Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

adab2 dan amalan suami isteri ketika mengandung (bhg 3)

Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai  teman hidup yang paling dekat.

*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

 *Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,        "La ilaha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya       "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."

 *Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


sumber:

http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1200 

No comments:

Post a Comment