Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 12, 2012

aisyah allergik antibiotik

Assalamualaikum,

2 minggu lepas kami sekeluarga diuji apabila aisyah disyaki allergik dgn ubat antibiotik..pada mulanya kami mmg xtahu apa punca yg membuatkan tubuh aisyah timbul bintik2 merah..mulanya sikit je tapi lama kelamaan penuh satu badan sampaikan hampir xnampak warna kulit aisyah..

ceritanya mcm ni, masa aisyah kat kg kepala aisyah naik biji2 dkt belakang kepala..kalau org kelantan panggil kenan..kat sini xtahula pulak panggil apa..masa tu biji kenan tu dah pecah n keluarla lendir2 yg berbau hanyir..aisyah demam masa tu suhu dekat 40 darjah celcius..so family saya bawakla g HUSM then doktor bagi ubat masuk ikut bontot dan bagi jugak antibiotik dan ubat sapu..alhamdulillah setelah makan ubat tu dan juga berubat cara kampung, keadaan aisyah dah semakin ok..

bila balik putrajaya, saya dapati biji kenan aisyah masih ada dan besar pulak tu saiznya..so saya decide utk bawa aisyah ke klinik kesihatan presint 9..doc bagi antibiotik jenis yang sama mcm HUSM bagi..khamis pagi (1.11.2012) aisyah makan antibiotik tu..ptg tu naik bintik2 merah kat badan..dan aisyah dah mula menggaru2..so mlm tu kami bawa aisyah ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya..dalam 2 jam lebih baru dapat jumpa doktor tapi masa jumpa doktor tu bintik2 merah aisyah dah makin surut so doktor xdapatlah tengok keadaan sebenar aisyah..last2 dia bagi ubat tahan gatal (ubat makan) dan doktor suruh teruskan antibiotik yang kk bagi..malam tu berjaga la kami sampai ke pagi sebab aisyah xboleh tidur..sambil menangis sambil menggaru sampai melecet berdarah betis dan badan..masa tu luluh hati tgk keadaan aisyah sampaikan saya dan en.suami dah xtahu nak buat apa..kesian xpayah cakapla..basah bantal kerana menangis..Ya Allah xsampai hati tgk aisyah menderita sakit mcm tu..dgn keadaan saya yg agak membataskan utk bergerak pantas, nak bangun pun susah apatah lagi nak memujuk aisyah yg meronta2 menangis menahan rasa sakit satu badan..en.suami lagi kesian dgn sibuknya nak menanda kertas PMR, last2 dlm pukul 5 pagi baru aisyah terlena..tu pun tertidur sebab kepenatan menangis dan menggaru..walaupun telah disapu lotion yg doktor bagi dan juga lapkan dgn air utk kurangkan gatal tapi masih xberkesan..dekat2 pukul 6 pagi barulah saya terlelap..

pagi jumaat tu (2.11.2012) tgk2 satu badan aisyah dah naik merah2..dah xda rupa aisyah dah..dek kepenatan berjaga sepanjang mlm saya mintak masuk ofis lambat sikit..dan pagi tu bawa aisyah ke klinik dr.maria di alamanda tapi doktor lain yg bertugas..saya cuba mintak mc sbb mmg tubuh saya pun dah xlarat sebenarnya tp doktor tu xbagi pulak sbb katanya anak yg sakit..xpa la saya mmg saya tahu saya xlayak tapi kalau doktor lain sblum ni bagi je mc kat saya..lagipun ni baru 1st time saya nak minta mc sepanjang mengandung ni, xpernah suka2 hati saya gunakan reason mengandung utk mintak mc dari mana2 klinik kecuali kalau kesihatan saya betul2 melayakkan saya dpt mc..doktor yg periksa aisyah tu pun bagitau teruk jugak keadaan aisyah masa tu..lepas bagi ubat semua, saya balik rumah sekejap pastu terus ke ofis..malam tu lagi sekali aisyah xboleh tidur..berjaga lagi sampai pagi..

sabtu (3.11.2012) en.suami kena g sekolah sebab sekolah ganti..so saya berdua je dgn aisyah sbb adik saya anis balik kg utk exam jawatan penolong penguasa imigresen..keadaan aisyah masa tu semakin teruk..sebaik en.suami sampai rumah dalam pukul 6 ptg kami bawa aisyah sekali lagi ke hospital putrajaya sbb kaki tangan aisyah dah keras..sampai je dkt kaunter triage tu, MA yg bertugas terus bawak masuk jumpa doktor sbb kes aisyah agak berat..alhamdulillah xlama menunggu, aisyah diperiksa oleh doktor dan doktor pun interview serba sedikit..tanya aisyah ada allergik apa2 makanan ke..saya ckp aisyah makan makanan yg dia makan hari2, xda plak saya perkenalkan makanan baru kat dia lagi, pastu kalau nak kata sbb environment xda la sampai seteruk tu, last2 bila ckp aisyah ada amik antibiotik doktor pun terus suspek yg aisyah kena allergik antibiotik..walaupun aisyah makan antibiotik yg sama mcm HUSM bagi tapi doktor cakap mmg ada kes mcm tu, bila dah mkn kali kedua baru nampak kesan alahan tu..masa tu dah dekat pukul 7 mlm dan doktor bagitau dia nak inject ubat utk bagi tahan gatal sbb ubat sapu mmg xjalan dan dia nak amik darah sekali..tapi dia cakap kena tunggu paling kurang 3 jam dlm wad sementara utk monitor perkembangan aisyah..so aisyah pun dibawa ke dalam bilik semi kritikal dan disitu saya dan en.suami xdibenarkan utk melihat prosedur yg doktor lakukan..kami hanya tunggu di luar tirai sahaja dan dengarlah suara aisyah meraung2..ye lah budak2 manala suka kena bedung kemas2 tambah pulak tu nak kena cucuk..sebak rasa bila dgr aisyah menangis tu..dekat setengah jam barulah selesai prosedur tu, tengok2 tangan aisyah dah berbalut..sian anak ibu dan ayah:(..xlama lepas tu bila dah dapat katil, saya bergilir2 solat dgn en.suami..sampailah pukul 10.30 mlm barulah doktor dtg tengok keadaan aisyah..tp keadaan aisyah masih sama, xda perubahan walaupun selepas diinject..so doktor discuss dgn pakar kanak2 then dia bagitau aisyah boleh discharged tapi kalau esoknya keadaan makin teruk, kena cepat2 bawa hospital utk admit wad..dalam pukul 11 mlm lebih barulah kami sampai rumah..alhamdulillah mlm tu aisyah boleh tidur agak lena sikit dan kami pun tertidur jugak dalam keletihan..

