Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Tuesday, November 15, 2011

cerita raya haji part 3: kenduri akikah aisyah

Assalamualaikum,

bersambung lagi kisah di hari raya haji yang lalu..selepas melalui beberapa sesi perbincangan antara saya dan en.suami, maka kami sepakat untuk melaksanakan akikah buat anak dara kesayangan kami aisyah mardhiyah..akikah ni hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut dalam agama..kami xmahu melengah2kan tanggungjawab kepada anak tersayang so kami melakukan akikah ni pada hari raya haji yang pertama (10 Zulhijjah 1432H bersamaan 6 November 2011)..kalau lembu, untuk anak perempuan satu bahagian dan untuk anak lelaki pula 2 bahagian..kalo ikutkan kambing pun boleh tapi bila pikir xsemua orang makan daging kambing maka lembu yang jadi pilihan dan kebetulan pulak memang dah hampir ngan raya korban..ala sebenarnya ibu aisyah yang xmakan daging kambing..memang alasan semata huhu..tambahan pulak boleh dikatakan semua adik beradik baik dipihak saya dan jugak belah en.suami balik beraya so inilah masanya berkumpul sedara mara semua pihak..alhamdulillah boleh merapatkan lagi hubungan silatulrahim..ye dok???

ok lah saya xmau cerita panjang..kita layan je story bergambarnya hehe...

 lembu korban pada hari tu..ada 2 ekor yang ditumbangkan pada sebelah pagi..gambar di atas adalah lembu yang menjadi bahagian akikah untuk aisyah

 gotong-royong melapah dan mengagihkan lembu korban..en.suami pun turut sama..hobi dia ni menyiang daging lembu huhu

bila dah dapat bahagian masing2..sama2 menyiang daging kat rumah pulak..keje saya?saya ngan iparduai sibuk duk siapkan bahan2 dan rempah2 untuk memasak juadah hari tu..sambil2 tu ulang alik jenguk aisyah yang dijaga oleh tok ayah dan makcik2 sedaranya:)

 aisyah yang xberbaju dengan mak udanya..tahun ni aisyah dapat 2 orang sepupu baru..nanti boleh sekolah sama2:D..kita tunggu anak mak uda ye..Insya Allah kalo xda aral adik ipar saya ni akan bersalin bulan 12 nanti..bertambah ahli keluarga besar kami..alhamdulillah:)

 jenguk ayah aisyah siang daging kejap..sambil bergambar juga:D


bila daging dah selesai dipotong kecik2..tiba masa untuk acara masak memasak pulak..masa ni keluarga saya baru sampai dan join sekali untuk memasak..xpanggil orang lain pun, cukup adik beradik je yang masak..seronok buat keje ramai2 ni..tukang masaknya sapa lagi..en.suami dan bonda saya la..dibantu bersama oleh adik beradik:D...jom kita tengok menu2nya..

 inilah juadah hidangan buat tetamu di majlis kenduri akikah aisyah..menu utama daging..nama pun raya haji kan hehe..jom kita tengok satu persatu..

 singgang daging


 daging goreng


 acar timun


 kerabu buah nipah..pernah dengar?pernah makan?sedap!!!air tangan terbaik bonda saya:)


 sambal belacan..pedas tapi sedap:)

 dan untuk pencuci mulutnya pula...

 tapai pulut (tape dlm bahasa kelate):)

 kek batik-sponsored by my sis ida..tq very much:)


 agar2 pandan bersantan..juga air tangan bonda tercinta..terbaikkk!!!


dan inilah antara tetamu2 yang hadir memeriahkan majlis...

 kawan2 en.suami


ahli keluarga dua2 pihak:)

 selepas isya', orang kampung berduyun2 datang..kalut sekejap tengok lauk dan makin kurang..orang makin ramai..terpaksa masak lauk lain huhu

 aisyah dah ketiduran dek keletihan diulit orang tu orang ni..penat ye dik..hehe, sempat gak bergambar ngan kak zan wpun sibuk layan tetamu..ayah saya plak tengah meriba iman zaheera..adik kepada yadzaheen yang saya selalu citer dalam blog ni:)

 dua sepupu..madihah dan yadzaheen..model gigi:D..lawakla iyad ni huhu


 aisyah bersama sepupu barunya-amnan zulhilmi yang baru berusia 20 hari masa kenduri ni..syoknya tido wpun ramai orang:)..bertukar tempat tido, amnan tido atas tilam aisyah, aisyah tido atas bouncer amnan..suwittt:D

dan last but not least...

dapat gak bergambar bertiga..muka masing2 dah penat+berminyak tapi sempat posing jap:)


akhirnya selesai sudah majlis kenduri akikah aisyah..walaupun petang tu hujan lebat (majlis bermula selepas asar) tetapi tetamu hadir xputus2..malam tu pulak siap buat tambahan lauk sebab tetamu yang datang semakin ramai..sampai aisyah pun tertido tanpa perlu didodoi huhu..walaupun buat secara kecil-kecilan je tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara mara dekat dan jauh..inilah salah satu hikmahnya melaksanakan akikah dan menjamu makan sesama saudara..semoga dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara kita..amin..dan dalam pukul 11 malam barulah kami balik ke rumah saya sebab rumah en.suami-bilik full booking-:D..maklumlah adik beradik en.suami ramai..11 orang:P..saya bersyukur dapat family mertua yang meriah dengan adik beradik dan semuanya sporting2 belaka..alhamdulillah..

akhir kata di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga, adik beradik dan saudara mara yang sama2 membantu menjayakan majlis dari awal hingga akhir..sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian semua..amin..

sekian, bersambung lagi di part 4 hehe..eh ada lagi ke???ada..nak baca boleh baca, xnak baca saya xkisah..saya cuma nak berkongsi pengalaman ngan kawan2 dan jugak untuk tatapan aisyah bila dia dah pandai membaca nanti..semoga ada sesuatu yang dia dapat dari tulisan2 ibunya di blog ini..amin

No comments:

Post a Comment