Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Monday, September 9, 2013

our 3rd anniversary..alhamdulillah

Assalamualaikum,



                          1 syawal 1431H..dengan sekali lafaz sah menjadi kekasih halal:)


 i love u:)

alhamdulillah..harini 10.9.2013 genap 3 tahun kami melayari hidup bersama sebagai suami isteri..kekasih halal dunia akhirat..In Shaa Allah..rasa baru je semalam diijabkabulkan:)

alhamdulillah di usia perkahwinan kami yang baru mencecah 3 tahun ini...BARU ye bukan DAH 3 tahun..banyak pahit dan manis yang telah dirasai..lumrah perkahwinan mana ada yang manis2 semuanya kan:)..ada masa bergelak ketawa ada masa bermasam muka ada masa menangis bersama..ada hari yang happy je ada hari yang sedih je..tapi alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang hebat..yang sabar melayan karenah saya yang moodnya kejap ok kejap K.O ni huhu..tambah2 bila sedang menghadapi PMS atau pregnant mood memang ke laut huhu..

alhamdulillah di usia perkahwinan kami yang baru mencecah 3 tahun ini juga kami sudah dianugerahkan 2 orang cahaya mata pengerat kasih sayang kami..dan syukur yang tidak terhingga bilamana kami akan berlima nanti dalam masa 3 tahun..In Shaa Allah..syukur atas rezeki yang dikurniakan buat kami sekeluarga..walaupun tidak mewah dan tidak terlalu senang namun kami bersyukur dengan rezeki yang ada..sudah ada keperluan sendiri..kereta dan rumah sendiri walaupun tidaklah besar dan tersergam mcm org lain namun kami tetap bersyukur..sekurang2nya ada jaminan utk anak2 nanti..

matlamat kami sekarang hanya untuk membesarkan anak2 dengan cara kami sendiri dan memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang secukupnya..harapannya biarlah anak2 menjadi soleh dan solehah dan mampu menjaga diri dan agama sebaik mungkin..cabaran pasti ada tapi kami berharap agar diberikan kekuatan untuk melalui setiap dugaan yang mendatang..dan harapan saya semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan kekal hingga ke syurga..amin

untuk suamiku yang tersayang,

terima kasih kerana sudi menjadi suami kepada ayang,
terima kasih kerana menjadi teman dan pendengar setiap keluh kesah ayang
terima kasih kerana rajin dan banyak menguruskan kerja2 rumah
terima kasih kerana cekap menguruskan rumahtangga
terima kasih kerana menjadi ayah yang penyayang buat anak2 kita
terima kasih kerana hebat menjadi seorang ayah walaupun kadang2 garang:)
terima kasih kerana banyak bersabar dengan ayang
terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan buat ayang dan anak2
terima kasih untuk segala2nya
happy anniversary yang ke-3 sayang
i love u..so much!!!!

 our 1st permata hati..aisyah mardhiyah..2 tahun 2 bulan:)

 our 2nd permata hati..awfiyah muafah...9 bulan:)

 our 3rd permata hati...Little A.M..13w dalam kandungan ibu:)


bakal berlima tahun depan..In Shaa Allah:)



p/s: bangun pagi2 dah dapat ucapan happy anniversary dari en.suami..si isteri ni masih mamai2 lagi huhu












 

3 comments:

  1. Happy anniversary zila & suami, moga perkahwinan dan kasih sayang berkekalan sehingga ke Jannah..Moga juga dilimpah rezeki yang tidak terhingga... Aminn

    ReplyDelete
  2. amin..terima kasih..doa utk ninie juga moga cepat2 dapat zuriat..chaiyokkk!!!hehe

    ReplyDelete