Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 6, 2012

maafkan ibu sayang

Assalamualaikum,

sebagai ibu, saya akan rasa bersalah sangat2 kalau anak tersayang sakit disebabkan kecuaian kita sendiri..itulah yg saya rasakan kelmarin..kisahnya malam kelmarin sesudah selesai solat maghrib berjemaah, seperti biasa kami akan bermain2 dgn aisyah sekejap..aisyah ni suka sangat ajak org bergurau dgn dia..yg si ayahnya pulak suka sangat mengusik anak daranya ni..yg aisyah ni apalagi sukala kalau ayah dia usik2 gurau2 dgn dia..last2 ibu jugak jadi mangsa 'terkaman' aisyah..

tgh2 aisyah dgn ayahnya bergurau tu, aisyah dtg menerpa ke arah saya sbb ayahnya duk acah dia..masa tu saya masih bertelekung..bila dia mengekek gelak tu dipautnya saya dan masa tu la saya terlepas kawalan sbb aisyah terpijak kain telekung..saya pulak masa tu mmg xsempat nak tampung badan aisyah sbb semuanya berlaku dlm masa yg pantas..dang!!!!!bunyi yg sangat kuat..aisyah terhantuk kat lantai..serta merta aisyah meraung menangis sekuat2nya..masa tu saya dh nak menangis jugak..terus ayahnya pujuk2 aisyah..tengok2 dahi aisyah dah membenjol dan merah kebiruan akibat lebam..masa tu saya terus teringat yg saya baru je terbaca blog dr.helena wife angkaswan kita tu tindakan yg dia buat bila anaknya bella terjatuh..terus saya g dapur amik air batu dan sapukan di tempat benjol tu..tapi aisyah ni bila saya sapukan kat dahi dia, dia plak nak amik air batu tu nak buat main..adushh kita risaukan dia, dia relaks je..

alhamdulillah, dalam 15 minit mcm tu, kesan kebiruan tu beransur hilang dan kesan merah tu jugak lama kelamaan semakin berkurangan..syukur selepas tu aisyah kembali aktif dan ceria mcm biasa..rupa2nya berkesan juga cara tu..tapi yg sebenarnya kuasa Allah yg menyembuhkannya..itu cuma sekadar usaha kita..syukur padaMu Ya Allah..

buat anak ibu sayang, ibu minta maaf ye sbb xmampu nak elak aisyah masa jatuh tu..ibu xsengaja sayang..tapi lepas ni ibu mintak aisyah main elok2 ye sbb ibupun dah xkuat nak pegang aisyah lama2, nak dukung lama2..ibu minta maaf ye sayang:(

 kesian aisyah..benjol dibuatnya:(

maafkan ibu ye dik

semoga kejadian ini membuatkan saya lebih berhati2 dalam mengawasi pergerakan aisyah..sbb aisyah skrg ni mmg terlalu lasak..selalu nak gugur jantung bila tengok dia nak panjat katil padahal katil tu tinggi dari dia..contohnya smlam masa kami tgh solat maghrib, saya letakla telefon kat tengah2 katil..kalau dikira mmg aisyah xkan dapat capailah telefon tu..tapi lepas solat tengok2 dia dah duk main ngan telefon tu..musykil gak mcmana dia dapat amik telefon tu..bila tengok dia main telefon tu saya pun amik balik dan letak kat tengah katil balik..tapi disebabkan semangat aisyah ni tinggi nak capai sesuatu tu, saya dan en.suami tengokla apa 'usaha' yg aisyah nak buat..rupa2nya dia pegang comforter, pastu dia letak kaki sikit kat tepi katil tu then dgn bersungguh2 dia cuba utk naik atas katil walaupun byk kali gak percubaannnya xberjaya..tapi aisyah ni saya tengok kuat semangat..dicubanya lagi sampai saya pun nak tergelak tgk aksi dan gayanya tu..last2 berkat usahanya aisyah berjaya gak naik atas katil tu, amik telefon dan tengok ke arah kami sambil tersengih..suka la tu dapat naik katil n dapat amik telefon huhu..lepas tu dia turun sendiri dgn cara menggelongsor..eh eh eh...

 sofa ni kalau ikutkan agak tinggi dari sofa2 biasa sbb ianya ditempah khas walaupun dlm gambar nampak mcm rendah..kalau sofa2 lain mmg kacang je aisyah panjat..yg kat rumah ni je dia masih xberjaya sbb kusyennya lebar dan agak keras..susah sikit dia nak berpaut

tapi disebabkan nak amik 'laptopnya' yg saya sorokkan di celah2 sofa tu, aisyah cuba sedaya upaya panjat dan akhirnya berjaya jugak..tengoklah tu happy je bila dapat amik mainan yg ibu sorok huhu..skrg ni bukan setakat katil dan sofa je dia panjat..meja tv ke apa ke sume nak dpanjatnya..fuhh semput ibu mcm ni dik hehe

skrg ni saya perasan yg aisyah dah semakin tinggi sikit sbb dia dah dapat capai barang2 yg terletak atas kabinet dapur walaupun masih berjinjing..nampak gayanya kena lebih berhati2 lepas ni dgn barang2 berbahaya kat dapur mcm benda2 panas n tajam..apapun ni adalah salah satu cabaran bagi kami dalam proses tumbesaran anak2..org kata ni baru permulaan..bila anak dah pandai meneroka, meniru apa yg kita buat, dan dah faham sikit2 arahan yg kita bagi..masa ni lah masa yg sesuai nak didik anak mengikut acuan yg sepatutnya..semoga aisyah terus membesar jadi muslimah solehah, bijak dan pandai mengawal dirinya..ameen



No comments:

Post a Comment