Thursday, December 30, 2010
makanya besok pun cutilah...
Sunday, December 26, 2010
teringin...

mangga
Sunday, December 19, 2010
***nak balik kampung***
Thursday, December 16, 2010
***selamat pengantin baru zira***
to my dearest zira,
- selamat menempuh alam rumahtangga, banyak2kan bersabar dalam mengharungi suka duka hidup bersama ni..
- semoga menjadi isteri yang solehah dan pandai menjaga hati suami (ni pesanan utk aku gak la huhu)
- semoga cepat2 beroleh cahaya mata ek:P
- welcome to da club, pasni leh kongsi citer2 kawin lak ek..masak2, hias2 rumah hehehe
- last but not least, friends forever n ever..Insya Allah
Sunday, December 12, 2010
mengantuk oh mengantuk
Thursday, December 9, 2010
bila insan tersayang di depan mata...
mode hapi:P
Wednesday, December 8, 2010
161183
terima ksaih diatas usia yang telah Engkau berikan
terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan
terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan
terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan
sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku
tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap -Mu
Ya Allah,
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa
aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan
namun begitu besarnya kasih-Mu
Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut
ketika saat-saat lemahku datang
aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang
terbuai dengan kesedihan yang amat perit
Ya Allah,
ampunkan aku apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu
kepada siapa lagi harus aku mengadu?
aku tidak pernah menyesal kewujudanku ini Ya Allah
namu aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah
adakalanya aku kurang kesabaran
ada masanya aku goyah keimanan
ada masanya aku terikut bisikan syaitan
namun dengan limpah kasih sayang-Mu
Engkau menarikku kembali jauh dari kesesatan
Ya Allah,
panjangkanlah usiaku
agar lebih lama dapat ku mentaati-Mu
jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang
moga di akhirat kelak ku dapat mengutip hasilnya
Ya Allah,
tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku
jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar menyinari
rehatku adalah rantaian zikir
rantai yang kukalungkan pada leherku
sebagai tanda cintaku pada-Mu
Ya Allah,
Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku
mencari haruman syurga ciptaanMu
tempat rehat dan nikmat abadi
Ya Allah,
sesungguhnya kematian itu benar
alam kubur itu benar
Hari Pembalasan itu juga benar
hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian
semakin dekat aku dengan Alam Kubur
semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan
izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini
aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala
untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti
aku ingin menjadi anak, isteri, ibu dan mu'alim yang solehah
amin, amin ya rabbal alamin
stress
Tuesday, December 7, 2010
ceritera hari minggu
***sambal bilis***
***ikan patin n ayam goreng***
***begedil ayam***
***ulam2+budu***
Salam Maal Hijrah 1432H
Tuesday, November 30, 2010
malam tadi aku bermimpi..
sedih hati aku ni hanya tuhan je yang tahu...abis je mimpi tuh terus aku tersedar..lalu dengan kenangan mimpi yg masih fresh tu la yg buatkan mood aku kacau bilau..xlayan pun en.suami, xsenyum pun kat dia..biasalah aku bila moody mmg xleh nk sorok2, mmg nampak jelas perubahan kat muka n sikap aku..hmmm ni semua sal penangan mimpi tu, org kata mimpi mainan tido kan?tapi mimpi2 tu la yg buat aku jadi takut sebab kebanyakan mimpi2 yg aku alami sebelum ni ada yg menjadi kenyataan..Nauzubillah..
Monday, November 29, 2010
langgar pantang..
Sunday, November 28, 2010
di pagi isnin
Thursday, November 25, 2010
dah berubah???
Sunday, November 21, 2010
dah start keje balik..
Monday, November 15, 2010
xbalik raya:(
Sunday, November 14, 2010
ciri-ciri org yg mencintai kamu..
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan antara cirri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
8
bila kita cinta...
adakah ia perlu dilafazkan?
atau perlu dizahirkan dgn perbuatan?
mcm2 cara yg dibuat bagi menunjukkan cinta dan kasih sayang pd seseorang..
terpulang pada cara masing2..
terutama bagi perempuan yg hatinya sangat lembut dan sensitif..
xdinafikan hati seorang perempuan akan mudah cair dgn kata-kata cinta..
xterkecuali aku pun..
tp cinta jugak xsemestinya diungkapkan melalui kata-kata
kadang2 seseorang tu amat menyintai pasangannya..
namun jarang sekali kata-kata cinta terucap dibibirnya..
namun ini bukanlah bermaksud tiada rasa cinta dihatinya..
sebaliknya kehadiran rasa cinta hanya dapat dirasai dan dijiwai dalam hatinya..
dan perasaan kasih dan sayangnya begitu menebal dalam jiwanya
cuma ianya tidak dilafazkan sahaja...
kerana baginya jika perasaan cinta dan sayang selalu bermain dibibir...
lama kelamaan ia akan menjadi 'kosong' kerana terlalu senang baginya melafazkan cinta ...
jika ianya tidak disertai dengan perasaan yg betul2 tulus dari hati..
dan bagi aku...
kadang2 cinta memang amat penting untuk dilafazkan..
dan ada ketika ianya perlu disimpan senyap2 dalam hati..
bila ada masa yg sesuai barulah ianya akan dizahirkan dgn kata2..
ianya pasti akan meninggalkan kesan yg mendalam pada pasangan..
namun jangan pulak tidak langsung menyatakan perasaan cinta
kerana org ini lah yg tidak tahu menghargai perasaan cinta yang dianugerahkan kepada setiap insan..
