisyah:)..dan ada juga beli sedikit hiasan untuk rumah kecil kami:)..mood nk deco2 dah dtg tapi en.suami yg jadi mangsa tukang drill sume hehe..love u la syg:D..dalam pukul 2 ptg kami bergerak pulak ke Tesco Puchong untuk beli barang2 dapur..penuh bonet kereta haritu..ermm dan duit jugak dari tebal dah jadi nipis:(..tapi xkisahlah sebab beli pun utk keperluan keluarga jugak kan?so, lapangkan hati disitu:)..sebelum memulakan misi mencari barang dapur, kami singgah foodcourt dulu untuk lunch..maklumlah hampir separuh hari di IKEA, perut masing2 dah lapar..tapi yg xtahannya tengok gelagat aisyah bila nampak makanan@minuman..nak tahu kenapa?jom tengok....

 mood seronok tengok makanan:)

 eh2 nganga dah mulut tu:)

 makin dekat:)

 ololo macam tu sekali geram kat air tu..sabar ye dik, nanti dah besar sikit kita makan ye:)..tapi dari pemerhatian saya selama ni, aisyah sangat tertarik dengan makanan/minuman, mula la tengok dengan kusyuk dan meleleh2 air liur..rasanya masa preggy dulu xdala saya kempunan apa2 huhu (mitos semata:D)

akhirnya dalam pukul 6 petang barula kami balik ke rumah..dan malam tu pulak en.suami terus pasangkan highchair aisyah..dia plak yg terover huhu...

 step2 nak pasang highchair

 khusyuknya:)

 pasang kakinya dulu

 aisyah duk memantau kerja2 ayahnya:)

 dan last step..pasangkan tablenya pulak:)

 akhirnya..selamat sudah dirasmikan oleh tuan punya yg sebenar:)

alhamdulillah..berlalula sudah sehari suntuk dalam hidup kami..penat tapi gembira bila dapat menikmati saat2 indah bersama keluarga tersayang..dan esoknya ingatkan plan nak kemaskan rumah dan xnak kuar mana2 dah..tapi alih2 keluar lagi huhu..ermm apakan daya permintaan suami harus dipatuhi:)..

p/s: bulan december ni rasa cepat je masa berlalu..tup tup nak masuk tahun baru masihi dah (bulan hijrah kita dah masuk tahun baru:D)..apa milestones anda?nanti dah nak ujung2 tahun kita share2 ye:)...