Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 24, 2012

hati xsabar nak balik kg tapi hati jugak berat nak buat keputusan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..hari yang ditunggu2 telahpun tiba..Insya Allah petang ni kami bertiga akan bertolak balik kg..hari ni saya half day hehe..seronoknya rasa..xsabar nak sampai kg dah lama xbalik..last balik pun cuti sekolah bulan 3 hari tu..

tapi dalam keseronokan nak balik kg, hati saya sebenarnya sayu dan pilu..sebabnya kepulangan kami ke kampung kali ni jugak adalah...erm xsanggup saya nak cakap..sebenarnya pengasuh aisyah akan bercuti selama beberapa hari pada hujung bulan 5 ni dan jugak beberapa hari dalam bulan 6 nanti selepas cuti sekolah..kalau setakat sehari saya boleh amik cuti tapi ni dah berhari2, kalau saya amik cuti alamatnya habis la cuti tahun saya..ni baru setengah tahun..nak spend utk cuti raya lagi, cuti hujung tahun lagi..tu belum lagi standy cuti utk hal2 kecemasan..bila request en.suami utk amik CRK, dia cakap susah nak dapat..sehari pun kadang2 lepas kadang2 xlepas inikan plak berhari2..so nak xnak keputusan dibuat yang aisyah akan dihantar ke kg selama sebulan sepanjang bulan 6 ni..aduh sedihnya rasa bila mengenangkan akan berjauhan dengan anak tersayang..tambah plak aisyah skrg dah kenal org, dah makin cerdik..makin bijak dan mcm2la..confirm terbayang2 keletah dia nanti..

yg paling sedih bila terbayangkan bangun dari tidur hari2 nanti tengok aisyah xda kat tempat tidur dia:(..sedih sangat..ye lah mesti xda org kejut dah pagi2..biasa kalau aisyah bangun mesti dia akan 'menegur' ayah dan ibu dengan caranya yg cute tu..paling tidak aisyah akan berdiri ditepi katil dan pandang kami berdua dengan mata bulatnya dalam gelap tu sambil tersengih2 dan 'bercakap' dengan bahasa dia tu..Ya Allah..kuatkanlah hatiku semasa berjauhan dgn aisyah nanti..

so balik kg nanti kami memang bertiga tapi bila dtg putrajaya nanti kami hanya berdua tanpa aisyah:(..apapun semoga aisyah akan sentiasa gembira dan ceria dibawah jagaan keluarga saya nanti..




buat aisyah,

aisyah, ibu ayah minta maaf sebab terpaksa tinggalkan aisyah dengan tok ma sume..ayah dan ibu bukan sengaja tapi keadaan yang memaksa..apapun ibu dan ayah nak aisyah tahu yang ibu dan ayah akan sentiasa merindui aisyah nanti..we love u so much!!!!!




p/s: blog ni pun akan bercuti selama seminggu sebab tuan rumah nak balik berehat seminggu di kampung..Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi..doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali..amin

No comments:

Post a Comment