Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Thursday, October 20, 2011

dalam dilema

Assalamualaikum,

esok pagi Insya Allah kalo xda aral kami bertiga akan balik kg..saya amik cuti isnin selasa, rabu deepavali kan?sekolah en.suami pulak cuti seminggu so memang nak balik kg je la kerjanya kan hehe..tapi walaupun hari dah dekat dan keputusan pun dah muktamad, tapi saya masih berbelah bagi dengan keputusan yang telah dibuat tu..setelah berbincang dgn en.suami kami bercadang untuk tinggalkan aisyah buat sementara waktu di kg..bukan sengaja nak tinggalkan aisyah tapi memikirkan baik buruknya, saya rasa itu keputusan yang sepatutnya..nak tahu kenapa kami terpaksa tinggalkan aisyah di kg???

sebabnya bermula cuti esok, saya dan en.suami akan balik kg selang 2 minggu sekali sehinggalah bermulanya cuti sekolah bulan 11 nanti..maksudnya besok kami balik kg, raya haji pun balik dan 2 minggu lepas tu pun kami akan balik jugak...so apa kaitannya dengan tinggalkan aisyah di kg???sebabnya saya kesiankan aisyah kalo asyik berulang alik dalam tempoh perjalanan yang agak lama dalam selang masa yang singkat..perjalanan balik kelantan paling2 kurang 8-9 jam..aisyah kecik lagi mesti dia penat..kita yang dah tua ni pun penat apatah lagi aisyah yang baru berusia 3 bulan..kalo balik sebulan sekali saya xkisah ini 2 minggu sekali..kalo balik lama xpa ni 2,3 hari je..

masa nak balik raya haji nanti, mengikut pengalaman tahun2 lepas..kalo xsampai 12, 13 jam perjalanan memang xsah..jammed xpayah cakapla..cuba bayangkan keadaan aisyah untuk mengharungi perjalanan selama itu..dahla jalan balik kelantan kebanyakannya hutan2 je kan..kalo hari dah gelap saya risaula dengan aisyah..ye lah orang2 tua pesan jangan bawak anak berjalan kalo hari dah malam kan..malam+hutan..

so, nak xnak memang terpaksa tinggalkan aisyah di kg untuk kebaikan dia juga..ramai yg tanya, xrindu anak ke????aduhh..cuba tanya semua ibu2..ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak, ibu mana yang xrindu anak..kalo hari2 biasa ni pun rindu teringatkan anak dengan pengasuh, walaupun petang boleh jumpa, inikan pulak 2 minggu baru boleh jumpa..so jangan tanya saya soalan itu ek..sebab saya pasti jawapannya semua dah tahu..

tapi saya nak tanya kawan2 semua, wajar dan betulkah keputusan saya ni???


aisyah jangan nangis2 ye nanti ibu xda..be a good girl ye..







"sesungguhnya hanya Dia sebaik-baik perancang"


4 comments:

  1. zaa sokong...untuk kebaikan aisyah...

    ReplyDelete
  2. tq zaa..kena kuat semangat ni huhu

    ReplyDelete
  3. takpe itu yang terbaik untuk dia.
    mmg perit tinggal anak.
    azie masa hafiy umur 3 bulan cam aisyah kena sakit mata. nursery takmo jaga.
    nak tak nak kena tinggal kampung.
    tengok buai nanges.tengok tilam & bantal pun nanges siap cium-cium..hehe

    ReplyDelete
  4. azie,

    hehe..samela kita..tengok sume barang2 anak mula la nak berair mata ni huhu..jenuh duk hitung hari nak balik:D

    ReplyDelete