8 mei-seluruh dunia meraikan hari istimewa khusus buat semua insan yang bergelar ibu, xkirala apa jua panggilan pun-ummie, mama, mommy, mak, ibu etc..semuanya adalah satu-IBU-..dan khusus sempena hari ibu ni, saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" khusus untuk bonda saya yang tercinta..satu-satunya ibu saya di dunia dan di akhirat..tiada kata2 yang menggambarkan betapa sayangnya saya kpd bonda saya ni..
buat ma tersayang,
terima kasih kerana mengandung, melahirkan dan membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang..
penuh kesabaran melayan karenah dan perangai kami 5 beradik,
terima kasih kerana memberikan pendidikan kepada kami...
sehingga kami mengenal apa itu erti kehidupan...
terima kasih kerana sanggup bersusah payah demi memastikan kami mendapat pendidikan yang sempurna...
mendidik dan memberi nasihat yang tidak putus-putus..
walaupun kami sering membuatkan hati kecil bonda terguris dengan tingkah laku kami..
sungguh hati seorang ibu begitu tulus dan suci walaupun anak-anak sering membuatkan hati ibu menangis..
buat ma tersayang,
disaat mengetahui ma menghidap penyakit leukimia..
hati ini luluh hancur bagaikan dunia dah nak kiamat..
lemah longlai rasanya badan ni...
tergambar difikiran segala kemungkinan yang akan berlaku..
teringat segala perangai dan tingkah laku kami adik beradik terhadap ma selama ini..
betapa banyaknya dosa kami semua...
betapa kami amat takut sesuatu terjadi kepada ma..
tidak sanggup kami menghadapi semua tu..
tapi bila melihatkan ketenangan ma menerima kenyataan tu...
hati ini menangis dan kagum betapa redanya ma dengan ketentuan Allah..
walaupun kami tahu yang ma tidak akan menangis di depan anak-anakmu ininamun kami tahu apa yang ada dalam hati ma..
buat ma tersayang,
kini sudah hampir 2 tahun ma menanggung penyakit itu..
dan sudah beberapa kali ma masuk hospital untuk rawatan..
namun Alhamdulillah sehingga kini ma terus diberi kekuatan untuk terus bersama anak-anakmu ini..
doaku setiap hari semoga ma terus kuat, tabah dan sentiasa gembira..
doaku semoga ma cepat sembuh dan dijauhkan dari segala kesedihan..
sesungguhnya ucapan 'terima kasih' sahaja tidak cukup untuk membalas segala jasa ibu..
walau segunung intan emas pun masih tidak mampu untuk membalas segala pengorbanan ibu selama ini..
hanya kasih sayang dan doa yang mampu kami berikan kepada ma..
tapi rasanya itu pun tidak cukup..
sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak akan terbalas dengan apa jua cara sekalipun..
tapi kami adik beradik berjanji akan terus memastikan ma sentiasa gembira dan bahagia setiap detik...
dan untuk ibuku yg tersayang, FATIMAH BINTI ABDUL GHANI,terima lah..
"SELAMAT HARI IBU, SEMOGA MA SENTIASA GEMBIRA DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T, WE LUV U SO MUCH"..
i love u so much!!!
note:
- nk menghabiskan entry ni pun tersekat2..airmata mencurah2..i love u ma..
- al-fatihah untuk arwah ibu mertuaku..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh..
- sy xsempat mengenali arwah..tapi yang pastinya dia adalah seorang ibu yang hebat kerana telah berjaya membesarkan dan mendidik anak-anaknya dengan sebaik mungkin..termasuklah en.suami..semoga syurgalah tempatnya..amin
No comments:
Post a Comment