Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Thursday, November 24, 2011

al-fatihah kepada 2 beradik mangsa banjir di kelantan (kg saya)

Assalamualaikum,

semalam dapat berita yang menyayat hati dari kg saya..2 beradik lemas dalam sebuah tali air tidak jauh dari rumah saya di kg..kesian sangat bila bonda saya cerita yang ibunya pengsan di tempat kejadian sebaik saja tahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya..bonda saya pun turut bergegas ke tempat kejadian..mangsa adalah anak kepada jiran belakang rumah saya..beberapa bulan lepas datuk mereka kembali ke rahmatullah..kali ni mereka pula yang menyusul..bonda saya cerita memang ada tanda2 pelik sebelum pemergian mereka..salah satunya mereka ada meminta selimut arwah datuk mereka sebelum ni..bayangkanlah 2 orang anak 'pergi' sekaligus dalam satu masa..ibu bapa mana yang tidak sedih..saya sendiri pun turut merasai kesedihan tu:(

sesape yang ada dgr berita malam tadi dan baca paper harini, kejadian tersebut berlaku xjauh dari rumah saya..memang setiap kali musim hujan, sungai tu akan melimpah ke atas jalan dan biasanya ramai penduduk kampung akan 'bermain air' di situ..oleh itu, saya ingin menasihatkan sahabat2 semua supaya mengawasi anak2 kecil dan juga kita sendiri supaya jangan sesekali cuba bermain air sebab memang membahayakan nyawa..beringat sebelum kena..


ROSLAN Abdul Ghani (dua dari kiri) sedih melihat mayat dua anaknya yang lemas dalam sebatang parit di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, semalam.(Utusan Malaysia 24 November 2011)


semoga abg lan sekeluarga kuat dan tabah menerima dugaan ini..dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beramal soleh...amin..al-fatihah...

1 comment: