Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 18, 2011

detail scan 4D@24 weeks

 


walaupun dah selamat melahirkan anakanda tercinta..tapi kisah2 dan pengalaman2 sewaktu mengandung masih belum khatam lagi ya hehe..niat hati mmg nak update masa tengah pregnant lagi tapi disebabkan tiada kesempatan utk update from momen to momen maka haruslah update jugak sekarang..sebagai kenangan terindah untuk diri sendiri, en.suami, anakanda tersayang aisyah mardhiyah dan bakal adik2nya kelak hehe..Insya Allah..amin 

sama jugak macam orang2 lain yang sedang menantikan kelahiran cahayamata sulung, saya dan en.suami pun xterlepas dari perasaan excited untuk mengetahui perkembangan baby dalam perut saya ni dari hari ke hari..pendek kata apa je persediaan yang perlu mmg saya akan cuba laksanakannya..salah satunya membuat detail scan..apa kebaikan detail scan ni ye?bagi saya untuk mengetahui jantina baby bukanlah matlamat utama saya membuat detail scan tetapi apa yang lebih penting saya dan en.suami ingin  mengetahui secara detail keseluruhan perkembangan baby..sebabnya melalui detail scan ni kita boleh mengetahui secara 'mendalam' bukan setakat luaran sahaja tetapi ianya meliputi organ2 dan bahagian2 dalaman baby..seperti otak, jantung, paru2, buah pinggang, tulang hidung, tulang belakang, mulut, genitalia dan sebagainya..so dari situ boleh dikesan samada normal atau tidak perkembangan baby kita..semuanya diambil ukuran untuk mengetahui status perkembangan baby kita..

so untuk tujuan itu, saya dan en.suami memilih Klinik Pakar Wanita dan Sakit Puan An-Nur, Bangi untuk membuat detail scan..kat situ kita boleh pilih samada nak buat detail scan 2d or 4D dan kami telah memilih 4D+video dengan harga RM200.00..seminggu sebelum tu saya dah buat appointment sebab perkhidmatan ni hanya disediakan sekali sahaja dalam seminggu iaitu setiap hari selasa..sonographer kat situ ialah Pn. Anson..nama macam pelik kan tapi sebenarnya dia orang melayu hehe..masa menunggu giliran tu perasaan saya memang berdebar2..risau kalau2 ada yang tidak kena dengan baby kami..yelah ibu mana yang tidak bimbang terhadap anak yang dikandung kan?sebab tu la ada pendapat yang mengatakan xpayah buat xpa detail scan ni sebab kalo ada apa2 kita jugak yang risau..baik tunggu dia lahir ke dunia je..redha je dengan apa yang diberi..tapi bagi saya, saya lagi risau selagi tidak tahu condition baby maklumlah ini kan anak pertama kami..jika ditakdirkan ada sesuatu sekurang2nya kami boleh bersedia dari awal tapi minta dijauhkanlah..semoga semuanya dalam keadaan baik..tapi apapun depend pada pendapat masing2..tepuk dada tanya selera..

sampai je di An-Nur..lepas register, isi borang sume kami duduk di ruang menunggu..dalam 15 minit kemudian giliran kami dipanggil..dup dap dup dap rasa dalam hati ni..masuk je bilik tu ada Pn.Anson dan seorang nurse..saya diminta berbaring atas katil dan ada screen terletak di depan saya sebelah atas macam kita sedang tengok tv..pastu lampu bilik dipadamkan untuk dapatkan kesan image yang lebih clear.. en.suami pulak duduk di sebelah..sebaik saja Pn.Anson mula men'scan' perut saya, gambar pertama yang kami nampak ialah aisyah tengah minum air ketuban...nampak jelas dia sedang bukak mulut dan minum..subhanallah terharunya saya dengan ciptaan Allah yang begitu indah ini..mmg nampak pergerakan baby dengan clear..kaki tangan duk bergerak2 xduk diam..mulut menguapla..macam2 mimik muka yang aisyah tunjukkan untuk tatapan ibu dan ayahnya ni:)..sampaikan Pn.Anson cakap seriusnya muka dia..mana xnya habis menguap terus memuncung mulutnya huhu..bahagia!!!pastu Pn.Anson scan organ2 dalaman sambil memberitahu nurse ukuran2nya..xpahamla pulak saya terms yang dia pakai tu..bila dah dapat report n search internet barula saya paham hehe..sambil2 tu jugak Pn.Anson tunjukkan jantungnya, otak, buah pinggang dan lain2..pastu Pn. Anson tanya dah tahu ke jantina baby..saya cakap belum..pastu dia pun scan lagi then cakap Insya Allah baby girl..XX..kalo XY baru boy tapi saya jelas2 XX..apalagi senyumlah saya sebab memang dah agak pun anak perempuan..sebenarnya saya xkisah pun dengan jantina baby tapi instinct saya memang kuat mengatakan baby saya ni gegurl...agaknya masa mengandung saya kuat merajuk kot hehe..sekejap je detail scan ni dalam 10-15 minit dah siap..alhamdulillah semuanya ok...syukur alhamdulillah..namun apapun semuanya saya serahkan kepda ketentuan Yang Maha Esa..kerana sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