Saturday, November 13, 2010
why i like cameron???
bersiaran dari rumah
Friday, November 12, 2010
berakhirnya episod pjj
Sunday, November 7, 2010
menanti dalam debaran
Tuesday, October 19, 2010
*aku cinta dia*
masa zaman 'kawan-kawan jer':D
Thursday, September 23, 2010
kembali lagi..
Thursday, September 2, 2010
tibala masanya...
Wednesday, September 1, 2010
berapa hari lagi???
Thursday, August 19, 2010
kisah di pagi jumaat
Monday, August 9, 2010
all in one..
Assalamualaikum W.B.T
bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari....tibala saat yang dinanti2kan..Ramadhan Al-Mubarak telah tiba..Alhamdulillah syukur kerana masih diberikan kesempatan bertemu dengan ramadhan kali ini..kepada semua kawan2, muslimin muslimat, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya..dan semoga di ramadhan kali ini, kita berusaha untuk mempertingkatkan amal ibadah, banyakkan membaca al-quran, bersedekah dan sentiasa bermuhasabah diri agar hati kita sentiasa dibersihkan dari sifat2 mazmumah..dan ingat ye kwn2, jauhi pembaziran..jgn terlalu ikut nafsu sgt ek kalo p psr ramadhan tu..(ni psnan tuk aku gak huhuhu)..
bercerita pasal ramadhan kali ini, tahun ni adalah tahun keempat aku berpuasa di putrajaya..dan tahun ni jugak aku berpuasa dengan housemate baru..:D..sekejap je rasa ms berlalu tup tap tup tap dh 4 thun aku diptrajya..cam bru smlm jer lapor diri huhuhu..
dan bersempena dengan kedatangan ramadhan ini jugak aku ingin membuat pengumuman penting:P(malunya nk ckp..zaa, jgn gelak ek)
Insya Allah ramadhan ni adalah ramadhan terakhir aku sbgai org bujang..kpd kwn2 blogger sume, dijemput hadir ke majlis perkahwinan saya nanti pd 12 sept 2010 (3 syawal 1431 hijrah) ..dan disebabkan itu jugakla bermula esok, aku pun start menghitung hari:P..kalo org lain htung hari nk raya aku plak sebaliknya..ada event bsr yg akn berlaku dlm hdup aku nanti:P..minta kwn2 sume doakan agar semuanya berjalan lancar dan urusan kami dipermudahkan dan diberkatiNya...
dah2..xmo citer panjang2 aku dah malu dah ni..xley gtau lebih2..huhuhu nati sume dh selesai barulah aku stori mori ek...
k la..sekian saje sesi siaran kali ini..akhir kata selamat berpuasa buat semua..semoga kita tidak melepaskan peluang untuk melipat gandakan amal ibadah kita di bulan yang penuh rahmat ini...tadaaa...:P
Friday, July 23, 2010
balik kampung again...
Sunday, June 20, 2010
no more tears...
Tuesday, June 1, 2010
jadual kenduri
sempena cuti sekolah yg bakal tiba ni, berduyun-duyun kwn2 aku yg akan mendirikan masjid,Alhamdulillah..dah bertemu jodoh masing2..hehe kwn2 dri zaman sekolah rendah, sek, menengah, dip n degree semuanya ada. boleh dikatakan setiap masa ada je kad jemputan yg kunjung tiba samada di rumah, ofis dn xterkecuali via fb..huhuhu..eniway tahniah kpd sahabat2ku yg akan melangkah ke alam baru tidak lama lagi:P..didoakan semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan..Insya Allah kalau xada aral aku akan hadir ke kenduri kalian..yg mana sempat je la yer..huhuhu..erm sbgai checklist kt bwh ni ada jadual kenduri sahabat2ku setakat yg aku ingatlah..huhuhu, bukan apa takut terlupa@terlepas..kalo xdapat pegi pun sekurang2nya boleh gak wish apa yg patut kan..so check it out..tadaa..
Bakal Pengantin | Tarikh | Tempat | Note |
Naimah (kwn ms degree) | | Kg. Gajah, Perak | xdpt pegi la, time ni aku balik kg |
Kak Ana & Jazmi (kwn sek.rendah&1 kampung huhuhu) | | Kg. Tualang Salak, Jelawat, Bachok (dpn rumah aku jer..ahakkzz) | Insya Allah aku pegi, bukannya jauh lintas jalan dpn rumah jer |
Lia & Zaidi (one of my best fwen, dari zaman dip-degree, sayang bangat sama kamu lia) | | Kg. Kok Lintang, Gunung, Bachok | semestinya aku akan pegi kalo xada aral, aku sanggup amik cuti semata-mata nk tgk sahabat baikku ni naik pelamin..xcaye pun ada yg lia ni dh nk kawin..hik hik hik..tingat zaman muda2 dlu time muka comot kena masker tahi lembu fresh+baja aviafit..sweet momen daa.. |
Man&Yah (kwn diploma) | | Kg. Pecah Rotan, Batu Rakit, Terengganu | ermm rasenya xdapat pegi..hmmm apapun semoga berbahagia ke akhir hayat |
Kak Jea&Saiful (my best fwen 4ever) | | Kg. Berangan, Selising, Pasir Puteh | aku akan balik lg minggu ni khas utk attend majlis k.jea..salah sorang best fwen a.k.a kakak yg sangat2 aku sayangi..byk suka duka dikongsi bersama dari zaman dip-degree dan sehingga sekarang..time ni pun aku sanggup amik cuti lg blik kg demi kak jea ku ini..huhu |
Farrah&Haidar (kwn dip-degree) | | Banting, Selangor | Insya Allah akan hadir..bersatu jugak 2 sejoli ni hehehe..tahniah |