Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 5, 2012

selamat hari lahir buat suami yang kusayangi

Assalamualaikum,

5 Januari 2012 

 selamat hari lahir sayangku...

 semoga kebahagiaan ini kekal milik kita hingga ke syurga...


Buat suamiku...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.
Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab, kerana memberikan masa untukku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikanku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju...

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu..tika sujud yang panjang, ummie memohon agar kehidupan bie sentiasa dalam rahmat Tuhan.. semoga Allah panjangkan umur bie, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan lagi dengan rezeki yang penuh keberkatan...

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama2 kita gapai penuh kesyukuran...harapan dan impian ummie, agar ummie mampu membuat bie sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia...moga Allah berikan ummie kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang...

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih sayangkerana hadirmu begitu membahagiakanku....


for my beloved husband, selamat hari lahir yang ke-29 hari ini..semoga dengan bertambahnya usia ini, bie lebih kuat dan matang dalam menempuh kehidupan dan juga dugaan yang mendatang, terima kasih kerana menjaga ummie dan aisyah dengan baik selama ini walaupun seringkali diri ini menguji kesabaranmu wahai suami..ummie sayang bie hingga ke syurga..we love u so much!!!


p/s: sebenarnya saya xwish pun lagi dekat en.suami..sengaja sebab saya ada plan nk buat sesuatu mlm ni hehe tapi xtahula rancangan saya menjadi ataupun tidak..jadi atau xjadi kita tunggu je la ye huhu


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

No comments:

Post a Comment