masa nak balik tu kami dibekalkan dengan sekeping gambar 4D yang mana gambar tu la yang saya duk tilik tiap2 hari hehe..asyik tengok macam muka siapa la ni:)..cd akan siap dalam masa seminggu..dalam cd tu dimuatkan video2 yang diambil dan jugak gambar2 yang telah discan..kat sini saya share kan sebahagian gambar2 aisyah masa berusia 24 weeks dalam kandungan..khas untuk tatapan anak ibu yang tersayang..bila dah besar nanti aisyah tengok yer gambar aisyah masa dalam dalam perut ibu ni:D

 aisyah buat apa tu sayang:)


 organ2 dalaman..xretila saya nk tengok hehe

 yang ni saya tahu..kepala hehe


 alala comelnya anak ibu ni:)

 4D image..xsabar nak tengok aisyah in real:)


 best tak duk dalam perut ibu:)

 eh buat apa pulak tu dik?

 laa..dah tertido ke anak ibu ni:)


 ayah dan ibu xsabar nak peluk cium aisyah ni:)


 tengok tu..serius kan muka aisyah hehe..siap lentok tangan lagi tu:)


 assalamualaikum ibu dan ayah..terima kasih kerana membawa aisyah ke alam dunia..aisyah janji akan jadi anak yang terbaik untuk ibu dan ayah..amin
(ni gambar beberapa jam selepas aisyah lahir)


corat-coret:-

  • berat aisyah masa 24 weeks ni dalam 716 gram dan kedudukannya dalam keadaan cephalic..tapi bila dah masuk 30 weeks aisyah turn to breech position sampaila bersalin..xpusing2 dah..selesa duk macam tu ye dik hehe
  • masa yang paling sesuai untuk buat detail scan ni ialah masa usia kandungan 20-28 weeks..kalo buat lebih dari tempoh tu agak susah nak dapat clear image sebab baby dah besar dan dah memenuhi ruang rahim..so saya pilih tengah2..24 weeks:)
  • nama aisyah mardhiyah kami dah start panggil since aisyah dalam perut lagi:)..sebab tu bila dah lahir xda dah pikir nak tukar nama lain..terus daftar nama tu:)

 

8 comments:

  1. kak zila mahal x scan ni?berapa RM?

    ReplyDelete
  2. bestnye dapat tgok masa dalam perut lagi...huhu...zila rm200 ke???

    ReplyDelete
  3. azie,

    dia ikut package..k.zila amik detail secan+4D+video+CD@RM200.00..kalo yang detail scan 2D pun ada kalo xsilap RM120 tapi xda video la..

    ReplyDelete
  4. k.aida,

    memang best kak..best sangat2..zila suggestkan buatla..untuk kenangan kita dan anak2 jugak nanti..ha'a RM200 tapi kalo xsilap dekat klinik jameaton sri kembangan pun ada gak tapi xtaula berapa harganya..buatla ek..indah sangat2 saat tu:)

    ReplyDelete
  5. shila dulu nk buat,tp dah tlambatlah pulak.time tu da masok 8bln.mmg doc kate susah nk nmpk.xpelah nextime nk buat gak.hehe

    ReplyDelete
  6. shila,

    yeke..xpa next time jangan lupa plak..tapi kan nak tanya next time tu bilak ek????hehehe...

    ReplyDelete
  7. salam,

    seronok baca..tak sabo nk menanti kelahiran saya pulak..
    jemput follow blog saya juga: http://penmerahhanna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete