Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2012

3rd pregnancy:jantina baby adik

Assalamualaikum,

selamat kembali bertugas kpd kawan2 semua:)..org lain sibuk bercerita pasal raya, tapi saya nak berkongsi kisah mengandung dulu..lepas2 ni baru boleh cerita pasal raya..utk kenangan kami sekeluarga..

sudah menjadi lumrah bagi kalangan kita..kalau anak pertama girl@boy, pasti anak yg kedua org akan sibuk utk bertanya.."dah scan ke baby, baby apa, kalau dapat sepasang best kan"..dan mcm2 lagi la..saya pun xterlepas dari diasak pertanyaan tu..baik kawan2 sepejabat, kawan2 baik, saudara mara di kg..nak buat mcmana mmg xboleh lari dah:)

sebaik disahkan mengandung kali ketiga ni, saya selalu gak bertanyakan en.suami kalau kali ni baby girl jugak mcmana..dia cakap ok je..rezeki Allah nak bagi..tapi dlm hati saya tahu yg dia mengharapkan dapat baby boy..tapi siapalah kita utk menentukan ini semua kan?

kawan2 pula ramai yg meneka yg baby adik kali ni girl jugak..katanya tengok dari seri muka n gaya saya pregnant sekarang sama mcm saya mengandungkan aisyah dulu..xpa la saya xkisah girl ke boy tapi biasalah bila kita dah ada baby girl mestilah harap dapat boy pulak dan begitulah sebaliknya..tapi nak kata saya mengharapkan sangat baby boy tu xla jugak sebab bagi saya anak lelaki ke perempuan ke sama je sekarang ni..berdiri sama tinggi duduk sama rendah..asalkan baby adik sihat sempurna sifatnya itu pun dah cukup bersyukur..

masa usia kandungan hampir memasuki usia 24 minggu haritu, saya dan en.suami dah buat detail scan (nanti saya update)..masa scan tu sonographer cakap nampak mcm rata (girl)..dan dia pun cakap 70-80% baby girl..pastu masa scan kat kk presint 9 plak, doc scan dia ckp xnampak ciri2 kelakian..dan masa cuti raya haritu saya sempat berurut badan dgn mok wan (tukang urut yg urut saya sebelum ni) dan masa urut tu mok wan pegangla perut nak rasa kedudukan baby..tiba2 dia cakap "anak perempuan jugak ke ni"..saya pun cakapla kalau ikut scan menjurus kpd perempuan..pastu dia pun cakap dia pun rasa mcm perempuan:)

xpa la lelaki ke perempuan..anak2 adalah rezeki yg tidak ternilai harganya..mungkin belum rezeki kami utk dapat anak lelaki kali ni..tapi mana tahu rezeki akan datang:)..Insya Allah..semuanya saya serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui..asalkan sihat sempurna dah cukup..tanggungjawab nak membesarkannya lagi berat..

note:

nampaknya perbezaan alahan bukanlah penentu utama jantina anak..org kata kalau xda alahan, anak lelaki, kalau alahan teruk anak perempuan..tapi dari pemerhatian saya, ada kawan2 yg mengalami alahan teruk tapi jantina anak tetap lain2..mcm saya walaupun mengandung kali ni xda muntah2 sume berbanding masa mengandungkan aisyah, tapi bila scan doktor ckp maybe baby girl jugak:)..apa yang penting saya rasa betul2 bahagia dgn kehadiran baby adik dalam perut yg semakin hari semakin melasak sampai bergoyang2 perut dibuatnya:)..dan aisyah pun semakin hari semakin manja..manja2 pun tapi lasak xingat huhu..


No comments:

Post a Comment