Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 14, 2012

aisyah di usia 10 bulan

Assalamualaikum,

alhamdulillah..hari ni 14.5.2012 genap permata hati ibu dan ayah berumur 10 bulan..sekejap je kan masa berlalu???syukur alhamdulillah sehingga hari ini, aisyah jarang sakit2..demam pun sekali je masa umur 6 bulan haritu..tapi apapun saya akan sentiasa berjaga2 sebab sakit demam ni kita xboleh nak jangka..harapnya semoga aisyah sentiasa sihat2 dan ceria2 selalu ye..

aisyah di usia 10 bulan ni...mak aiiii..semput ibu dan ayah dibuatnya huhu..melasak xpadan dgn anak perempuan:)..suka panjat sana panjat sini..apapun jom kita tengok perkembangan aisyah bila dah berusia 10 bulan ni:)

  • dah makin terer berdiri..aisyah mula pandai berdiri sambil berpegang masa nak masuk usia 9 bulan..so dalam sebulan ni memang asyik practice je la kejenye huhu..bila dah practice tu mestila ada yg fail..so jatuh terlentang, terhantuk depan tu dah biasa sangatla..sbb tu ibu&ayah kena sentiasa berjaga2 huhu..
  • bila dah berdiri..aisyah dah mula berjalan selangkah dua langkah sambil berpegang..dan kadang2 nampak jugak dia cuba lepaskan tangan sekejap tp xlama la..gayat ye dik:)..xpa cuba lagi ok..practice make perfect..dan bila aisyah dah berdiri, aisyah pun dah pandai nak duduk slow2 dari posisi bangun..kalau x masa mula2 pandai berdiri dulu, dia pakai lepas je tangan tu..konon ada org sentiasa nk sambut dia huhu..tapi skrg alhamdulillah..dah pandai nak duduk perlahan2..dah tahu takut jatuh ye dik hehe..bijak anak ibu ni..belajar dari kesilapan ye:)
  • kalau org xkenal aisyah mesti kata aisyah ni pendiam..hakikatnya mulut xberenti membebel..mcm2 bahasa yg keluar..pot pet pot pet..jerman ada, perancis ada sampaikan saya&en.suami asyik tergelak bila dengar aisyah 'bercakap'..aduhh bila dh pandai cakap nanti xtahu la mcmana huhu..
  • makin terserlah minatnya pada air..yg ni nasib baik ayahnya rajin melayan..pantang nampak anak poo poo ke confirm nak mandikan..anak apalagi makin sukala:)..letak je dalam bathtub dia tu..ha berendam la sampai sejuk beku..sambil duk main2 ngan itik2 n kepuk2 air tu..gelak sakan la dia..tu pun ada hati lagi xnak kuar bilik air..aduhai anak...tapi sejak lahir lagi saya dah perasan aisyah xtakut dgn air..bila mandikan masa kecik dulu senyap je dia, xpernah nangis bila masuk air..sampai sekarang alhamdulillah xtakut air..tp besar2 nanti xtahula mcmana pulak..ingat nak cari swimming suit utk aisyah tp sampai skrg xterbeli pun lagi..tunggu ye dik nanti ibu&ayah belikan:)
  • satu pelosok rumah aisyah dah jelajah..bilik2, dapur sume aisyah dah masuk..kalau tgh masak kat dapur tengok2 dia xda..ha carilah kat mana2 ceruk..pastu bila panggil nama tanya buat apa terus sengih je la kejenya..eee gerammm betull tgk anak dara ni:)
  • bab makan pulak..since aisyah dah pun masuk 10 bulan, saya dah pelbagaikan sikit food dia..cuma puree buah xmiss lagi sbb nak makan buah potong gigi aisyah xbesar lagi huhu..cuma nasi mmg saya dah mula bagi nasi yg kita makan sbb aisyah dah pandai kunyah2..telur, ikan pun dah bagi..cuma saya masih lagi cuba elakkan tambah perasa (garam gula) dalam food aisyah..kalau boleh sehingga umur setahun..tapi en.suami kdg2 suap je makanan kita kat dia..saya geram gak tp bila dia bagi tu sikit je xpa lah..anak dia jugak dia tahu la elok ke xelok kan:)
  • masuk 10 bulan ni, baru nampak bayang2 gigi aisyah yg baru nak tumbuh di bhgian bawah..nampak mcm ada 2 batang tp xtahu la kot2 ibunya yg excited lebih hehe..nak kata air liur meleleh sejak 4 bulan lebih lagi huhu..xpa dik ibu xkisah sbb ibu tahu yg anak ibu ni suka buat suprise kan:)
  • tidur mlm dah agak lewat sikit..kalau dulu masa tidurnya tetap tp skrg ada cepat ada lambat..agak penat jugaklah nak tunggu dia tidur sebab asyik la nak main je kejenya..walaupun mata dah memberat sakan tapi tahan lagi xnak tidur tu..main lagi utama:)..tapi aisyah ni mmg jenis tahan mengantuk..mata hampir tertutup pun ada hati nak main lagi..tp ok gak sbb bila dia dah betul2 penat tu mmg mudahlah dia tidur:)..setakat ni paling lambat aisyah tidur pukul 11 malam dan bila tidur tu terusla sampai pagi..tengah malam plak kdg2 jaga nak susu kadang2 tak..siang hari mmg xyah cakapla..susah kemain nak tidur huhu...
ermm banyak sebenarnya nak citer pasal cek mek ni tp mcm panjangla pulak huhu...apapun semoga aisyah terus membesar dengan sihat dan ceria dan jadi anak yang solehah..amin


::aisyah di usia 10 bulan::

 dah makin cerdik..bila panggil nak amik gambar terus berpaling:)

 xda dah muka baby2..muka budak2 dah hehe

 alahai manisnya anak ibu&ayah ni:)

 ohh jeling ibu ye:)

 muka bangun tidur pagi tadi..aisyah dah cukup 10 bulan hari ni tau:)


o yeke..jadi aisyah dah besar la ni ibu:)...

 amboi anak sapa la ni huhu..time ni kat rumah pengasuh:)


gula2 hati saya..love aisyah&ayah banyak2:)






"happy 10 months old sayang..ayah&ibu sayang aisyah dunia akhirat"


No comments:

Post a Comment