Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Thursday, November 10, 2011

impianku masa belajar yang tidak kesampaian

Assalamualaikum,

tengah2 buat keje tiba2 teringat kenangan2 semasa belajar dulu..salah satunya berkenaan impian nak sambung study..masa tu saya di tahun akhir study di uitm shah alam..ok sebelum tu saya nak bagitau cita2 saya zaman kanak2 dulu ye, dulu2 banyak cita2 dan angan2 nak jadi itu ini..maklumlah dah nama pun budak2 kan..doktorla, peguamla dan macam2 lagi..bila dah masuk sekolah menengah cita2 tu dah berubah sikit..masa tu ada 2 cita2..satu nak jadi cikgu satu nak jadi ahli astronomi..wahh bukan main tinggi lagi angan2 kan hehe..masa sekolah menengah saya mula berminat sangat2 dengan ilmu aerospace..segala mak nenek artikel pasal kejadian angkasa lepas saya simpan dalam satu scrapbook..gambar2 gerhana matahari, sistem suria, planet2, asteroid sumenya saya kumpul (tapi skrang entah kemana dah scrapbook tu , maklumlah rumah pun dah dibaiki sikit banyak buku2 hilang tanpa dikesan huhu)..disebabkan 'kegilaan' saya terhadap angkasa lepas, kawan2 bagi gelaran baru kat saya AZINET..singkatan dari nama saya dan planet (AZI (azila)+NET (planet)..suka2 je kwn2 saya ni panggil dengan nama tu huhu...

tapi disebabkan masa spm saya xamik subjek physic..batch saya spm 2000 adalah tahun pertama spm sistem terbuka diperkenalkan..so cikgu2 jadikan kami 'eksperimen' utk subjek2 yg boleh diambil dalam sistem terbuka ni..nasibla kan jadi bahan eksperimen hehe..walaubagaimanapun saya masih memilih aliran sains sebab saya minat sangat ngan subjek biology hehe)..so cita2 saya nak belajar dalam bidang aerospace tidak kesampaian..maka diteruskan dengan cita2 kedua iaitu nak jadi CIKGU..tapi masa tu utk kursus pendidikan, lepasan spm xboleh mohon lagi..kalo nk amik kursus cikgu kena amik stpm dulu xpun yang ada masa tu hanyalah kursus Akademi Pengajian Islam di UM..tapi saya ni mana layak sebab bukan aliran arab..tapi aliran sains huhu..xpa la dalam hati niat sambung je la peringkat mana pun nanti2 apply la kursus pendidikan xpun mohon je KPLI kan..

so..selepas spm saya dapat offer utk kursus pre-science (6 bulan) di uitm jengka, kemudian saya sambung dalam bidang diploma pengurusan ladang (3 tahun) pun di uitm jengka..semasa memohon untuk sambung degree saya nak mintak kursus pendidikan tapi disebabkan persaingan yang sangat sengit dan tempat yang ditawarkan pun xbanyak maka saya pun memohon untuk sambung degree dalam bidang yang sama iaitu TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LADANG di uitm shah alam selama 2 tahun (salah satu sebab sambung course yg sama sebab tempohnya 2 tahun je, kalo course lain 3 tahun..jimat masa dah kat situ huhu)..bukan saya berkira tau nk tuntut ilmu ni tapi saya banyak benda nak kena pikir..saya ni anak sulung kalo boleh nakla dapat keje cepat2 supaya boleh bantu keluarga..betul x?..semasa di tahun akhir degree, pihak uitm ada menawarkan program Tenaga Pengajar Muda (TPM) untuk peringkat master dan Phd..program ni adalah secara biasiswa dan selepas tamat belajar samada dalam malaysia or abroad, kena berkhidmat sebagai pensyarah uitm sekurang2nya selama 7 tahun, barulah boleh decide samada nak quit or teruskan jadi pensyarah uitm selama2nya hoho..

apalagi bila bukak je tarikh permohonan tu..saya dan kawan2 sibukla ke hulu ke hilir buat preparation untuk hantar permohonan..dengan tesisnya lagi, final exam pun dah dekat..kelam kabut saya dibuatnya..masa tu waktu tido pun dah tunggang langgang..setakat xtido sehari suntuk dah biasa sangat huhu..penat tapi beshhh!!!salah satu sebab saya mohon program ni sebab saya nak jadi pensyarahla..dulu xdapat jadi cikgu kan, so tukar impian jadi pensyarah la pulak hehe..saya minat mengajar sebenarnya..alhamdulillah saya sempat hantar permohonan tepat2 pada tarikh tutupnya..dalam hati kalo ada rezeki, adala sekurang2nya saya dah berusaha untuk mencuba...kalo xdapat pun xpa sebab saya sedar persaingan dari luar memang hebat2 belaka..kekosongan untuk kursus perladangan di fakulti saya (sains gunaan) adalah 3 kekosongan sahaja..yang mohon beratus2..dan hanya yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga bergantung kepada syarat yang ditetapkan..so bayangkanla betapa hebatnya persaingan tu..tambah pulak program ni terbuka untuk semua universiti di malaysia ni bukan uitm sahaja..