esoknya tgk keadaan aisyah mcm berkurang sikit dan 2, 3 hari selepas tu alhamdulillah aisyah dah pulih sepenuhnya dan dah kembali aktif mcm biasa..lega rasa hati tgk aisyah ceria kembali..ye lah masa dia tgh sakit tu kami terpaksa pakaikan stokin dan sarung tangan utk elakkan kesan menggaru tu jadi lebih teruk..aisyah dah rasmi sarung tangan adik dia hehe..tapi serius inilah kali pertama kami diuji dgn keadaan aisyah yang tidak sihat seteruk ini..dan sepanjang umur aisyah 15 bulan ni, inilah jugak kali pertama kami merasai pengalaman berjaga malam..dari lahir sehinggalah sebelum aisyah sakit ni, kami xpernah merasai pengalaman berjaga malam sebab aisyah sangatlah baik even dia demam sekalipun xpernah berjaga lagi..so kali ni lah baru kami dapat merasainya buat kali pertama..org kata dugaan semasa mengandung..syukur en.suami dan adik saya byk membantu..seriously saya mmg xlarat sangat2..apapun syukur sangat2 sbb aisyah dah kembali sihat..semoga selepas ini aisyah dijauhkan dari kesihatan yang tidak baik..ibu dan ayah doakan semoga aisyah sihat2 selalu dan membesar jadi anak yang aktif dan solehah..ameen


masa mula2 nak kena..menangis sepanjang masa sambil menggaru:(

keadaan aisyah sebelum dibawa ke hospital kali kedua

 tertidur kepenatan menanggung sakit yg tidak dapat diluahkan

 ni di hari jumaat..bintik2 merah dah menyerang satu badan 

 masa ni mmg terkejut tgk keadaan aisyah

 ni lah rupa aisyah semasa dibawa ke hospital kali kedua

 bila tgk ibu dan ayah makan wafer aisyah pun teringin jugak..last2 en.suami g belikan wafer kosong tanpa inti utk aisyah

xsabar nak makan hehe

 nak suapkan utk ayah ye:)

 seronok dapat makan wafer..habis separuh aisyah makan wafer kosong tu..lapar agaknya yelah sebelum ni xlalu makan

last2 tertidur dah aisyah selepas penat jalan2 dalam wad..tgh2 sakit pun ligat lagi berjalan dalam wad sambil duk tegur nurse2 ngan doktor kat situ..sume yg tgk mesti cakap kesiannya tapi itulah tuan punya badan bukannya tahu erti penat..kita ni yg penat mengejarnya hehe



di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kpd family saya dan en.suami yg mengirimkan ubat2 dan air tawar dari kg sbgai usaha utk menyembuhkan aisyah..sesungguhnya bila berhadapan dgn keadaan seperti ini, barulah kita tahu susah senang nak menjaga seorang anak..ni baru sorang..kalau dah 2,3 dan seterusnya xtahula mcmana..barulah tahu pengorbanan ibu dan ayah membesarkan kita adik beradik..time2 mcm ni la tiba2 rindu kat ma dan keluarga di kg:(..semoga Allah sentiasa melindungi mereka semua..ameen

4 comments:

  1. Salam Zila,

    aritu Safiyya yg Zira kata demam campak tu sebijik mcm Aisyah mcm ni la...bila tengok gambar Aisyah saling x tumpah macam Safiyya kena aritu.X terfikir plak sbb allergik ubat....hopefully bkn sbb allergik ubat la Safiyya aritu..

    ReplyDelete
  2. ws wbt,

    yg safiyya dgn aisyah haritu zila rasa mmg bukan allergikk ubat..cuma rashes yg naik slpas demam..tu normal kalau ikutkan apa yg doktor ckp sbb biasanya rashes tu akan timbul selepas suhu menurun sikit dan rashes tu skjap je kan n xgatal,lagipun masa tu zila xsuapkan antibiotik kat aisyah.. yg aisyah kali ni dia xdemam cuma gatal yg teramat sampai berdarah bila digaru, nk kata ekzema bkn doktor ckp..last2 bila bagi inejction utk allergik tu baru baik..rupa2nya mmg allergik antibiotik..so zira lps ni kalau boleh cuba elakkan bagi antibiotik unless mmg terpaksa bagi sbb kdg2 kita xtahu kesannya..lagipun budak bawah 2 tahun mmg xdigalakkan lagi amik antibiotik n certain jenis ubat..kena dapatkan nasihat doktor dulu sblum bagi apa2 ubat..

    ReplyDelete
  3. kesiannya aisyah..sedih za, kak zila...

    ReplyDelete
  4. ujian Allah zaa..ada hikmahnya..jaga safa baik2 tau

    ReplyDelete