Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 3, 2012

aisyah dah 1 tahun 2 bulan daa:)

Assalamualaikum,

rasa mcm dah lama xstori perkembangan aisyah mardhiyah ni..perkembangan aisyah di usia setahun pun xtertulis lagi kat sini..bizi la kononnya huhu..nak tgk gambar terkini aisyah x???

 cakkkk!!!saya dah ada 6 batang gigi..tapi yg 2 atas tu xleh lawan gigi lain hehe

 amboiii..sengih mengada!!!gambar ni diambil secara spontan oleh pak sedaranya..sambil2 jalan tu bila nampak kamera terus dia sengih mcm ni..lawakla adik ni hehe

 ginilah aisyah..besen pun jadi perahu dibuatnya..ingat dia tu kecik ke..mcm2 lah anak ibu ni hehe..akal makin panjang...alhamdulillah

dah lewat malam tapi aisyah xnak tido lagi..xpuas lagi nak main hehe

alhamdulillah aisyah sekarang dah berusia 1 tahun 2 bulan..sekejap je rasa aisyah membesar..rindu zaman dia baby2..now nak jadi kakak dah..aisyah sekarang kat kg..tinggallah ayah dan ibu berdua kat putrajaya..eh bertiga la:)..aisyah start tinggal kat kg masa cuti hari malaysia haritu..sebabnya saya dah tak hantar ke pengasuhnya atas sebab2 tertentu..tambah pulak saya masuk hospital haritu..ma suh saya rehat je kat sini..ye lah kalau aisyah ada depan mata mesti saya nak dukung dia..tapi dalam keadaan mcm ni saya kena elakkan buat keje berat2..bila angkat aisyah mmg terasa sakit dekat tempat c-sect dulu..aduhai rindunya dekat aisyah..lambatnya nak tunggu raya haji nak balik amik aisyah..raya haji nanti adik saya anis akan datang sini mengasuh aisyah sbb awal november saya dah masuk 36 minggu..so mmg dalam fasa tunggu masa dah masa tu..bila anis ada senang sikit nak jaga aisyah nanti..jangan kata saya xsayang anak ye sbb tinggalkan aisyah kat kg..sapa la yg sanggup berjauhan dgn anak sendiri tapi keadaan memaksa..sekurang2nya saya lega bila aisyah dijaga sendiri oleh family saya dengan penuh kasih sayang walaupun ibu&ayahnya kat sini hari2 menanggung rindu huhu..aisyah pulak lagila happy duk kg..ramai duk melayannya..dan mcm2 yg aisyah belajar masa duk kg..at least mindanya berkembang..pergaulannya luas..tapi kan anak dara ni nama je anak dara tapi lasaknya Ya Rabbi..kalah anak lelaki huhuhu..patutlah dalam perut dulu xduk diam..bila keluarnya lagila xduk diam..xpa asalkan aisyah aktif, cergas dan bijak..

aisyah di usia 1 tahun 2 bulan ni dah menunjukkan perkembangan yg membanggakan..selain dari perkembangan fizikal, perkembangan mindanya juga seiring dengan usianya..dah faham dgn arahan, dah pandai sebut beberapa perkataan contohnya:

thokk=buka
tho=kereta
nak=nak
thak=angkat (minta dukung)
pah=kipas
dakk dakk=itik
bah bah=lembu
auwwmm=kucing (patutnya meow tapi dia sebut auwwmm huhu)
buat bunyi cicak tapi xtahu nak spell mcm mana

selain dari tu, antara perkembangan lain aisyah setakat ni...

  • bila sebut nak mandi..terus pecat baju sendiri..tapi certain2 baju la..yg susah2 sikit dia belum pandai lagi
  • bila suruh ambik sesuatu barang, dah faham n terus pegi amik walaupun xdapat berkata2 lagi..
  • babai dengan laju dan cepat..
  • dah pandai salam tapi belum pandai cium tangan..salam mcm org tua huhu
  • gigi baru 6 batang..makan byk..poo poo 2x sehari..
  • dah pandai makan sendiri dgn proper since umur 1 tahun tapi of course masih berteraburla huhu..sebelum makan aisyah akan rasa dulu..kalau dia berkenan baru nganga mulut..kalau dia xsuka dia akan tutup mulut kemas2 dan geleng kepala...
  • dah faham fungsi sesuatu benda..contohnya berus gigi utk berus giginya yg 6 batang tu, putik kapas utk korek telinga n mcm2 lagila
  • sangat suka berjoget kalau dgr muzik..paling suka muzik chicken dance..laju je berjoget sambil tangan tu bergerak2 gaya mcm nak tumbuk org je bila berjoget huhu
  • pandai merajuk dah..kalau kena marah buat memek muka merajuk..comel!!!
  • badan makin memberat..masa umur 1 tahun beratnya 9.9kg..skrg xtahula berapa kg..asalkan naik sudah..tapi sejak 2,3 hari ni aisyah kurang selera sikit nak makan..mungkin nak naik gigi baru kot..tapi susu masih mcm biasa..
  • suka 'buli' isya yg ma mengasuh..umur tua isya 3 bulan dari aisyah tapi selalu nangis bila kena 'buli' dgn aisyah..isshh xbaik ganas2 ni..
  • bila dgr azan automatik tangan letak dekat telinga..gaya org azan:)
  • dah boleh naik turun tangga sendiri..panjat memanjat mmg hobila huhu
  • dah tahu mana baby adik duduk..bila suruh kiss adik terus datang ke perut ibu dan cium perut..mmuaahh bunyinya:)
  • dah pandai meniru aksi org..part ni dah kena hati2 sbb kena tunjukkan contoh yang baik2
  • kalau suruh baring masa nak tido..sebut je "bum bum" terus cari port landing (yg ni masa umur 1 tahun dah pandai)

ibu rindu nak peluk cium aisyah:(


so far itulah perkembangan aisyah di usia 1 tahun 2 bulan ni..walaupun ada sesetengah budak lain yg sebayanya lagi pandai mcm2 tapi saya tetap bersyukur dengan perkembangan aisyah..ye lah setiap budak xsama perkembangannya..kita sebagai ibu bapa xboleh nak membandingkan anak kita dgn anak org lain..yg penting anak kita sihat, aktif dan ceria..kepandaian tu adalah subjektif..semoga aisyah mardhiyah terus membesar dgn sihat dan cerdik ye..jadi anak ibu ayah yg solehah dan pandai jaga diri..ameen

No comments:

Post a Comment