Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Tuesday, January 8, 2013

ibu kepada 2 org anak

Assalamualaikum,

sekian lama xmengupdate blog kesayangan, barulah hari ni berkesempatan nk menjenguk sekejap..ni pun baby muafah baru lena tido..kalau x mmg susahlah nk menghadap blog ni..tapi kakak aisyah belum tido2 lagi ni..tgh 'berperang' dgn dia la ni huhu..

alhamdulillah seperti yg kwn2 sume tahu saya dahpun selamat melahirkan permata hati kami yg kedua pada 26.11.2012 yg lalu..harini baby muafah dahpun berusia 44 hari dan secara rasminya saya pun dah habis tempoh berpantang..pantangla sangat huhu..dan sejak baby muafah lahir, bermulalah kehidupan kami sebagai ibu dan ayah kepada 2 org cahayamata..penat???mmg xdinafikan tapi itulah yg harus dilalui:)..tanggungjawab semakin bertambah...dan saya skrg ni pun masih lagi dalam fasa nak menyesuaikan diri sebagai ibu kpd 2 org anak:)..mmg sungguh mencabar menjaga baby dan juga anak yg sedang membesar, super aktif, lasak dan mcm2la...beza umur yg singkat antara baby muafah dan kakak aisyah juga membuatkan cabaran tu semakin kuat..masing2 memerlukan perhatian yg khusus..sebab tu la seboleh2nya family planning tu kena betul2 hehe..at least kalau anak dah pandai berdikari, masa nak jaga baby nanti xda la pening dan huru hara sangat:)

awal2 dulu bermula dari baby muafah lahir, semuanya berjalan lancar..alhamdulillah..sebabnya en.suami tgh bercuti sekolah so masa pantang tu en.suami sentiasa disisi..dia lah yg uruskan segala2nya..dari hujung kaki ke hujung rambut..tugas saya hanya menyusukan aisyah je..dan masa kat kg juga ramai yg boleh tengok2kan aisyah so mmg xda masalah la..cabaran hanya bermula bila saya kembali ke putrajaya pada hari ke-29 pantang..ramai yg ckp awalnya saya balik sini sedangkan pantang pun xhabis lagi..memang kalau ikutkan saya pun nak duk lama2 ckit kat kg, tapi en.suami ajak balik sekali sbb sekolah dah nak start..so saya ikutla..maklumlah tempat seorang isteri disisi suami kan hehe..lagipun xsanggup dah nk berjauhan mcm aisyah dulu..sian en.suami kalau nak berulang seminggu sekali balik kg..dahla awal2 buka sekolah ni super duper bizi..

lalu bermulalah kehidupan baru di teratak kami di putrajaya ni..nasib baik adik ipar dtg sekali bolehla tlg tengok2kan aisyah..bila en.suami dah mula sekolah balik cabaran pun bermula..dan waktu ni lah juga kali pertama saya mandikan baby muafah..sebelum ni en.suami yg buat semua tu, baby muafah pulak sentiasa nak kita ada disisinya..nak sentiasa didukung..letak je bunyila mulut suruh orang angkat huhu..so agak susah kalau nak buat keje2 rumah..baru je nak masuk dapur dah 'panggil' dah hehe..

aisyah pulak mmg kena sentiasa dalam perhatian..ye lah ada je perkara yg dia buat yg boleh menaikkan tekanan darah ni huhu..panjat meja makan, 'mengemas' dapur n mcm2 la..biasalah budak2 tgh dalam alam penerokaan..skrg ni pun dah dkt pukul 5 ptg2 xtido lagi sejak bangun pagi td..kadang tu bila aisyah baru tido baby muafah pula bangun huhu..buat keje rumah pun yg mana sempat je..tu pun curi2 buat..waktu makan pun berterabur entah ke mana..nak pam susu pun xikut jadual sangat..kalau dapat sekali sehari waktu siang pun kira ok dah..tu pun puas 'berperang' jugak dgn aisyah..petik situ petik sini..bila tgh pam susu dia pun sibukla selak baju suruh pam kat dia jugak huhu..

tapi apapun alhamdulillah aisyah  sekarang dah boleh berdikari sikit2..dah faham apa yg kita suruh..mungkin dia tahu dia dah ada adik.cuma tu la keaktifan dia tu yg buat rumah ni haru biru sikit hehe..mana nak kawal aisyah lagi, adiknya lagi..mmg agak mencabar jugakla..cuma yg paling mencabar ialah cara nak kawal emosi..sejak dua menjak ni mudah sangat tersentuh terutama yg melibatkan anak2..apapun saya sangat bersyukur dgn kehidupan yg dilalui sekarang..cabaran tetap ada dimana2..semoga kami diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesar dan mendidik anak2 supaya mereka mendapat apa yg sepatutnya dari kami..KASIH SAYANG dan PENDIDIKAN ROHANI DAN JASMANI yang sempurna..semoga anak2 ayah dan ibu menjadi anak yg solehah, berakhlak mulia dan taat pada agama..ameen


aisyah mardhiyah


awfiyah muafah

No comments:

Post a Comment