dalam sebulan selepas tu, saya dapat surat panggilan temuduga..terkejut dan rasa bersyukur sangat sekurang2nya saya dah dapat peluang tu wpun perjalanan masih jauh..so bermulala preparation saya dan kawan yang turut sama dapat panggilan temuduga tu meng'search' info2 yang berkenaan..kami dimaklumkan bahawa untuk tahun tersebut, program ni lebih memfokuskan pengajian di luar negara..apalagi berkobar2la semangat saya cari universiti tu universiti ni yang menawarkan kursus yang berkaitan..selain dari tu kami kena memikirkan kos pengajian jugak..antara negara yang menawarkan kos yang agak rendah berbanding uk ialah USA dan australia..so saya buatla short list universiti untuk 'dipersembahkan' ke panel temuduga nanti..selain dari tu kena buat short presentation jugak berkenaan any issue pasal agriculture..antara university yg menjadi pilihan saya masa tu ialah...

University of Western Australia (UWA)









Purdue University, USA 








dan setelah diambil kira dari segi kos, bidang pengajian dan setelah berbincang dengan lecturer maka university yang menjadi pilihan saya ialah Purdue University di USA..

maka tibala hari yang dinanti2kan..dengan penuh debaran saya dan kawan2 hadir ke tempat temuduga..dalam hati hanya Allah yang tahu..maklumlah panel temuduga bukannya calang2 orang..tambah pulak tu kena speaking in english..dahla BI saya lintang pukang haha..bila tiba giliran saya, maka dengan penuh rasa berdebar saya masuk ke bilik temuduga..ada 3 orang panel kesemuanya..maka bermulala sesi soal jawab..bila panel tanya universiti mana yang jadi pilihan sekiranya berjaya, saya dengan penuh yakin cakap Purdue University..dan mereka tanya lagi course apa yang saya nak sambung nanti..so saya cakaplah course AGRONOMY, itu pilihan pertama..pilihan kedua BOTANY&PLANT PATHOLOGY..

xlama  pun interview tu..dalam 15 minit je..so saya pun balikla ke kolej semula..masa tu saya xtaruh harapan  pun akan dapat..sekadar mencuba dan cari pengalaman je..petang tu masa tengah minum2 ngan lecturer, saya dapat call dari fakulti yang mengatakan saya berjaya untuk temuduga peringkat kedua (terakhir)..Ya Allah masa tu saya bersyukur sangat2..daripada berpuluh2 orang yang dipanggil temuduga, yang disenarai pendek untuk final interview hanya 6 orang sahaja termasuk saya..2 org dari uitm (saya dan kawan), 2 org dari UPM dan 2 orang lagi saya lupa dah dari U mana huhu..

tapi ditakdirkan bukan rezeki saya untuk jadi pensyarah..hanya 3 orang sahaja yang berjaya ditawarkan..saya akur dengan kehebatan calon2 lain yang lebih hebat dari segi result exam dan performance mereka..tp saya bersyukur sekurang2nya berpeluang untuk menjadi antara senarai toplist pun dah saya  anggap sebagai kejayaan peribadi bagi diri saya..bukan senang nak dapat peluang ni..mana tahu dimasa akan datang ada rezeki saya..amin

buat anak ibu, aisyah mardhiyah..

nanti bila dah besar, belajar rajin2, pandai2 ye..nanti boleh sambung cita2 ibu:)..jadi anak yang solehah buat keluarga, berakhlak mulia dan paling penting jadikan agama sebagai panduan hidup dalam apa jua perkara pun..ibu dan ayah sentiasa disisi aisyah sehingga ke akhir hayat kami xkira dalam keadaan susah atau senang..we love u so much!!!


note:

xdapat jadi cikgu, pensyarah pun xpala..keje sekarang pun ala2 cikgu jugak..memberi ceramah/kursus/mengajar pegawai2 dan kakitangan kerajaan..cuma bezanya bukan mengajar budak tapi bak kata allahyarham p.ramle..'kelas orang-orang dewasa daa:D'..






2 comments:

  1. salam... nk tnye la..akq msa amk kos pengurusan ladang 2 ok x.. sy nk mntk pndpt je...

    ReplyDelete
  2. kg saya ada satu kawasan keluasan 8 ke 10 hektar padi, keluaran satu hektar lebih kurang 4.5 ke 5.5 tan padi. pendapatan petani lebih kurang rm 800 sebulan. saya optimis cara kami dah lapuk. apa pendapat pn?

    ReplyDelete